Saturday 31 August 2013

SELAMAT HARI MERDEKA KE 56 NEGARA MALAYSIA TANAHAIRKU



Salam kemerdekaan kepada semua..
hari ni Hari Kemerdekaan Tanahair kita 31 / 8 / 1957 tahun kita merdeka
tak sangka hari ni haku n adik beradik haku akan sambut merdeka di MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
memang kami memanjang berjalan ikut tentatif yang haku buat sampai sakit kot kaki ;p
siang malam pulak tu
tp tak dapat tgk bunga api kat dataran sebab adik haku sakit perut sian dia :)
berapa kali tu tinggalkan jejak kat melaka hihihi
yang haku n adik haku sorg lagi tu walaupun sakit perut tetap tak tinggalkan jejak..kene balik umah kot tp terus ok je ;0
so tgk kat bilik hotel je la kan..tu pun sekejap2 je sebab mengurut kaki huuuuu hamek!! ^-^
tu pun balik bilik dalam jam 11 malam lebih mcm tu
nanti haku update photo sebab byk kot ;p
ni pun baru balik je..ujan plak tu Alhamdulillh perjalanan berjalan lancar..^-^
k nanti kita sambung daaaaa ^-^

Thursday 29 August 2013

JEREBU LAGIK



Pagi2 td time subuh hujan turun lebat Alhamduillah
dah agak pagi sket tgk kat luar mcm jerebu jek
so baca berita sah2 jerebu lagik!!!!
paling teruk bacaan IPU dia kat sebelah utara negeriku
terus teringat family haku ngeee
hope dorg sihat2 semua n tak keluar sangat di saat cuaca jerebu ni
tp yang haku heran tu kenape org2 yang menyebabkan jerebu ni tak fikir?
fikir untung sendiri ke?
pastu menyusahkan ramai orang?
patut kena saman je org2 mcm ni...
disebabkan perbuatan mereka tu kesihatan orang ramai terganggu..
ye haku tgh geram dengan org2 mcm ni
pastinya org2 mcm tu ada akal tp kenapa tak nak pakai???
hmmm manusia2
dahlah malas haku nak fikir perangai manusia yang mcm2 ni
baik haku cerita pasal trip haku lg best ;p



hari ni haku dah Raya Puasa 6 ^-^
kemain lepas subuh keluarkan baju2 yang nak dipakai nanti ^-^
tp lum settle lagik ni...baju2 encik somi lagi
pagi td dah siap pesan kat encik somi beli roti,sardin,telur buat bekalan breakfast pagi bertolak nanti
adik haku malam ni baru bertolak dari kg ke umah haku
semoga semua ok amin....



ni nak breakfast ape ek?
gi dapur jap nanti haku sambung cite k ^-^
daaaaaaa

Donut Ball...nak macam cucur badak pun ye jugak ni kan ;p...2 kali tgk nak macam cekodok pulak hihi ;p..terror tak haku??? ;p

ni lak air susu tambah pewarna merah jambu sebab sirap ros dah habis lak heeee ^-^ jadi jugak bandung kan ;p

Wednesday 28 August 2013

TIPS DAPAT ZURIAT





Antara tips yang haku dpt :


1) SOLAT HAJAT


2) ZIKIR 'YA MUSOWWIR'
(Maha Pembentuk)


3) BAGI PEREMPUAN BERPUASA 7 HARI & LELAKI 3 HARI
WAKTU BERBUKA PUASA DOA 


4) BERSEDEKAH 


5) AMALKAN MAKAN KURMA,HABBATUSSAUDA,MADU 



20 Amalan Murah Rezeki



1. Menyempatkan diri beribadah
2. Memperbanyakkan istighfar
3. Tinggalkan perbuatan dosa
4. Sentiasa ingat Allah
5. Berbakti dan mendoakan Ibu Bapa
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
7. Tunaikan hajat orang lain
8. Banyak Berselawat
9. Buat kebajikan banyak-banyak
10. Berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik selesai solat subuh)
11. Menjalin silaturrahim
12. Melazimi kekal berwuduk
13. Bersedekah
14. Melazimi solat malam (Tahajud)
15. Melazimi solat dhuha
16. Bersyukur kepada Allah
17. Mengamalkan Zikir dan Bacaan ayat Quran tertentu (zikir @ asma’ul husna)
18. Berdoa
19. Berikhtiar Sehabisnya
20. Bertawakal

PUASA KE 6 BULAN SYAWAL




Jom tengok...baru tahu ni :)


ini rupanya kegunaan liang2 sendi kat tangan kita
ALLAH MAHA BESAR ^-^

Alhamdulillah.....:)


Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik. Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:

1. Hak kepada diri, iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.

3. Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.

5. Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

6. Hak kepada titian sirat, iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.

7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH s.w.t., membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.

8. Hak kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu redha kepada qada’ ALLAH s.w.t., sabar menerima bala’ dan bertaubat.

9. Hak kepada Rasulullah s.a.w., iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.

10. Hak kepada ALLAH, iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.




hari ni last haku puasa 6 bulan Syawal...Alhamdulillah berjaya jugak berpuasa 6 kan ^-^...esok dah boleh raya..nak masak sedap2 la hihihi...sedap tekak haku je la tekak yang lain? eh haku yg masakkan so jgn byk songeh ekekeke ;p



then hmm esok rasenye nak tgk baju2 yang nak dipakai utk trip yang haku cite tu..alah trip kejap je kan so bawak lebih kurang jek...




so hari ni menu berbuka rase mcm nak buat Bubur Nasi dengan Ayam Bakar Sos Lada Hitam...tp tgkla camne jap gi ^-^



so menu tambahan masak maggie dgn kukus donut yang lebih goreng semalam...masih ada balance donut bolehla bawak as breakfast time trip nanti ^-^

Tuesday 27 August 2013

MENDONUT LAGIK ^-^



tgh terfikir2 nak makan ape time berbuka nanti ( dah masuk hari ke 5 Puasa 6 bulan syawal ) tetibe je rase mcm nak buat donut pulak....^-^
lame tol tak mendonutkan..so meh hari ni kita mendonut ^-^
hasilnya??? ;p
dah siap nanti haku upload k coz idea tgh mencurah2 ni..(time taip time ni je la kan..masuk dapur ntah ape jadi kat donut tu ;p)
k lah nak gi tgk kegebuan donut yang diperap td jap
daaaaaa ^-^



k meh haku cite xtvt mendonut haku td...^-^
kali ni kan ntah nape donut yang haku buat tu sangatla gebuuuuuuu
dahla gebu lembuttttt lak tu
rase mcm nak je haku penyek2 donut tu ;p
sebab ape nak penyek????
sebab haku geram sangat tgk tahap kegebuan & kelembutan yang sangat memuaskan hati haku td ^-^
boleh haku bagi A kat donut ni kot hahahahahahaha
tp yang haku buat ni name dia DONUT BALL ^-^
asyik donut yang bulat kat tgh2 tu jek so kali ni jadi donut ball lak ;0
nak memballkan dia adoiiii bertabah ok dengan tuan ulinye tgh berpuase ;p nak nanges pun iye gak hahahaha
k sabar2 akhirnya habis jugak mengulikan ;p
pas uli terus goreng separa just nak mematikan yis tu je
then dah goreng semua biar sejuk sket n bolehla simpan dalam peti ais
nak makan just tinggal amek n goreng jek...
jom tgk pic dia....jom2 ^-^

 
Time ni yis dalam keadaan bergerak2 ngeeee takut2 ;p

Sebelum2 ni haku tak letak telur...tp kali ni letak..tu yang menyebabkan dia gebu lembut kot kan? ^-^
Dah masuk semua bahan2 dia meh kita mule uli...time ni doh tak lembut gebu lagik....so ulila sesungguhnye ngeeee (sebijik dah mcm mamak uli roti canai kat kedai hehe)^-^
Then kita bagi doh rehat kejap..sian dia kita asyik penyek2 dia td kan ;0
Tutup dengan kain jap then kita gi lah lepak dalam 10 minit mcm tu
Dah 10 minit mcm tu gi lah bukak kain dia..sekali naik gebu doh dia kot uwaaaaa meh penyek cepat2 ;p
Dah uli2 tu tutup lagi dengan kain...buat sampai 3 kali uli baru doh dia mesra alam sket ;0
Tgkkkk menggebu je kan ;0
Dah mcm gunung pinatubo je haku tgk ^-^ (padahal tak tahu pun bentuk gunung tu ;0)
Ok uli yang ke 3 ni doh dah semakin lembut ayokkkkkk jom penyek2 dia hahaha ;0
K dah2 skrg meh kita memballkan doh ni jadi DONUT BALL ^-^
Tadaaaaa perkenalkan ni la MY DONUT BALL ^-^
Yang ni balance last donut ball
Td tutup kejap dengan kain then bukak2 doh makin menggebu ^-^
Yang best tu time nak angkat satu2 donut ball goreng separa dalam kuali ni langsung doh donut ball tak melekat antara 1 sama lain ^-^..bila angkat smooth / ringan / gebu jek....Happy!!!!!!!!!!!!!! ^-^
Donut ball yang dah diangkat dimasak separa masak jek...^-^ gebu kan???? hehehe
Tadaaaaaaaaaaaaaa dapatla donut ball sebesen bekas ni...semua dah dimasak separa n tunggu sejuk baru masuk dalam peti ais..nak masak amek goreng jek then golek2 dalam gula aising :)




My Happy face sebijik bulat mcm donut td hehehehe ;p


I'm happy like donut lalalalalala ;p
*motip? : lapar kottttttt ;p





Ok meh tgk Donut Ball yang dah digoreng dengan menu berbuka haku ^-^







ni plak menu berbuka ^-^



 Teh O Panas


 Ayam Goreng



 Nasi Goreng



k ni lak resepi Donut Ball td :


500g Tepung Gandum
2 Sudu Buttercup
1 Sudu Teh Garam
3 Sudu Susu Tepung
3 Sudu Gula Pasir
11g Yis Mauripan
Air 



***Selamat Mendonut ^-^***

Monday 26 August 2013

MY PLAN ^-^



Hari ni pagi2 lagi masuk dapur buatkan breakfast untuk encik somi...Roti Goreng Celup Telur...nak tahu bahan2 lain? ok meh haku kongsi....mule2 tu haku pecahkan 2 biji telur dalam bekas..then cincang bawang putih n masukkan dalam bekas tu jugak..then tambah sket serbuk lada putih...then bancuh susu sket tuang dalam bekas td dah siap...pastu hiris roti bentuk segitiga then celup n goreng...dah siap ^-^...dalam roti tu sebelum celup haku sapu marjerin sket....kalau nak letak jem pun ok...dah baru haku pasang api sekali perut memulas la pulak hahahahaha apelagik kan gi dating dgn Mr Toi jap la ;p...lepas dating baru sambung buat breakfast tp terus letak dalam bekas la sebab dah lambat kan...bekal bawak gi opis encik somi ;p...dalam pada tu sempat je beliau bedal sekeping hahahahaha ^-^..



Nyum2 ^-^ tp upsss ai puasa ok ;p


ok settle bab breakfast then tetibe je time goreng tu haku terfikir menu utk trip nanti...My Plan mcm ni...plan je kan..kalau tak mcm ne pun ok jek ^-^ :




hari bertolak tu haku ingat nak buat roti goreng celup telur ni jugak...bawak bekal atas kereta...then bawak jugak teh o panas n air masak...boleh buat makan as breakfast..so nanti sampai melaka tu tak payah buang masa nak cari kedai nak breakfast kan?..terus je terjah tempat2 menarik sekitar ayer keroh tu...agak2 sampai waktu check in baru gi hotel yang dah ditempah..then solat jama' taqdim ke pastu baru gi cari asam pedas yang famous kat melaka tu ^-^....trip ni lebih pada acara JJCM je sebenarnye..lawatan2 lain tu sampingan jek ^-^..lepas je lunch tu baru gi jalan2 kan....pastu tempat2 yang menarik yang byk lampu2 tu mestila gi malam...baru cantik kot ^-^....kalau sempat hari tu nak gi rasa coconut shake jugak yang ramai ckp sedap tu..so sehari tu adalah acara makan2 n terjah sket2 tempat menarik...then malam barula nak naik river cruise ke kan....jalan2 kat jonker walk  ke...then makan malam tu kalau rajin nak gi umbai jugak...settle baru balik hotel zzzzzzzzzz...^-^ baru hari pertama....




hari kedua plak breakfast mestila kat restoran dekat2 situ...hotel tak sediakan breakfast sebab hotel backpakers jek..kann?? ;p then sambung jalan2 n makan2 then dah nak balik..jap je trip ni sebab adik haku keje lak malam tu...katenye nak singgah umah mak sedara haku kat nilai plak...tak pernah gi jenguk dia lagi kat nilai kate baru pindah kan...leh raya sekali..so tu je la plan haku utk trip ke melaka..kot time lunch tu mak sedara haku nak masak ke ok jugak atau alternatif lain kami makan kat luar jek..of course asam pedas lagi hahahahaha ^-^...




baju2 nak pakai pun belum mix n match lagi ni sebab haku tgh puasa hari ni puasa ke 4 puasa 6 syawal...lagi 2 hari lagi baru leh raya ke melaka hehehe..sian adik haku dtg dari kg sampai pagi2 pastu rest jap kat umah dah nak bertolak sebab kami akan bertolak awal sebab MASA ITU EMAS ok hehehehe ^-^...lagipun haku suke bertolak pagi2 sebab rase fresh n cool jek...kalau panas2 dah tak best...so kalau nak sambung tido dalam kete je la ye ;0....






k skrg ni tgh fikir pulak nak masak ape utk berbuka nanti....hmmmmmmmmmmmmm ;p nantilah masuk dapur baru tahu nak masak ape...idea2 pleaseeeeeee ^-^






k dah ptg..sketttt je lagi ye waktu berbuka..hari ni tak tido pulak walaupun dah membaringkan diri td..mcm2 fikir so cane nak tido? ;p then terus je masuk dapur n masak nasik....lauk pauk semua dah siap cuma tambah ikan masin goreng dengan sup telur jek...buat air oren...dah  siap sedap minum sejuk2 nanti..adoiiiiii sabo2 ;p...lagi 2 jam lebih jek ni ngeeee ;p






*tgh2 taip tetibe bau pajeri..sape masak niiiiii...nak semangkuk leh??? hahahaha...adoiiiiiiiii berganda tabah je la perut berdondang sayang dah ni ^-^

Sunday 25 August 2013

PUASA 6 HARI KE 3



Hai koranggggggggg....^-^
mode : saje hihihi ;p

hari ni kan hari minggu
hari minggu pun kene masak
walaupun tukang masak sedang berpuasa ^-^
masakla walaupun perut tgh berdondang sayang
adoiii bertabah tol ^-^
so hari ni just nak habiskan menu2 yang masak semalam
plus masak Ikan Keli
asalnye nak goreng...sekali tgk myk sudah abes daaaaa
seb ade oven kan hihihi ^-^
makanya jadila ikan keli bakar
sedap ok...my favourite tuuuuu ^-^
k jom layan ikan keli ku tersayang heeee ^-^


time nak membasuh ikan keli tu memang bercinta habislah haha..licin kot senang jek menggelongsor dari tangan haku sabo je laaaa ;p...



their lunch today ^-^...haku?? lepas azan maghrib kang :)



 so hari minggu ke mana korang??? haku just plan nak turun exercise jek nanti...atau jalan2 amek angin ptg sampai time berbuka nanti...rasenye jadik je tu hehehe ^-^

Saturday 24 August 2013

PUASA 6 HARI KE 2



Dah hari minggu kan...haku baru je nak masuk hari ke 2 puasa 6 bulan syawal...kawan aku esok lusa dah raya dah..takpe2 syawal masih ade kan...so asal tak dtg bendera RED its still on hehe ^-^...tp puasa2 pun haku tetap kena masak lunch utk bebudak 2 org tu gak ekekeke...sabar tol..seb bek haku tak kisah...alah bukan tak pernah nak makan kan ^-^....so td haku just buat telur dadar / sardin / panaskan sambal ikan / panaskan kuah gulai / salad / ikan masin....haaaa byk kan menu lunch dorg ^-^....Alhamdulillah syukur rejeki hari ni ^-^



tup2 my abg kandung friend Alias sekeluarga jemput kitorang gi umh terbuka hari ni...tp tu la ape2 bergantung pada persetujuan lagi budak 2 org tu la kan pasal dorg yg drive hehehe...tgk camne jap gi..tp kalau gi pun malam kot sebab yelah haku kan puasa...kang ape kes haku gi umah terbuka tp tak dpt makan?????? *nanges ;p...ingat pas berbuka minum sket ke...pas solat maghrib baru bertolak...acaner kan...tp gi pun sekejap je la..sian tuan umah seharian melayan tetamu mesti penat walaupun haku tahu my abg friend tu sampai midnight pun tak kisah kot ekekekee....ater ramai jek berfb sampai pepagi buta tu alah bisa tegal biasa la kan hihihihi ;p...tp apepun kene tanye dorg dulu...




haku pun nak buat rumah terbukak jugak tp lepas haku balik dari trip kot ekekeke...rasenye dah haku gi time nak merdeka tu confirm meriah tempat tu...YES!YES! I LIKE ^-^...haku memang suke ramai2 org...baru happening tp gi tempat yg diredhoi je la kan hehehe ^-^



meh haku sambung cite
sementara tunggu waktu berbuka lagi 3 jam tu haku terus ajak encik somi kuar jalan2 amek angin ptg ^-^
pastu lalu kawasan go kart tu..amboi seronoknya kalau haku cube kan? ^-^
nantilah nak cube jugak...
adik haku lak ada open house rumah bakal mak mertua dia heehee ^-^
so terus cancel gi open house kwn abg haku tu..sebab dah malam n jauh pulak adeh...
then balik umah ngam2 lg sejam nak berbuka..so siap2kan menu n tgh bancuh air bandung tup2 azan...minum segelas kat dapur dulu hehehe ^-^
then bawak ke depan n makan dengan nasik yg masak td...
ptg td jugak sebelum kuar jiran haku tepon nak dtg umah..;p
alamak!!!...apo pun takde nak jamu ni hehehe...byk je ni edisi kwn2 nak dtg umah tp postpone ye dtg time umah terbuka nanti hehehe ^-^
haku memang suke org dtg beraya umah tp make sure i'm ready ekekeke..
kalau terjah je kang alamat hidang air masak je la hahahaha ;p 
nanti balik trip baru haku selinsing lengan baju kat dapur hahahaha
so nanti haku just msg gitau tarikh open house sebab leh masak sedap2 sket kan? ^-^ *sedapla sgt kan hehehe ;p



 nanti kita msg2 u all ok my friend ^-^

 

Friday 23 August 2013

RaHmAT PaGi JuMaAT



Pagi td haku terkejut dengan bunyik guruh sampai gegar sket umah haku hohoho
tgk jam dah 6.40 pagi.....
terus rase mcm tu signal dariNya suh haku bangun solat subuh tu ^-^
gerun hati haku kot terus bangun cepat2 masuk bilik air heee ^-^
time bangun tu haku gi jenguk kat luar jap
tgk2 hujan....Alhamdulillah sejuk suhu pagi2
tp mcm terperasankan
asal malam jumaat je kerap hujan
tu la Rahmat dariNya ^-^
pas solat semua haku siapkan breakfast encik somi
simple jek Nestum Susu hehehe ^-^
eh nanti haku rase mcm nak beli cornflakes ngan flakes2 lain la
makan dengan susu...ok gak tu kan 
kesihatan kena jaga jugak ^-^
*tetibe ;p


nak ckp bab Mesir & Negara2 bergolak sekarang ni haku langsung takde MOOD
sebab ape tau?
HATI JANTUNG haku sakit tgk dengan ape yg berlaku
seolah2 manusia dah tak rasional...tak waras...dah tak reti duduk diam2..tak reti duduk dalam keadaan aman..
semua berkepentingan...semua tamak..semua huru hara...
sebab ape tau????
dah tak kembali pada Al Quran & Sunnah...
mcm tu la jadinye...
pastu mulela musuh2 luar masuk..
kacau bilaukan lagik...
apepun semoga ALLAH S.W.T memberi perhitungan & pertolonganNya pada Umat Islam Khususnya....Amin....




k lah meh kita sevey2 lagi pasal Trip akan dtg tu hehehe
alah 2D1N je
pitamla nak rushingkan cover tempat2 menarik ^-^
haku start puasa 6 dah ni hehehe
kan kelebihan puasa 6 tu mcm puasa setahun?
mohle kita rebut same2 ok?
daaaaaaa ^-^



my menu berbuka ^-^ ...dadih tu my jiran bagi..mcm tahu2 je kan..dah mcm bulan puasa pulak rase ^-^