Thursday 31 May 2012

SuBhAnALLAH....

GAMBAR Zuhrah (bintik hitam) melintasi matahari pada tahun 2004. 


salam semua...

sekadar berkongsi td terbaca kat kosmo kejadian di atas ni....

tgk betapa keciknye planet Zuhrah berbanding matahari.....apatah bumi yang kite diami ni???....Maha Besar Allah....


GEORGE TOWN - Orang ramai terutama peminat serta pengkaji astronomi berpeluang melihat planet Zuhrah yang akan muncul merentasi matahari buat kali terakhir pada abad ini pada 6 Jun nanti.



Fenomena astronomi itu bakal disaksikan ramai penduduk dunia termasuk Malaysia selepas matahari terbit pada pukul 7.12 pagi, Rabu depan.


Kurator Kanan Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah Universiti Sains Malaysia (MGTF USM), Zolkurnain Hassan berkata, fenomena yang dipanggil transit planet Zuhrah itu akan berlanjutan sehingga 1 petang.


Kata beliau, pihaknya dengan kerjasama Kelab Astronomi USM akan mengadakan program khas ini bertempat di tiga lokasi utama di kampus universiti itu dengan menyediakan teleskop untuk memudahkan orang ramai menyaksikan pergerakan planet Zuhrah.


"Pelbagai aktiviti lain diadakan seperti pameran transit planet Zuhrah, ceramah astronomi, pertandingan fotografi dan lawatan ke planetarium," ujarnya.


Transit Zuhrah adalah fenomena astronomi yang mana planet ini bergerak antara matahari dan bumi.


Semasa transit, planet Zuhrah akan kelihatan seperti satu bintik berwarna hitam merentasi cakera matahari secara perlahan-lahan selama enam jam dan ia boleh disaksikan menerusi penuras suria atau kaca mata gerhana.


td gi Romantika ngan cik yong...dari nak cuci mata terus cuci dompet sekali hahaha...then balik tu terus gi kl sentral jap then balik umah...eh lapo la plak time nih..mane encik somi belum balik nih (7.59 malam)..jap gi nak kuar plak...hmm makan mane plak mlm ni kan...:)

Wednesday 30 May 2012

BaLiK AwAl.....

ooooo watch out ;0



salam semua....sihat hari ni?.....

taip ni sambil rase mcm nak tertido tido jek....

hmm jap lagi balik la awal sket...gi settle ape yg patut kan....



td pagi pun terfikir2 nak dtg ke tak heee...sekali ade je keje sket nak buat n settle....

so skrg ni tgh tunggu nak cau cin cau jek ;p..

okla nanti kite sambung lagik nak gi tgk keje sket kat sinun....daaaaa :)


then sebelum balik tu cekmi n kak khot solat kat surau...tgh2 tunggu waktu asar tu cekmi rasa kak khot nanges...dari opis cekmi lagi lepas dia keluar toilet dah merah2 mata...cekmi tahu kak khot sedih...tp setiap pertemuan pasti ada perpisahan kan...tp kan internet ada...insyaallah kita akan sentiasa bertanya khabar kan kak :)...bajet akak khot baca blog cekmi la kan :)...


 
 di rumah kak khot



dlm surau dah jadi mcm ke hulu ke hilir tak senang duduk ye kak...kak...sabar byk2..jgn cenggitu...saya jugak sedih tp esok sudah pasti lagi sedih sebab lepas esok kita akan jarang2 jarang2 sekali berjumpa....tp seperti yang saya katakan td...kita akan bertemu di laman mukabuku ye tak?? :)... 



bersama cik yong di sungai ulu yam



ok cik yong pulak tertahan2 hati kan :)..sabar cik yong kita masih ada GKM kan...:)...jgn bimbang kita akan sentiasa berhubung...kan sudah ada beberapa perancangan lepas ni ;0...ujung bulan depan jugak sudah ada plan kan :)....rilek2 cool2..:)





semalam balik keje kuar pulak dengan encik somi gi Tesco....sajeee jalan2 kan...sekali nak makan dah kedai nak tutup so kitorang pegila cari kedai makan kat luar.....last2 decide makan kat Restoran Qaseh....alah sebelah Tesco Extra tu....alah dekat dengan Restoran Upin Ipin tu.....;0.....sekali order Nasi Goreng Qaseh / Air Teh O Earl Grey ...ecececeh sampai 1 teko tu ;p....pastu encik somi lak Nasi Goreng USA dia tak habeh2 nak verangan gi USA tu...;p...then request lagi Satay Ayam 5 cucuk / Satay Daging 5 cucuk / Satay Kambing 5 cucuk heeee melantak ke hape ntahleee...sampai umah dah macam tapir terlepek dah pun muahahaha ;p....

Tuesday 29 May 2012

heeee :)

salam semua...

dah selamat hari ni kan ekekeke.....

selamat ape ek???......nantila malam ni cekmi ckp ye ;0

hmm sekali tak puasa hari ni kan....sabo je la....

so bervideo maker la hari ni.....daaaaa :)



ok dah malam pun kan...td tu bukan ape..dah selamat tak gi keje hari ni...;0....hmm sok n lusa cekmi gi keje then balik kg la kan coz sabtu ade kenduri farahiah 2 pupu cekmi kawen...dengar2 kawen dgn org penang kot...elokla....



 Syazana N Farahiah time ni mase akad nikah...



plan asal nak ke rumah cik yong kan coz cik yong ade jamuan makan2 sempena umah baru...aiseh sorry cik yong tunda takleh ke??? ;0....takpe nanti bulan 6 ni kitorang byk program lain...still akan ke langat juge....sambil2 nak ajak cik yong bawak gi tgk sungai lui yang aizat nyanyi tu...camne la rupenye kan....



so tak gi keje ape je cekmi buat hari ni???...selain bertenet n bervideo maker ade je keje2 umah macam basuh kain / kemas2 umah / lipat2 kain / sapu sampah / basuh pinggan / haaa settle pun...kalau hari keje selamat la tunggu ujung minggu baru nak kumpul semua...pengsan ;p...


so esok ingat nak ajak cik yong n kak khot makan2 lepak2 santai2 sama2....yelahkan lepas ni jarang2 la kitorang berjumpa kecuali kalau ada program yang kitorang planning...n terbaru plannye nak ke negara.....jeng jeng jeng masih dalam perancangan....laksanakan dulu plan yang sudah dirancang sebulan lagi...;0


malam ni masak maggie jek hahaha jarang makan maggie ni tp dek malas nak kuar bahan dapur pun dah abeh so check2 ade lak 2 bungkus maggie...ade telur jugak haaa senang je lah..campak2 mendidih siap!!!!....pastu buat teh o panas...fuhh berpeluh2 lumba makan heeee ;p..


then layan tv je laa....daaaaa  :)

Monday 28 May 2012

MoNdAy RaSe McM jUmAaT ;0

Salam semua....hari ni kan ntah la nape cekmi rase mcm dah hari jumaat hahaha saiko ;p



sebab hari ni cekmi tak pakai baju kurung macam biasa macam hari2 biasa cekmi gi keje * buang tebiat ke ;p



hahaha rase rilek jek skrg nih lagi2 semua staff dpt gaji hari ni kan hahaha....amboii awal lak dptnye...



maybe ramai yang tgh bercuti kan so money diperlukan le tuewwww ;p..cuti sekolah katekan....;0



so balik keje td cekmi n encik somi singgah makan kat Restoran Umi kat meja NO 5  tu heeee...



Dinner malam ni Nasi Goreng Ikan Masin / Ayam Goreng Kunyit / Telur Dadar / Teh Tarik..

encik somi order Sup Ayam / Nasi Putih / Telur Mata / Nescafe...



memang sedap la semua rase * tak abeh2 puji Restoran ni kan ;0....



Then td tgh layan2 tenet mak cekmi call....borak2 n rupenye ade kenduri sabtu ni sepupu cekmi...



so balik kg la nampaknye....takpe2 leh jaga anak2 buah same kan ;0....

Jangan lantik bukan Islam

KUALA LUMPUR 27 Mei - Umat Islam di negara ini diminta agar jangan sesekali melantik pemimpin daripada kalangan agama lain untuk menerajui kerajaan.

Pendakwah bebas, Datuk Md. Daud Che Ngah berkata, hanya pemimpin beragama Islam yang mampu memastikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan kekal dalam Perlembagaan.

Menurut beliau, pemimpin bukan Islam juga kurang memahami hal ehwal agama Islam yang menjadi anutan majoriti rakyat di negara ini.

‘‘Sebaik-baiknya kita lantik seorang pemimpin Islam yang kuat berpegang kepada ajaran agama dan menjadikan Islam sebagai cara hidup.''

‘‘Individu yang sedemikian lebih telus dan ikhlas dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pemimpin," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya bahawa umat Islam yang menyokong usaha untuk memastikan seorang bukan Melayu yang tidak beragama Islam menyandang jawatan Perdana Menteri di negara ini seharusnya menyemak kembali pegangan Islam masing-masing.

Juanda membuat kenyataan itu ekoran terdapat kecenderungan pada segelintir umat Islam yang menyokong usaha pihak tertentu yang mahukan Perdana Menteri dalam kalangan bukan Melayu.

Baru-baru ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan beliau akan terus berjuang bagi memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.


(apa sebenar maksud tersirat beliau???..sangat bahaya dengan apa yang sudah diniatkan dalam hati beliau kepada melayu dan islam...semoga Allah melindungi kita dari perkara2 tidak baik yang 'mereka' saja tahu..sesungguhnya Allah Maha Mnegetahui lubuk hati mereka itu dan Allah menyelamatkan kita semua amin...)


Tambah Md. Daud, sikap segelintir umat Islam yang sanggup menerima pemimpin bukan Islam atas nama politik adalah amat dikesali.

‘‘Mereka sepatutnya menghayati pesanan sahabat Nabi Muhammad SAW, Umar Al-Khattab yang menyatakan umat Islam dimuliakan oleh Allah SWT hanya kerana kita beragama dan hanya kerana kita Islam," ujarnya.

Jelas beliau, Umar turut mengingatkan bahawa Allah SWT akan mendatangkan kehinaan dan kebinasaan kepada umat Islam sekiranya mereka mencari kemuliaan bukan kerana agama.



cekmi sokong fakta diatas.....ISLAM adalah sebenar2nya agama untuk umat manusia....jadi kenapa umat manusia terutama umat islam mencari lain dari ISLAM semata2 tunduk pada kemahuan nafsu dan emosi masing2??......adalah lebih baik kamu memilih org islam yang berperangai jahat dari kamu memilih bukan islam sebab ape tau???....sebab org islam sejahat mane pun dia..dia masih ada IMAN dan percaya pada Allah dan Rasul....berbanding yang bukan islam sudah tentu kafir sudah pasti tiada iman dan tidak percaya pada Allah dan Rasul....

jika kamu memilih bukan islam menjadi pemimpin dan melantik seseorang yang bukan ahli dalam hal ehwal islam tunggulah BALA dari Allah S.W.T.....kenape kite tak menjadikan persekitaran kita sebagai panduan??...cube tgk ape sudah jadi pada UMAT ISLAM skrg????....BUKAK MATA....BUKAK LUAS2 TELINGA....jgn buta lagi dengan ape yang telah berlaku pada umat islam SAUDARA2 kita....ape telah terjadi kepada mereka????.....UMAT ISLAM sekarang dilenyek2 walaupun jumlah kita lebih ramai..sebab ape???...kite telah jauh dari Al Quran dan Sunnah Rasul...KEMBALILAH pada Al Quran dan Sunnah Rasul nescaya kamu terselamat....

ISLAM adalah agama yang diperakui oleh Allah S.W.T untuk umat manusia....kenapa kita cuba menjadi sebaliknya????...BUTAKAH KAMU??????.....atau dek kerana dikelabui oleh pangkat dan harta kamu menjadi begitu tamak dan tidak takut pada balasan Allah S.W.T?????????....

 

Apa SuDaH jAdi????

Lebih 13,000 terbunuh di Syria


MAYAT mangsa pembunuhan beramai-ramai di Houla diletakkan di sebuah hospital sebelum dikebumikan kelmarin.


DAMSYIK - Lebih 13,000 orang terbunuh di Syria sejak kebangkitan menentang pemerintahan Presiden Bashar Al-Assad bermula pada Mac 2011, kata seorang pegawai pertubuhan Pemantauan Rakyat Syria untuk Hak Asasi, Rami Abdel Rahman semalam.


"Secara keseluruhan 13,004 orang terbunuh dengan 9,183 mangsa ialah orang awam," katanya.
Menurutnya, 3,072 yang lain merupakan askar pemerintah manakala 749 terdiri daripada pembelot dalam tentera Syria.


Keganasan di Syria kini semakin memuncak walaupun satu persetujuan gencatan senjata yang diusahakan bersama oleh Liga Arab dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkuat kuasa pada 12 April lalu.
"Sejak gencatan senjata dikuatkuasakan, seramai 1,881 telah terbunuh," ujar Abdel Rahman.
Beliau merujuk kepada siri pertempuran yang tercetus antara pemberontak dan tentera Syria serta beberapa serangan bom.


Angka kematian tersebut disiarkan sehari selepas 109 orang, satu pertiga daripada mereka kanak-kanak dibunuh di Houla, dalam wilayah Homs yang menjadi medan pertempuran antara tentera Bashar dan pemberontak.


Tegas Abdel Rahman, masyarakat antarabangsa perlu mengambil tindakan konkrit berhubung peningkatan keganasan di Syria.


Ujarnya, pelan damai PBB di bawah kelolaan bekas Setiasuaha Agung badan dunia itu, Kofi Annan adalah terlambat buat penduduk Houla.


"Mengapa pemerhati PBB tidak bergegas ke Houla sebaik sahaja serangan tidak berperikemanusiaan ini diumumkan?" soal Abdel Rahman.


"Jika dunia tidak bertindak selepas pembunuhan beramai-ramai di Houla massacre, ini ternyata satu bencana," tambahnya.


Sementara itu, pihak berkuasa Syria semalam menafikan melakukan pembunuhan beramai-ramai di Houla kelmarin.


"Wanita, kanak-kanak dan warga tua telah ditembak mati. Kekejaman ini bukan dilakukan oleh tentera Syria," kata jurucakap Kementerian Luar, Jihad Makdesi dalam satu kenyataan di sini.


Menurut PBB, seramai 32 kanak-kanak bawah usia 10 tahun merupakan antara mangsa kekejaman tersebut.


"Kami menafikan sebarang pembabitan tentera Syria dalam pembunuhan kejam ini," tambahnya. - Agensi



*** pihak yang bertanggungjawab dalam pembunuhan WAJIB dibawa ke muka pengadilan dan diHUKUM......

Apa Sebabnya Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini?

Apa Sebabnya Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini?

Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun Pada pertengahan tahun 1975.

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.

Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

 

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.


Dr. Maurice Bucaille 

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: “Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).” Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.



Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tia
da sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.




Sunday 27 May 2012

cHeEsE BrEaD EgG

Assalamu'alaikum...



hari ni pagi2 bangun jek terus masuk dapur....

tibe2 dpt idea nak buat resepi baru yg tak pernah buat selama ni heee...

amek roti / telur / cheese......senangkan bahan2 dia hehehe ;p

apelagik terus lapikkan roti dengan cheese n celup dia dengan telur...

siap terus panaskan minyak n goreng....

dalam hati aish apela resepi aku nih tak meletup ke kang sedap ke eh?? ;p

so bile semua dah goreng n hidang depan encik somi n terus kitorang makan...

hmm nice ok la sedap jugak cicah dengan sos cili n mayonis.....heeeeee menjadik jugak breakfast tetibe haku ;p



 ni contoh yang tak goreng :)..


ptg td cekmi n encik somi keluar jap ade urusan sket...tp nak cerita tu time kuar pun asyikla menguap kan hahaha ngantuk tol...time menyetelkan urusan pun leh tersengguk2 kejap hahaha tak bek tau ;0..



dah settle balik umah n terus tunggu maghrib coz nak ke surau...ade ceramah..best ceramah dia tentang sahabat nabi Umair namenye...



balik umah encik somi request air kopi...hmmm minum panas2 sedap tu layan keropok goreng sambil tgk tv...asal encik somi nak tgk youtube jek si binik cuit2 suh bangun hahaha...sebab ape tau sakit ati tol sebab youtube slow kat sini..berasap la tunggu nak tgk hahahaha...



buat air kopi cekmi sediakan cawan kecik2..motip???...;p...yelah lambatla sket abeh kan hahaha pastu baru td encik somi ckp...air kopi letak gule tak? pahit plak katenye hahahaha...eh rasenye byk sudu td cekmi letak...takmola letak byk2 kan tak bagus utk kesihatan...cekmi mmg suke minum kurang manis....senyum manis ok MACAM GAMBAR BAWAH NIH ;0... 





Saturday 26 May 2012

AmiN......:)


hehehe pagi2 dah dpt info ni dari adik beradik cekmi....



walaupun org lain tp nama yang sudah pasti same diharapkan mengikut jejak mereka...



moga Arif n Aidil dan anak2 buah cekmi Adam n Ariq akan jadi imam muda masa hadapan....amin...




 
 Arif belajar solat dengan Tok Wan...




dari kiri : ADAM / ARIF / ARIQ UJEY / AIDINA









Aidina moga jadi anak yang solehah juga....:)




 Adam




masa kecik dari kiri : ARIF / ARIQ UJEY

time ni kecik je ujey hehehe ce tgk kat bwh ;0



 ARIQ Ujey n Arif...haa body ARIQ UJEY kalau dia tolak boleh tertungging ke belakang hihihihi






 
I LOVE THEM SO MUCH :)


 
Mak ngah & Pak ngah cayang bangat sama kamo kamo :)


Jom kite tgk cite masak2 lak..sambil tgk sambil taip...senangkan....;0


RESEPI DARI CHEF KAMARUL :)

di Noosa National Park Australia.. 





( RESEPI LEETUCE CUP  )







soo hoon rebus dulu bagi lembut


cili merah potong memanjang


Daun Limau Purut cincang2


Bawang Besar dihiris


(masuk dlm mangkuk)


masukkan sos tiram 
lemon diperah dalam tu




soo hoon td masuk dlm mangkuk bahan2 td


then perah lemon dalam air rebus soo hoon td...garam sket....udang...biar dia masak




dah masak angkat udang masuk dlm bekas td n gaul2




them masuk daun ketumbar...hiris2..


masuk sket gula




siap hias dengan daun salad...bijan...potongan tomato...




siap!!!! :)






RESEPI KEDUA LAK 


( PEMANIS MULUT )


Guna buah AVOCADO





CREAMY AVOCADO






mula2 masuk SUSU N KRIM...


Masuk COKLAT ( ikut suka coklat ape )


Api jgn bukak kuat sangat




kacau2kan mereka :) n biar dulu








THEN....


CREAM CHEESE masuk dlm mangkuk


campur GULA N GARAM sket


MASUK SUSU SEGAR KACAU2..letak tepi dulu








AVOCADO pilih yang lembut2 sket tu


korek avocado tu selepas dibelahg 2


letak atas pinggan


atas pinggan tu hiris2 memanjang


THEN


letak krim susu coklat td dgn cream cheese susu segar td atas avocado yg dipotong atas pinggan td...




siap!!!...:)






SELAMAT MENCUBA :)





psss selama ni beli cream cheese tak guna pun..dah lame bertapa dalam peti sejuk hehehe so boleh diguna pakai nampaknye ni ;p






Friday 25 May 2012

JaMuAn SuPrIsE...:)

Assalamu'alaikum semua...



td kat opis cekmi ade majlis makan2 tau....

rupenye dorg buat suprise untuk cekmi heeee...


 
 Siraj beli dekat Jaya Jusco..RM1 je satu..murah n pueh hati makan ;0


alamak kene bagi ucapan lagi tu.....;p

mulenye ingat bolehla nak ckp byk2 kan.....

sekali suara dah jadi lain hehehehe....

so tak byk ckp terus sekian terima kasih muahahahaha ;p...




sedap sungguh tart telur ni...



berderet deret n sedap makanan hari ni ;0...'yanty sabo ye tunggu bos masuk dulu ;0'





sementara tunggu bos kite snap2 dulu ;0





si Shiraj as MC pun satu.....pandai no buat suara sayu2 gitu...dari awal lagi tau....tup2 cik yong buat slide show lagu plak atoiiiiiii mencengkam jiwa...adeh tak rock la kan hahaha .....


siraj yang pandai buat lawak n berbakat :)





apepun cekmi sangat2 hargai jasa korang sanggup buat majlis suprise untuk cekmi hari ni....:)


 

dan juga hadiahnya yang cekmi sangat2 suke......macam ade link untuk tahun depan jek ;0...insyaallah..aminn....



 from encik Azman yang really nice n tolerate bos..


jom tgk apo hadiahnya.....jeng jeng jeng..;0

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


 dapat hadiah telekung yang cantik...suke2 :)



lepas tu semua dah mcm cipan kan hahaha ngantuk dah tak hinggat sebab kekenyangan ;0..tunggu nak balik je ni...dah ptg kan so rehatkan perut ;p....daaaaZzZzZzZzZZZzzzzz.

TeRlAmPaU CeRdIk SaNgAt....

  Assalamu'alaikum....jom kite baca tajuk panas hari ni...panas22222..

 

terlampau cerdik sampai menyimpang dari Al Quran & Sunnah.....sila bertaubat banyak2....

 

 

KDN haramkan buku Irshad Manji

25/05/2012 3:00am

KUALA LUMPUR — Kementerian Dalam Negeri mengharamkan penerbitan buku tulisan Irshad Manji bertajuk ”Allah, Kebebasan dan Cinta” dan versi Bahasa Inggeris ”Allah, Liberty and Love” kerana mengelirukan orang awam dan menyalahi syariah yang ditetapkan dalam al-Quran dan hadis.



Timbalan menterinya Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata perintah larangan itu dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 kerana kandungannya ”boleh menggemparkan fikiran orang ramai dan memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam.” Buku itu diharamkan selepas kementerian menerima laporan dan ulasan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), katanya. 



"Antaranya, pandangan terhadap perkahwinan campur antara Muslim dan bukan Muslim sebagai sesuatu yang harus dan pemahaman ini boleh menjurus kepada pluralisme,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.



Beliau berkata buku itu juga mengandungi unsur penghinaan terhadap Rasulullah SAW yang digambarkan dalam keadaan yang boleh mencemar kesucian agama Islam.



Selain itu, katanya buku itu juga mempertahankan fahaman sekularisme dengan mencampuradukkan dengan nilai-nilai akidah.
"Ia turut memberikan penerangan terhadap pelaksanaan kewajipan solat fardu lima waktu yang boleh didirikan dalam pelbagai pergerakan dan bahasa malah lebih dari lima kali sehari,” katanya.



Abu Seman berkata kenyataan ini boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang awam terhadap kewajipan menunaikan solat fardu lima waktu.



Buku ini juga menyeru kepada logik akal semata-mata dalam ijtihad dan penolakan konsep ijmak yang dikhuatiri akan menggalakkan interpretasi hukum-hukum agama yang tidak berpegang kepada nas-nas al-Quran dan al-hadis. — BERNAMA



sesak hati dengan masalah ummat manusia sekarang...terlampau cerdik sampai sanggup membuat logik akal sendiri tanpa berpandukan Al Quran dan Assunnah....



benarlah Allah mengatakan dalam Al Quran...manusia itu asalnya dari air yang hina tiba2 mereka menjadi penentang yang nyata...alangkah HINA nya mereka itu dan tunggulah balasan dariNya jika mereka tidak bertaubat padaNya....... 



 
breakfast Bihun Tomyam sambil memikirkan masalah manusia2 yang berani2 menentang hukum Allah S.W.T

Thursday 24 May 2012

SeMaNgAt S..A.


Sama2 kita renung2kan dan bermuhasabah...



Salahuddin Al Ayyubi dibesarkan sama seperti anak-anak orang Kurd biasa (Poole, 1914).Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri.

 Tiada siapapun yang menjangka sebelum ia menguasai Mesir dan menentang tentera Salib bahawa anak Kurd ini suatu hari nanti akan merampas kembali Palestin dan menjadi pembela akidah Islamiah yang hebat. 

Dan tiada siapa yang menyangka pencapaiannya demikian hebat sehingga menjadi contoh dan perangsang memerangi kekufuran sehingga ke hari ini.

 Stanley Lane Poole (1914) seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai anak seorang governor yang memilliki kelebihan daripada orang lain tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda ia akan menjadi orang hebat pada masa depan. Akan tetapi ia menunjukkan akhlak yang mulia.

walaubagaimana pun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya untuk bakal pemimpin agung itu. 

Ketika ia menjadi tentera Al-Malik Nuruddin, sultan Aleppo, ia diperintahkan untuk mara ke Mesir. 

Pada masa itu Mesir diperintah oleh sebuah kerajaan Syi’ah yang tidak bernaung di bawah khalifah. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis bahawa Salahuddin sangat berat dan memaksa diri untuk pergi ke Mesir bagaikan orang yang hendak di bawa ke tempat pembunuhan (Bahauddin, 1234).

 Tetapi itulah sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan firman Allah, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.” (Al-Baqarah:216)

Apabila Salahuddin menguasai Mesir, ia tiba-tiba berubah. Ia yakin bahawa Allah telah mempertanggungjawabkan kepadanya satu tugas yang amat berat yang tak mungkin dapat dilaksanakan jika ia tidak bersungguh-sungguh. 

Bahauddin telah menuliskan dalam catatannya bahawa Salahuddin sebaik-baik sahaja ia menjadi pemerintah Mesir, dunia dan kesenangannya telah lenyap dari pandangan matanya. 

Dengan hati yang rendah dan syukur kepada Allah ia telah menolak godaan-godaan dunia dan segala kesenangannya. (Bahauddin,1234)

Bahkan Stanley Lane Poole(1914) telah menuliskan bahwa Salahuddin mengubah cara hidupnya kepada yang lebih keras.

 Ia bertambah wara’ dan menjalani hidup yang lebih berdisiplin dan sederhana.

 Ia mengenepikan corak hidup senang dan memilih corak hidup“Spartan” yang menjadi contoh kepada tenteranya

Ia menumpukan seluruh tenaganya untuk satu tujuan iaitu untuk membina kekuasaan Islam yang cukup kuat untuk menghalau orang kafir dari tanah air Islam. 

Salahuddin pernah berkata, “Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin Dia juga bermaksud Palestin untukku. Ini menyebabkan ia menjuarai perjuangan Islam. Sehubungan dengan ia telah menyerahkan dirinya untuk jalan jihad.

Fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan Allah. Bahauddin telah mencatatkan bahawa semangat Salahuddin yang berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya.

 Ia sentiasa meluahkan seluruh tenaganya untuk memperkuat pasukan tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad.

 Jika ada sesiapa yang bercakap kepadanya berkenaan jihad ia akan memberikan sepenuh perhatian. Sehubungan dengan ini ia lebih banyak di dalam khemah perang daripada duduk di istana bersama sanak keluarga. Siapa sahaja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya

 Siapa sahaja yang memerhatikannya akan dapat melihat apabila ia telah memulakan jihad melawan tentera salib ia akan menumpukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tenteranya. 

Dalam medan peperangan ia bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal akibat dibunuh oleh tangan jahat. 

Ia akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata. Ia juga akan pergi ke seluruh pelosok tanahair dengan mata yang berlinang mengajak manusia supaya bangkit membela Islam

Ketika ia mengepung Acre ia hanya minum, itu pun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan semenjak hari Jumaat hingga Isnin kerena ia tidak mahu perhatiannya kepada peperangan terganggu. (Bahauddin, 1234)





Satu siri peperangan yang sengit telah berlaku antara tentera Salahuddin dengan tentera Salib di kawasan Tiberias di kaki bukit Hittin.

 Akhirnya pada 24 Rabiul-Akhir, 583 H, tentera Salib telah kalah teruk. Dalam peperangan ini Raja Kristian yang memerintah Palestin telah dapat ditawan beserta adiknya Reginald dari Chatillon. 

Pembesar-pembesar lain yang dapat ditawan ialah Joscelin dari Courtenay, Humphrey dari Toron dan beberapa orang ternama yang lain.Ramai juga tentera-tentera Salib berpangkat tinggi telah tertawan. 

Stanley Lane-Poole menceritakan bahawa dapat dilihat seorang tentera Islam telah membawa 30 orang tentera Kristian yang ditawannya sendiri diikat dengan tali khemah. 

Mayat-mayat tentera Kristian bertimbun-timbun seperti batu di atas batu di antara salib-salib yang patah, potongan tangan dan kaki dan kepala-kepala manusia berguling seperti buah tembikai.

 Dianggarkan 30,000 tentera Kristian telah mati dalam peperangan ini. Setahun selepas peperangan, timbunan tulang dapat dilihat memutih dari jauh.

Peperangan Hittin telah menyerlahkan kecintaan Salahuddin kepada Islam. 

Stanley Lane-Poole menulis bahawa Salahuddin berkhemah di medan peperangan semasa peperanggan Hittin. 

Pada satu ketika setelah khemahnya didirikan diperintahkannya tawanan perang dibawa kehadapannya. Maka dibawalah Raja Palestin dan Reginald dari Chatillon masuk ke khemahnya. 

Dipersilakan sang Raja duduk di dekatnya. Kemudian ia bangun pergi ke hadapan Reginald lalu berkata, “Dua kali aku telah bersumpah untuk membunuhnya. 

Pertama ketika ia bersumpah akan melanggar dua kota suci dan kedua ketika ia menyerang jamaah haji. Ketahuilah aku akan menuntut bela Muhammad atasnya”. Lalu ia menghunuskan pedangnya dan memenggal kepala Reginald. Mayatnya kemudian dibawa keluar oleh pengawal dari khemah.

Raja Palestin apabila melihat adiknya dipancung, ia mengeletar kerana menyangka gilirannya akan tiba. Tetapi Salahuddin menjamin tidak akan mengapa-apakannya sambil berkata,“Bukanlah kelaziman seorang raja membunuh raja yang lain, tetapi orang itu telah melanggar segala batas-batas, jadi terjadilah apa yang telah terjadi.”

Tindakan Salahuddin adalah disebabkan kebiadaban Reginald kepada Islam dan Nabi Muhammad. 

Bahauddin bin Shaddad, penasihat kepercayaan Salahuddin mencatatkan bila jemaah haji dari Palestin diserang dicederakan tanpa belas kasihan oleh Reginald, di antara tawanannya merayu supaya mereka dikasihani. Tetapi Reginald dengan angkuhnya mengatakan, “Mintalah kepada nabi kamu , Muhammad, untuk menyelamatkan kamu”.

 Apabila ia mendapat berita ini ia telah berjanji akan membunuh Reginald dengan tangannya sendiri apabila ia dapat menangkapnya.

Pada hari Jumaat, 27 Rajab, 583H, iaitu pada hari Isra’ Mi’raj, Salahuddin telah memasuki bandar suci tempat Rasulullah saw. naik ke langit. 

Dalam catatan Bahauddin ia menyatakan inilah kemenangan atas kemenangan. Ramai orang yang terdiri dari ulama, pembesar-pembesar,peniaga dan orang-orang biasa datang meraikan gembira kemenangan ini. 

Kemudiannya ramai lagi orang datang dari pantai dan hampir semua ulama-ulama dari Mesir dan Syria datang untuk mengucapkan tahniah kepada Salahuddin. 

Boleh dikatakan hampir semua pembesar-pembesar datang. Laungan “Allahhu Akbar” dan “Tiada tuhan melainkan Allah” telah memenuhi langit. 
Selepas 90 tahun kini sembahyang Jumaat telah diadakan semula di  Baitul Maqdis.

Salib yang terpampang di ‘Dome of Rock’ telah diturunkan. Betapa hebatnya peristiwa ini tidak dapat digambarkan. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hebatnya hari itu. 

Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin semasa peperangan ini sangat jauh berbeza daripada kekejaman musuh Kristiannya. 

Ahli sejarah Kristian pun mengakui hal ini. Lane-Poole mengesahkan bahwa kebaikan hati Salahuddin telah mencegahnya daripada membalas dendam. 

Ia telah menuliskan yang Salahuddin telah menunjukkan ketiggian akhlaknya ketika orang-orang Kristian menyerah kalah. 

Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan hinggakan tiada kedengaran orang-orang Kristian dipersalah-lakukan. Semua jalan keluar-masuk ke Baitul Muqaddis ditangannya dan seorang yang amanah telah dilantik di pintu Nabi Daud untuk menerima wang tebusan daripada orang-orang Kristian yang ditawan.

Lane-Poole juga telah menuliskan bahawa Salahuddin telah mengatakan kepada pegawainya,“Adikku telah membuat infak, Padri besar pun telah menderma. Sekarang giliranku pula”. Lalu ia memerintahkan pegawainya mewartakan di jalan-jalan Jerusalem bahawa sesiapa yang tidak mampu membayar tebusan boleh dibebaskan. Maka berbondong-bondonglah orang keluar daripintu St. Lazarus dari pagi hingga ke malam. Ini merupakan sedekah Salahuddin kepada orang miskin tanpa mengira bilangan mereka.



Selanjutnya Lane-Poole menuliskan bagaimana pula tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitul Muqaddis kali pertama pada tahun 1099. 

Telah tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem jalan-jalan itu‘tersumbat’ dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan
 dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. 

Darah yang membasahi bumi yang mengalir dari pembunuhan orang-orang Islam secara beramai-ramai telah mencermarkan kesucian gereja di mana sebelumnya kasih sayang sentiasa diajarkan.Maka sangat bernasib baik orang-orang Kristian apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.


Lane-Poole juga menuliskan, jika hanya penaklukan Jerusalem sahaja yang diketahui mengenai Salahuddin, maka ia sudah cukup membuktikan dialah seorang penakluk yang paling penyantun dan baik hati di zamannya bahkan mungkin di sepanjang zaman.


Perang Salib pertama ialah kejatuhan Palestin kepada orang-orang Kristian pada tahun 1099(490H) manakala yang kedua telah dimenangi oleh Salahuddin dalam peperangan Hittin pada tahun 583H (1187M) di mana beberapa hari kemudian ia telah menawan Baitul Muqaddis tanpa perlawanan. 

Kekalahan tentera Kristian ini telah menggegarkan seluruh dunia Kristian. Maka bantuan dari Eropah telah dicurahkan ke bumi Palestin. Hampir semua raja dan panglima perang dari dunia Kristian seperti Fredrick Barbossa raja Jerman, Richard The Lion rajaEngland, Philips Augustus raja Perancis, Leopold dari Austria, Duke of Burgundy dan Count of Flanders telah bersekutu menyerang Salahuddin yang hanya dibantu oleh beberapa pembesarnya dan saudara maranya serta tenteranya untuk mempertahankan kehormatan Islam. 

Berkat pertolongan Allah mereka tidak dapat dikalahkan oleh tentera bersekutu yang besar itu

Peperangan ini berlanjutan selama 5 tahun hingga menyebabkan kedua belah pihak menjadi lesu dan jemu. Akhirnya kedua belah pihak bersetuju untuk memuat perjanjian di Ramla pada tahun 588H. Perjanjian ini mengakui Salahuddin adalah pengusa Palestin seluruhnya kecuali bandar Acra diletakkan di bawah pemerintahan Kristian.

 Maka berakhirlah peperangan  salib ketiga.

Lane-Poole telah mencatatkan perjajian ini sebagai berakhirnya Perang Suci yang telah berlanjutan selama 5 tahun. Sebelum kemenangan besar Hittin pada bulan Julai, 1187M, tiada
satu inci pun tanah Palestin di dalam tangan orang-orang Islam. 

Selepas Perjanjian Ramla pada bulan September, 1192M, keseluruhannya menjadi milik mereka kecuali satu jalur kecil dari Tyre ke Jaffa. Salahuddin tidak ada rasa malu apapun dengan perjanjian ini walaupun sebahagian kecil tanah Palestin masih di tangan orang-orang Kristian. 

Atas seruan Pope,seluruh dunia Kristian telah mengangkat senjata. Raja England, Perancis, Sicily dan Austria serta Duke of Burgundy, Count of Flanders dan beratus-ratus lagi pembesar-pembesar telah bersekutu membantu Raja dan Putra Mahkota Palestin untuk mengembalikan kerajaan Jerusalem kepada pemerintahan Kristian. 

Walau bagaimana pun ada raja yang mati dan ada yang balik dan sebahagian pembesar-pembesar Kristian telah terkubur di Tanah Suci itu, tetapi Tanah Suci itu masih di dalam tangan Salahuddin.

 Selanjutnya Lane-Poole mencatatkan, seluruh kekuatan dunia Kristian yang telah ditumpukan dalam peperangan Salib ketiga tidak mengoyangkan kekuatan Salahuddin. 

Tenteranya mungkin telah jemu dengan peperangan yang menyusahkan itu tetapi mereka tidak pernah undur apabila diseru untuk menjualkan jiwa raga mereka di jalan Tuhan. 

Tenteranya yang berada jauh di lembah Tigris di Iraq mengeluh dengan tugas yang tidak henti-henti, tetapi ketaatan meraka yang tidak pernah berbelah bagi. Bahkan dalam peperangan Arsuf, tenteranya dari Mosil (sebuah tempat di Iraq) telah menunjukkan ketangkasan yang hebat.

 Dalam peperangan ini, Salahuddin memang boleh memberikan kepercayaan kepada tentera-tenteranya dari Mesir, Mesopotamia, Syria, Kurds, Turkmans, tanah Arab dan bahkan orang-orang Islam dari mana-mana sahaja. 

Walaupun mereka berlainan bangsa dan kaum tetapi Salahuddin telah dapat menyatukan mereka di atas jalan Tuhan daripada mula peperangan pada tahun 1187 hinggalah berakhirnya pada tahun 1192.

Lane-Poole juga menuliskan dalam peperangan ini Salahuddin sentiasa syura. Ia mempunyai majlis syura yang membuat keputusan-keputusan ketenteraan. 

Kadang-kadang majlis ini membatalkan keputusan Salahuddin sendiri. Dalam majlis ini tiada siapa yang mempunyai suara lebih berat tiada siapa yang lebih mempengaruhi fikiran Salahuddin. Semuanya sama sahaja.

 Dalam majlis itu ada adiknya, anak-anaknya, anak saudaranya, sahabat-sahabat lamanya, pembesar-pembesar tentera, kadi, bendahari dan setiausaha. Semuanya mempunyai sumbangan yang sama banyak dalam membuat keputusan. Pendeknya semuanya menyumbang dalam kepakaran masing-masing. Walau apa pun perbincangan dan perdebatan dalam majlis itu, mereka memberikan ketaatan mereka kepada Salahuddin.


Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, pulanglah Salahuddin ke rahmatullah selepas berhempas pulas mengembalikan tanah air Islam pada usia 57 tahun. 

Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis mengenai hari-hari terakhir Salahuddin. 

Pada malam 27 Safar,12 hari selepas ia jatuh sakit, ia telah menjadi sangat lemah. Syeikh Abu Ja’afar seorang yang wara’ telah diminta menemani Salahuddin di Istana supaya jika ia nazak, bacaan Qur’an dan syahadah boleh diperdengarkan kepadanya. 

Memang pada malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin. Syeikh Abu Jaafar telah duduk di tepi katilnya semenjak 3 hari yang lepas membacakan Qur’an. Dalam masa ini Salahuddin selalu pengsan dan sedar sebentar. 

Apabila Syeikh Au Jaafar membacakan ayat, “Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata” (Al-Hasyr: 22), Salahuddin membuka matanya sambil senyum, mukanya berseri dan denga nada yang gembira ia berkata,“Memang benar”. Selepas ia mengucapkan kata-kata itu rohnya pun kembali ke rahmatullah.Masa ini ialah sebelum subuh, 27 Safar.

 

 Seterusnya Bahauddin menceritakan Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika ia wafat. Tiada rumah-rumah, barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk kos pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung kos pengkebumian ini. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.

Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan berkenaan kewarakan Salahuddin. 

Satu hari ia berkata bahawa ia telah lama tidak pergi sembahyang berjemaah. Ia memang suka sembahyang berjemaah, bahkan ketika sakitnya ia akan memaksa dirinya berdiri di belakang imam.

 Disebabkan sembahyang adalah ibadah utama yang diasaskan oleh Rasulullah saw, ia sentiasa mengerjakan sembahyang sunnat malam. Jika disebabkan hal tertentu ia tidak dapat sembahyang malam, ia akan menunaikannya ketika hampir subuh. 

Bahauddin melihatnya sentiasa sembahyang di belakang imam ketika sakitnya, kecuali tiga terakhir di mana ia telah tersangat lemah dan selalu pengsan. Tetapi ia tidak pernah tinggal sembahyang fardhu.

 Ia tidak pernah membayar zakat kerana ia tidak mempunyai harta yang cukup nisab. Ia sangat murah hati dan akan menyedekahkah apa yang ada padanya kepada fakir miskin dan kepada yang memerlukan hinggakan ketika wafatnya ia hanya memiliki 47dirham wang perak dan satu dinar wang emas. Ia tidak meninggalkan harta.

Bahauddin juga mencatatkan bahawa Salahuddin tidak pernah meninggalkan puasa Ramadhan kecuali hanya sekali apabila dinasihatkan oleh Kadi Fadhil. Ketika sakitnya pun ia berpuasa sehinggalah doktor menasihatkannya dengan keras supaya berbuka. Lalu ia berbuka dengan hati yang berat sambil berkata, “Aku tak tahu bila ajal akan menemuiku”. Maka segera ia membayar fidyah. 

Dalam catatan Bahauddin juga menunjukkan Salahuddin teringin sangat menunaikan haji ke Mekah tetapi ia tidak pernah berkesempatan. Pada tahun kewafatannya, keinginannya menunaikan haji telah menjadi-jadi tetapi ditakdirkan

 Ia sangat gemar mendengar bacaan Qur’an. Dalam medan peperangan ia acap kali duduk mendengar bacaan Qur’an para pengawal yang dilawatnya sehingga 3 atau 4 juzu’ semalam. 

Ia mendengar dengan sepenuh hati dan perhatian sehingga air matanya membasahi dagunya. Ia juga gemar mendengar bacaan hadis Rasulullah saw. Ia akan memerintahkan orang-orangyang bersamanya duduk apabila hadis dibacakan. Apabila ulama hadis datang ke bandar, ia akan pergi mendengar kuliahnya. 

Kadang kadang ia sendiri membacakan hadis dengan mata yang berlinang. Dalam peperangan kadang-kadang ia berhenti di antara musuh-musuh yang datang untuk mendengarkan hadis-hadis dibacakan kepadanya. Ia juga sangat berpegang teguh kepada rukun iman hinggakan ia telah mengarahkan anaknya al-Malik al-Zahir membunuh Suhrawady yang membawa ajaran sesat.

 Salahuddin sangat yakin dan percaya kepada pertolongan Allah. Ia biasa meletakkan segala harapannya kepada Allah terutama ketika dalam kesusahan. 

Pada satu ketika ia berada di Jerusalem yang pada masa itu seolah-olah tidak dapat bertahan lagi daripada kepungan tentera bersekutu Kristian. 

Walaupun keadaan sangat terdesak ia enggan untuk meninggalkan kota suci itu. Malam itu adalah malam Jumaat musim sejuk. Bahaauddin mencatatkan, “Hanya aku dan Salahuddin sahaja pada masa itu. Ia menghabiskan masa malam itu dengan bersembahyang dan munajat. 

Pada tengah malam saya minta supaya ia berehat tetapi jawapannya, “Ku fikir kau mengantuk. Pergilah tidur sejenak”. Bila hampir subuh aku pun bangun dan pergi mendapatkannya. Aku dapati ia sedang membasuh tangannya. “Aku tidak tidur semalam” katanya. 

Selepas sembahyang subuh aku berkata kepadanya, “Kau kena munajat kepada Allah memohon pertolongan-Nya”. Lalu ia bertanya, “Apa yang perlu ku lakukan?”

Aku menjawab, “Hari ini hari Jumaat. Engkau mandilah sebelum pergi ke masjid Aqsa.Keluarkanlah infaq dengan senyap-senyap. Apabila kau tiba di masjid, sembahyanglah dua rakaat selepas azan di tempat Rasulullah saw pernah sembahyang sebelum mi’raj dahulu. Aku pernah membaca hadis doa yang dibuat di tempat itu adalah mustajab. Oleh itu kau bermunajadlah kepada Allah dengan ucapan “Ya Tuhanku, aku telah kehabisan segala bekalanku. Kini aku mohon pertolongan-Mu. Aku menyerahkan diriku kepada-Mu. Aku yakin hanya Engkau sahaja yang boleh menolongku dalam keadaan yang genting ini.”

Aku mengatakan kepadanya, “Aku sangat berharap Allah akan mengkabulkan doamu”. Lalu Salahuddin melakukan apa yang ku usulkan. Aku berada di sebelahnya ketika dahinya mencecah bumi sambil menangis hingga air matanya mambasahi janggutnya dan menitik ke tempat sembahyang. 

Aku tidak tahu apa yang didoakannya tetapi aku melihat tanda-tanda doanya dikabulkan sebelum hari itu berakhir. Perbalahan berlaku di antara musuh-musuh yang menatijahkan berita baik bagi kami beberapa hari kemudian. Akhirnya mereka membuka khemah-khemah mereka dan berangkat ke Ramla pada hari Isnin pagi.”

Siapa yang rapat dengannya mengatakan ia adalah seorang Islam yang taat kepada Allah,sangat peka kepada keadilan, pemurah, lembut hati, sabar dan tekun. 

Bahauddin bin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan ia telah memberikan masa untuk rakyat dua kali seminggu, iaitu pada hari Isnin dan Selasa. Pada masa ini ia disertai olehpembesar-pembesar negara, ulama dan kadi. Semua orang boleh berjumpa dengannya.

 Ia sendiri akan membacakan aduan yang diterimanya dan mengucapkan untuk dituliskan oleh jurutulis tindakan yang perlu diambil dan terus ditandatanganinya pada masa itu juga. Ia tidak pernah membenarkan orang meninggalkannya selagi ia belum menyempurnakan hajat orang itu.

 Dalam masa yang sama ia sentiasa bertasbih kepada Allah.Jika ada orang membuat aduan, ia akan mendengarkan dengan teliti dan kemudian memberikan keputusannya.

 Suatu hari seorang lelaki telah membuat aduan berkenaan Taqiuddin, anak saudaranya sendiri. Dengan segera ia memanggil anak saudaranya itu dan meminta penjelasan. 

Dalam ketika yang lain ada orang yang membuat tuduhan kepada Salahuddin sendiri. Yang memerlukan penyiasatan. Walaupun tuduhan orang itu didapati tidak berasas, ia telah menghadiahkan orang itu sehelai jubah dan beberapa pemberian yang lain.

Ia adalah seorang yang mulia dan baik hati, lemah lembut, penyabar dan sangat benci kepada ketidak adilan. Ia sentiasa mengabaikan kesilapan-kesilapan pembantu-pembantu dan khadam-khadamnya. 

Jika mereka melakukan kesilapan yang memanaskan hatinya, ia tidak pernah menyebabkan kemarahannya menjatuhkan air muka mereka. Pada suatu ketika ia pernah meminta air minum, tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan kepadanya. Ia meminta sehingga lima kali lalu berkata, “Aku hampir mati kehausan”. Ia kemudian meminum air yang dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan kemarahan. 

Dalam ketika yang lain ia hendak mandi selepas mengalami sakit yang agak lama. Didapatinya air yang disediakan agak panas, lalu ia meminta air sejuk. Sebanyak dua kali khadamnya menyebabkan air sejuk terpercik kepadanya. Disebabkan ia belum benar-benar sihat, ia merasa kesejukan tetapi ia hanya berkata kepada khadamnya, “Cakap sajalah kalau kau tak suka kepadaku”. Lalu khadam itu cepat-cepat minta maaf dan Salahuddin terus memaafkannya.

 Bahauddin juga telah mencatatkan beberapa peristiwa yang menunjukkan sifat pemurah dan baik hati Salahuddin. Kadang-kadang kawasan yang baru ditawannya pun diberikannya kepada pengikutnya. 

Satu ketika ia telah berjaya menawan bandar ‘Amad. Lalu seorang perwira tentera, Qurrah Arslan, menyatakan keinginannya untuk memerintah bandar itu. Dengan senang hati ia memberikannya. Bahkan dalam beberapa ketika ia menjualkan hartanya semata-mata untuk membeli hadiah. 

Melihat betapa pemurahnya Salahuddin, bendaharinya selalu merahsiakan baki wang simpanan untuk digunakan semasa kecemasan. Jika ia tahu, ia akan menyedekahkan khazanah negara sehingga habis. Salahuddin pernah mengatakan ada orang baginya wang dan debu sama sahaja. “Aku tahu”, kata Bahauddin, “Ia mengatakan dirinya”.
 

 Salahuddin tidak pernah membiarkan tetamunya meninggalkannya tanpa hadiah atau sebarang bentuk pemberian tanda penghargaan, walaupun tamunya itu seorang kafir. 

Raja Saida pernah melawat Salahuddin dan ia menyambutnya dengan tangat terbuka, melayannya dengan hormat dan mengambil kesempatan menerangkan Islam. Bahkan Salahuddin sentiasa mengirimkan ais dan buah-buahan kepada Richard the Lion, musuh ketatnya, ketika Raja inggeris itu sakit. 

Hatinya memang sangat lembut hingga ia sangat mudah terkesan apabila melihat orang dalam kesusahan dan kesedihan. 

Suatu hari seorang perempuan Kristian datang mengadu kehilangan bayinya. Perempuan itu menangis dan meraung di depan Salahuddin sambil menceritakan bayinya dicuri dari khemahnya. 

Perempuan itu seterusnya mengatakan ia telah dimaklumkan hanya Salahuddin sahaja yang boleh mendapatkan bayi itu kembali. Hatinya tersentuh mendengar cerita perempuan itu lalu ia pun turut menangis. Ia segera memerintahkan pegawai-pegawainya mencari bayi itu di pasar hamba-sahaya. Tidak lama kemudian bayi itu telah dapat dibawa kembali lalu dengan rasa gembira mendoakan kesejahteraan Salahuddin.

Bahauddin juga mencatatkan Salahuddin sangat kasihan belas kepada anak-anak yatim. Bila ia terjumpa anak-anak yatim ia akan menguruskan supaya ada orang menjadi penjaga anak itu.Kadang-kadang ia sendiri yang akan menjaga dan membesarkan anak yatim yang ditemuinya.Ia juga sangat kasihan melihat orang tua atau yang kurang upaya dan akan memberikan penjagaan yang khas kepada mereka apabila ia bertemu dengan orang sedemikian.

Ketika mengepung bandar Acre, Bahauddin mencatatkan bahawa Salahuddin mengidap sakit kuat yang menyebabkan beliau sangat susah untuk bangun. Meskipun demikian, ia keluar menunggang kudanya untuk memeriksa angkatan tenteranya. Bahauddin bertanya kepadanya bagaimana ia boleh menahan sakitnya. Maka Salahuddin menjawab, “Penyakit akan meninggalkanku apabila kamu menunggang kuda”. 

Dalam ketika yang lain ia sebenarnya dalam keadaan yang lemah akibat sakit tetapi pergi memburu musuh sepanjang malam. “Apabila ia sakit”, kata Bahauddin, “Aku dan doktor akan bersamanya sepanjang malam. 

Ia tidak dapat tidur akibat menahan sakit, tetapi apabila pagi menjelang, ia akan menunggang kuda untuk melawan musuh. Ia menghantar anak-anaknya ke medan perang sebelum memerintahkan orang lain berbuat demikian. Aku dan doktornya bersamanya sepanjang hari menunggang kuda sehinggalah musuh berundur apabila senja menjelang. 

Ia hanya akan kembali ke khemah selepas memberikan arahan untuk kawalan keselamatan pada waktu malam”.

Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh menandingi Salahuddin. Kadang-kadang ia sendiri pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama perisik-perisiknya bukan sekali bahkan dua kali sehari

Ketika berperang ia sendiri akan pergi merempuh sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan memberikan arahan kepada panglima-panglima tenteranya

Bahauddin ada mencatatkan satu kisah yang menunjukkan betapa beraninya Salahuddin. Salahuddin diberitahu bahawa ia selalu mendengar bacaan hadis pada masa lapang bukannya ketika perang. Apabila mendengar perkara ini ia segera mengarahkan supaya hadis-hadis dibacakan kepadanya ketika peperangan sedang berkecamuk dengan sengitnya.

 

Salahuddin tidak pernah gentar dengan ramainya tentera Salib yang datang untuk menentangnya. Dalam beberapa ketika, tentera Salib berjumlah sehingga 600,000 orang,tetapi Salahuddin menghadapinya dengan tentera yang jauh lebih sedikit.

 Berkat pertolongan Allah ia menang, membunuh ramai musuh dan membawa ramai tawanan. Ketika mengepung Acre, pada satu petang lebih dari 70 kapal tentera musuh beserta senjata berat mendarat pada satu petang. Boleh dikatakan semua orang merasa gentar kecuali Salahuddin.

 Dalam satu peperangan yang sengit semasa kepungan ini, serangan mendadak besar-besaran dari musuh telah menyebabkan tentera Islam kelam kabut. Tentera musuh telah merempuh khemah-khemat tentera Islam bahkan telah sampai ke khemah Salahuddin dan mencabut benderanya.

 Tetapi Salahuddin bertahan dengan teguhnya dan berjaya mengatur tenteranya kembali sehingga ia berjaya membalikkan kekalahan menjadi kemenangan. Musuh telah kalah teruk dan berundur meninggalkan lebih kurang 7,000 mayat-mayat.

 Bahauddin ada mencatatkan betapa besarnya cita-cita Salahuddin. Suatu hari Salahuddin pernah berkata kepadanya, “Aku hendak beri tahu padamu apa yang ada dalam hatiku. Apabila Allah mentakdirkan seluruh tanah suci ini di bawah kekuasaanku, aku akan serahkan tanah-tanah kekuasaanku ini kepada anak-anakku, ku berikan arahan-arahanku yang terakhir lalu ku ucapkan selamat tinggal. Aku akan belayar untuk menaklukkan pulau-pulau dan tanah-tanah. Aku tak akan meletakkan senjata ku selagi masih ada orang-orang kafir di atas muka bumi atau jika ajalku sampai”.

Salahuddin memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh. Ia juga mengetahui setiap suku-suku kaum Arab dan adat-adat mereka. Bahkan ia mengetahui sifat-sifat kuda Arab walaupun ia sebenarnya orang Kurd. 

Ia sangat gemar mengumpulkan pengetahuan dan maklumat dari kawan-kawannya dan utusan-utusannya yang sentiasa berjalan dari satu penjuru ke satu penjuru negerinya. Di samping Qur’an ia juga banyak menghafal syair-syair Arab.

Lane-Poole juga ada menuliskan bahawa Salahuddin berpengetahuan yang dalam dan gemar untuk mendalami lagi bidang-bidang akidah, ilmu hadis serta sanad-sanad dan perawi-perawinya, syariah dan usul fikh dan juga tafsir Qur’an.


Rujukan :
 Bahauddin bin Shaddad. 1234M,632H. Al-Nawadir-I-Sultania: Sirat Salahuddin (BinNawadir-I-Sultania). Mesir (diterbitkan 1317h):31, 32-33, 7,155