Friday 22 August 2014

CHEF CILIK MASAK LAGI :)





Ok meh haku kenalkan kat korang salah sorang budak ketiga kecik yang sukeeee sangatttt menyibukkk kat dapurrr time nampak haku ke dapurrr ;p
tak asing lagi makhluk kecik ni namanya chef deykandar ha ha ha ;p
tak dibaginya siap amek sendiri senduk dalam laci senduk2 haku pastu acah2 nak ketuk haku ;p


'nak macakkk...tak agi tok gung satgi haaa...' ;p korang faham2 sendiri la ayat german dia ni kihkihkih ;p
 amboi siap marah2 haku kalau tak bagi dia masak hahahaha ;p
last2 bagi je la periuk nasi tgh rendam ni kat dia ;p




kacau2 dalam periuk kunun2 tgh masakla tu ;p




'dedeeeeellll masak ape tuuuu ;p'

suke haku kacau kosentrasi dia ;p




percubaan nak buat peace masih lagi tak berjaya asyikla terbelit2 jari tu kihkihkih ;p



haaa hamek bagi 2 peace terus he he he :)




k lepas bagi peace 2 terus amek senduk nasi sambung masak ha ha ha ;0




gigih kacau2 senduk tu macam iya2 je tengah masak hihihi ;p




kul berapa ni nak ciap deykandar??? haku tanye ;p
sambil dongak atas kunun tengok jam terus cakap ' aaa kul cembiyan aaaa ' ;p

banyakle ko nye kul cembiyan ;p
gelihati tol haku ;p





mama dia masuk dapur terus cedok 1 bagi mama dia rasa sedap tak dia masak ha ha ha ;p
'ma aca..ma aca..'


mama dia layan je la ;0
amek 1 jari celup terus rasa hmmm tawaq ni buh garam lagi hahahahahahaha ;p
sengih2 dia sambung masak
ngeee tinggi tol imagine dia kunun2 dah betul2 masak letewwww ;p
sengih sungguh2 lak tu ha ha ha ;p




 sekian masakan takde resepi dari chef deykandar ;0






Petang sket haku masak muffin coklat chip
ewah menjadi pulak kali ni :)
cuma adunan kena kurang likat sket la tapi 90% dah jadi n puas hati :)



*credit to google


lebih kurang rupa mcm ni la muffin choc chip haku nyum2 :)



ni resepi muffin choc chip haku buat tadi :)


(A) Masukkan dalam 1 bekas :

--> 1 3/4 cawan tepung gandum
--> 1/4 cawan serbuk koko
--> 1 cawan gula kastor
--> 1 sudu kecil baking powder
--> 1 sudu kecil soda bikarbonat
--> 1/2 sudu kecil garam

(B) Dalam bekas lain masukkan :

--> 1 cawan fresh milk
--> 1 biji telur ( pukul sket )
--> 1/3 cawan minyak / buttercup
--> 1 sudu kecil esen vanila




Masukkan (B) ke dalam (A) kacau2 bagi sebati jangan terlalu likat.

Kemudian sudukan separuh dalam cup dan taburkan choc chip

Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 20-25 minit

* untuk memastikan muffin masak cucuk dengan lidi jika licin setelah dikeluarkan menandakan muffin dah masak.



MALAYSIA BERKABUNG - MH17





Hari ni sepatutnya haku sudah bertolak balik ke kampung sebab sama-sama dengan keluarga dan sedara-mara nak siapkan persiapan perkahwinan adik lelaki haku yang bongsu tidak lama lagi.Majlis kawen sebelah perempuan dah selesai hari tu tapi haku belum update lagi sebab banyak nak diceritakan pastu tambah lagi nanti cerita majlis kawen adik haku pulak ;p
banyaknye keje haku kan he he he ;p




So dek kerana nak tengok istiadat sambutan pemulangan jenazah MH17 haku tunda balik kampung esok je lah
marilah kita sama-sama sedekah AL FATIHAH kat jenazah orang-orang islam yang terlibat dalam nahas MH17 ni.









Takziah kepada keluarga2 MH17 yang terlibat
MH370 pulak masih lagi tak dijumpai
semoga ALLAH S.W.T permudahkan segala urusan dan semoga Malaysia sentiasa berada di bawah naungan dariNya Amin.




20 jenazah yang berjaya dibawak pulang hari ni sementara yang lain masih dalam proses pengecaman dan dijangka pulang ahad ini.Semoga segalanya dipermudahkan.




So untuk breakfast pagi ni haku rebus telur lepas tu lenyek-lenyek then letak mayonis
encik somi beli roti dengan salad dan jugak sardin
campur-campur semua kecuali sardin lepas tu letak dalam roti makan camtu je ;p sedap je layan makan pagi-pagi kan :)







k lah nanti haku sambung cerita :)




Thursday 21 August 2014

PENAWAR HATI BACALAH AL QURAN : SURAH AL INSAAN




Baca AL QURAN & fahami maknanya serta hayati isi kandungannya pasti hati anda akan selalu berasa tenang dari kehidupan dunia yang tak mengenal erti berlumba2 mengejar harta duniawi setiap hari :) percayalah....



Dengan membaca AL QURAN anda akan selalu berasa diri mencukupi dari segenap segi walaupun dari mata kasar orang lain kehidupan anda tidak seperti mereka tapi diri anda selalu gembira dan tenang menjalani kehidupan sehari2 :).....


Dengan membaca AL QURAN & solat terutamanya pasti anda akan bertemu dengan segala penyelesaian hidup dari sekecil2 masalah sehinggalah sebesar2 masalah..jadi sudah tidak ada masalah lagi :) ketenangan pasti melingkari hidup anda :) percayalah..


Anda adalah apa yang anda fikirkan dan lakukan :)



Oklah hari ni mood haku berada dalam keadaan ingin menterjemahkan suatu surah dalam AL QURAN iaitu Surah AL INSAAN yang bermaksud MANUSIA

Surah ke 76 : 31 ayat
juz 29




BISMILLAHIRROHMANIRROHIM



1. Bukankah telah datang atas manusia satu waktu dari masa,sedang dia ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut?


2. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur ( bercampur antara benih lelaki dengan perempuan ) yang Kami hendak mengujinya ( dengan perintah dan larangan ) kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.


3. Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan yang lurus,ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir.


4. Sesungguhnya Kami menyediakan bagi orang-orang kafir rantai,belenggu dan neraka yang menyala-nyala.


5. Sesungguhnya orang-orang yang berbuat kebajikan minum dari gelas ( berisi minuman ) yang campurannya adalah air kafur ( kafur ialah nama suatu mata air di syurga yang airnya putih dan baunya sedap serta enak sekali rasanya ).


6. ( iaitu ) mata air ( dalam syurga ) yang daripadanya hamba-hamba ALLAH minum,yang mereka dapat mengalirkannya dengan sebaik-baiknya.


7. Mereka menunaikan nazar dan takut akan suatu hari yang azabnya merata di mana-mana.


8. Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin,anak yatim dan orang yang ditawan.


9. Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan ALLAH,kami tidak mengharapkan balasan dari kamu dan tidak pula ( ucapan ) terima kasih.


10. Sesungguhnya kami takut akan ( azab ) Tuhan kami pada suatu hari yang ( di hari itu ) orang-orang bermuka masam penuh kesulitan.


11. Maka Tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu,dan memberikan kepada mereka kejernihan ( wajah ) dan kegembiraan hati.


12. Dan Dia memberi balasan kepada mereka kerana kesabaran mereka ( dengan ) syurga dan ( pakaian ) sutera.


13. di dalamnya mereka duduk bertelekan di atas dipan,mereka tidak merasakan di dalamnya ( terik ) matahari dan tidak pula dingin yang bersangatan.


14. Dan naungan ( pohon-pohon syurga itu ) dekat di atas mereka dan buahnya dimudahkan memetiknya semudah-mudahnya.


15. Dan diedarkan kepada mereka bejana-bejana dari perak dan piala-piala yang bening laksana kaca,


16. ( iaitu ) kaca-kaca ( yang terbuat ) dari perak yang telah diukur mereka dengan sebaik-baiknya.


17. Di dalam syurga itu mereka diberi minum segelas ( minuman ) yang campurannya adalah jahe.


18. ( Yang didatangkan dari ) sebuah mata air syurga yang dinamakan salsabil.


19. Dan mereka dikelilingi oleh pelayan-pelayan muda yang tetap muda. Apabila kamu melihat mereka,kamu akan mengira mereka,mutiara yang bertaburan.


20. Dan apabila kamu melihat di sana ( syurga ),nescaya kamu akan melihat berbagai macam kenikmatan dan kerajaan yang besar.


21. Mereka memakai pakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal dan dipakaikan kepada mereka gelang terbuat dari perak,dan Tuhan memberikan kepada mereka minuman yang bersih.


22. Sesungguhnya ini adalah balasan untukmu,dan usahamu adalah disyukuri ( diberi balasan ).


23. Sesungguhnya Kami telah menurunkan AL QURAN kepadamu ( hai Muhammad ) dengan beransur-ansur.


24. Maka bersabarlah kamu untuk ( melaksanakan ) ketetapan Tuhanmu,dan janganlah kamu ikuti orang yang berdosa dan orang yang kafir di antara mereka.


25. Dan sebutlah nama Tuhanmu pada ( waktu ) pagi dan petang.


26. Dan pada sebahagian dari malam,maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya pada bahagian yang panjang di malam hari.


27. Sesungguhnya mereka ( orang kafir ) menyukai kehidupan dunia dan mereka tidak memperdulikan kesudahan mereka,pada hari yang berat ( hari akhirat ).


28. Kami telah menciptakan mereka dan menguatkan persendian tubuh mereka,apabila Kami menghendaki,Kami sungguh-sungguh mengganti ( mereka ) dengan orang-orang yang serupa dengan mereka.


29. Sesungguhnya ( ayat-ayat ) ini adalah suatu peringatan,maka barangsiapa menghendaki ( kebaikan bagi dirinya ) nescaya dia mengambil jalan kepada Tuhannya.


30. Dan kamu tidak mampu ( menempuh jalan itu ),kecuali bila dikehendaki ALLAH.Sesungguhnya ALLAH adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.


31. Dia memasukkan siapa yang dikehendakiNya ke dalam rahmatNya ( syurga ).Dan bagi orang-orang zalim disediakanNya azab yang pedih.



Sodaqollahul'azim