Saturday 28 February 2015

HARI MINGGU





Hai korang..
hari minggu ni ke mana agaknya? :)
haku?
tak kemana2 pun sebab kalau ikut kaki ni memangla nak merayap je kejenye ;p


niat hati nak mengemas tapi itulah masalahnya mood rajin takde adeh! ;p
nak mengemas kene amek mood?? memangla kan kihkihkih
kalau mood rajin takde nak bangun pun malas
eh memang penyakit malas ni teruk benor kan? ;p


baru2 ni hmm adela dalam 3 hari lepas telinga haku ni macam ade jerawat kat bahagian dalam cuping tu
mule tu haku rase tak selesa suruhla encik somi tengok katenye ade bengkak merah sket macam jerawat
haku ni memang jenis malas nak tangguh2 sakit so dah 2 hari tak surut haku gi klinik kesihatan GR tu.


amboi dah seminggu haku dengan encik somi gi klinik tu kali ni haku pulak yang buat rawatan kat situ kan ;p
sebelum ni pun haku pernah sekali dapatkan rawatan kat situ sebab demam Dr just bagi paracetamol je dengan suruh haku beli pregnancy test kit kihkihkih
pastu esoknya haku period kan memang terbaiklah ;p
tak sempat haku nak berangan hahaha ;p
so yelah hargaila kesihatan anda ya


dah lama sangat kami tak sakit so Allah menguji kami kali ni insyaallah berkat kesabaran yang diberi dariNya kami dapat menghadapainya dengan tenang dan redha  :) alhamdulillah


So lepas masuk je klinik tu masih awal pagi lagi so takde orang pun yang ade beberapa ketul je orang hehe so lepas amek no tu haku duduk jap n borak dengan makcik yang duduk sebelah haku tu
makcik tu buat rawatan cuci luka jarinya


mengantuk betul pagi2 dah kene bangun kan lagi2 ade aircond kat situ adoiiii seb gi awal so dapatla no awalkan tapi tak awal jugakla nak jumpa Dr tu,sejam gak kene tunggu adeh!


Masuk je Dr lelaki ok faham ;p
eh tapi kan haku nak tunjuk telinga ni kat Dr tu? cane ni hmm darurat kan nak tak nak pasrah je la,so lepas check telinga haku tu dengan masukkan alat teropong kot kat dalam telinga haku tu Dr tu bagi haku cream sapu,antibiotik dengan paracetamol
katenye dalam ok cuma tu la mungkin haku pernah garu ke atau kelenjar dalam tu tersekat eh ntah istilah sains ni haku dah lama tinggalkan so angguk je la ;p

 
so lepas tu haku keluarla tengok2 makcik cuci luka tu pun dah selesai sementara tunggu orang amek kami pun borak2 lagi
 pagi2 laparkan tak breakfast lagi makcik tu kate tepi klinik tu ade gerai makan haku tak perasan pulak walaupun rase macam pernah nampak heee ;p


lepas je makan antibiotik tu dengan sapu cream putih tu haku rasa better sket
paracetamol haku tak makan pun saje ;p
sebab Dr kata kalau sakit baru makan so haku takla sakit mana pun kan so tak makan :)


Sekarang ni haku tengah survey2 tempat nak jalan2
gatal pulak kaki haku ni kan hehe
lepas tu haku terfikir kalau tempah penginapan mahal macam rugi je baik habiskan dengan makanan kan?
baik tempah penginapan murah tapi dapat makan best2
'wahhhhhh baik ko gi timbang berapa berat ko sekarang ;p'
so berbelah bagi plakkan hahahahaha
haku memang camtu kalau dalam dilema senang je lupekan je la
semalam tempah 1 hotel ni kat dot dot dot separuh jalan je sket lagi nak klik confirm hahaha pastu dapat email sebab haku tak habiskan tempahan tu ;p
cancellah sebab macam haku ckp tadi dalam dilema kan :)

k lah nanti haku borak lagi sebab rasa nak ZZZZzzzzZZzzzzz ;p bagus betul hihihihi k lah
daaaaaaaaaaa


p/s : tadi haku pakaila baju yang memang dah lama haku beli tapi jarang pakai sebab ketat kat pinggul kan ( bahasa sopan ;p ) hehehe
tadi haku cuba sarungkan tetibe longgar plak lepas bawah pinggul
aikk adakah haku dah kurus? ;p

so nak lebih jelas n yakinkan haku yang rase macam was was ni terus haku naik atas gi cuba baju2 peplum haku yang haku simpan dulu
sekali terus semua boleh pakai balik kihkihkihkih gumbiranyaaaa ;p

camne eh boleh kurus? ke haku aktif ke sana ke mari terus lemak hilangkan diri kot kan ;p

apapun alhamdulillah haku nak maintainla kalau camni boleh pakai baju slim2 tu nanti ke kan :)
slim tapi masih menutup aurat la kan :)



k meh haku sambung cite waktu malam lak
dalam jam 11 malam tu kan tetibe rasa nak makan haha
encik somi lak tgh mentidokan dirinya
tv lak terpasang travel channel je la layan kan
 so tanye encik somi nak makan ke tak?
tak jawab pun takpela sedap je dia tido tu bior je la :)

 so haku pun masuk dapur bukan nak masak sangat pun hehe
just geledah je ape yag ade
sup ayam siang tadi ade lagi so haku panaskan pemanas elektrik tu terus letak periuk sup atas pemanas tu pastu amek telur 2 biji pecahkan je hehehe :)
kunun haku 1 encik somi 1 la kan
sekali beliau kate dah kenyang k fine haku la habiskan 2 biji telur mengembang tu ;0
tapi sedap sebab dia tak berapa masak haku suke je
kicap lak habis so makan dengan sos cili je la
tu pun layan :)

 pas makan tu tunggu jap sejam baru makan antibiotik lak
banyak tol pil dia hmm kene perabehkan ke ni ish ish ish
tapi Dr suruh habiskan
tapi macam awat yang banyak sangat niiiiiiiii Dr??? ;p
nehiiiiiiiiiiiiiiii ;p
so haku makan 1 je la
ikutkan kene makan 4 kali sehari 
siang tadi kunun nak tunggu sejam terus lupe nak makan heeee ;p
perkembangan telinga haku ok la dari sebelum gi klinik tu still sapu krim sket2 n makan antibiotik yang haku rase tak nak makan leh tak? makan sebiji je pastu lega hahaha 
banyakla cekadak kan ;p
 tapi encik somi ckp dah makin ok
so ok la tu yang leh lupe nak makan antibiotik tu ;p
dah ok kan hik!
*lupe daratan tol ;p


 k dah settle semua jam 12 tgh malam haha rehat jap layan tenet apelagik nak mencube resepi je kekdahnye sekarang ni :)
haku suke cube resepi dari laura vitale tu
tadi laura buat raspberry cheesecake
ewah laura ai pun nak try jugak buat nanti sebab nampak sedap je :)
 













Wednesday 25 February 2015

DENGGI : HURU HARA SEKEJAP HIDUP





Tak sangka encik somi boleh terkena
so jomla tengok kronologi dari mula hingga encik somi sembuh Alhamdulillah :)



16/2/2015 ( hari pertama )

Balik keje encik somi ngadu mcm demam,haku rasa kepala encik somi terus rasa panas,just bagi makan ubat panadol je n terus tido berselimut.Esok kalau tak kebah jugak terus je ke klinik kesihatan.Malam tak lalu makan kalau paksa makan pun just sesudu 2 je boleh makan hmm.So haku jelum2 kepala encik somi bagi turunkan suhu panasnya.



17/2/2015 ( hari ke 2 )

Pagi ni kami ke klinik kesihatan GR check encik somi sebab demam panas,so lepas daftar tu terus gi bilik amek darah then jumpa Dr,Dr tengok result terus kata mungkin encik somi suspek denggi,terawang2 haku rasa time ni,dalam hati tetap menafikan walaupun Dr kata suspek denggi tapi memang result banyak ke arah tu,huwaaaa.

Dr terus keluarkan kad merah kad rekod pemantauan pesakit denggi tu.Bacaan suhu badan encik somi hari ni 39.2 darjah celcius. Memang panas betul,bacaan platelet time ni 173 masih atas paras normal iaitu 150 – 400.Bacaan tekanan darah pulak normal 120/80.

Balik rumah je cepat2 haku buat sup sayur untuk encik somi hirup kan,sup barli pun haku buat. Terus gi beli 100 plus bagi encik somi minum.

Malam just jelum je badan encik somi lepas makan ubat yang Dr bagi tu : paracetamol.Memang panasla haba badan encik somi time ni,ade sekali tu terus lari masuk toilet muntah keluar kahak kuning kali kedua muntah sekali keluar campur kahak merah cair terus haku suspen apesal ade cam darah pulak cemas haku,2 kali je encik somi muntah lepas tu dah tak muntah just rehat je huhu.haku bagi minum air masak banyak2,minum 100 plus byk2 jugak.  
          

18/2/2015 ( hari ke 3 )

Pagi ni kami ke klinik kesihatan GR lagi,ramainyela orang check darah.Lepas encik somi amek darah tu terus gi jumpa Dr untuk rawatan.Bacaan platelet hari ni 166 atas paras normal lagi ( paras normal 150 – 400 ) alhamdulillah walaupun bacaan semalam 173 ada penurunan sket,tekanan darah pun ok 120/80 tapi suhu badan masih panas 39 darjah celcius.

Apa yang haku buat just jelum2 badan encik somi bagi kurang panas,memang panasla suhu badan encik somi time ni.Risau haku tiap saat huwaa.

So Dr suruh kami refer ke klinik kesihatan GT esok,tapi kalau ada tanda2 bahaya jangan ke mana2 klinik tapi terus ke bahagian kecemasan kat hospital,lagi la cuak bila Dr cakap camtu.

Then kami pun terus balik,malam encik somi boleh makan sket je,takpela janji makan sket2 dari tak makan langsung kan,minum air kena banyak2,minum 100plus,air isotonik revive,jus daun betik,sup barli semua minum asal ada selera nak makan kena makan.


19/2/2015 ( hari ke 4 )

Sepatutnya hari ni kena gi klinik kesihatan GT atas arahan klinik kesihatan GR tapi dek ujan lebat sangat kami pun tak jadi keluar rumah,just minum air revive,air 100 plus,air masak,sup barli je banyak2.

Suhu badan encik somi masih panas so haku just jelum2kan dengan towel basah bagi kurangkan sikit suhu badan,setiap minit haku buat n haku memang tak boleh tido sangat bila encik somi demam suspek denggi ni.kejap2 bangun kejap2 bangun terus tak dapat tido lagi just pantau je keadaan encik somi,kalau bangun ke toilet tu haku pastikan pastu mesti encik somi top up minum air balik yelah ganti balik air dalam badan kan.Sebanyak mana keluar sebanyak tu jugak kena masuk balik gitu heee.

Time ni dah nampak ruam2 merah naik kat badan encik somi tapi kat bahagian dalam kulit badan,haku dah suspen time ni.Takuttttt pulak rase so lepas makan terus bagi makan ubat paracetamol yang Dr bagi semalam.


20/2/2015 ( hari ke 5 )

Pagi2 haku tengok ada lagi ruam merah kat badan encik somi so hari ni gi klinik kesihatan GT untuk pertama kali lepas Dr klinik kesihatan GR mintak refer ke sana untuk check darah,so ke sana la kami kan lepas semalam tak dapat gi ujan lebat kemain,so suhu bacaan encik somi hari ni 38 darjah celcius still demam panas melebihi normal iaitu 37 darjah celcius,tekanan darah pun naik iaitu 130/70 ( sistolik : 130 / diastolik : 70 )

Sistolik : Tekanan pada dinding arteri selama fasa detak jantung ketika kontraksi otot jantung dan memompa darah dari bilik ke dalam arteri manakala Diastolik : Tekanan pada dinding arteri ketika otot jantung mengendur dan memungkinkan ruang untuk diisi dengan darah

Lepas jumpa Dr kami ke makmal tunggu result,jantung haku memang sentiasa berdebar2 je time ni ngeee,lepas dapat result terus haku tengok bahagian platelet iaitu : 133 alamak turun,adeh! Debar tak ilang lagi terus ajak encik somi gi beli ketam buat sup.

Haku terus masak sup ketam bagi encik somi makan n hirup kuah dia banyak2,lain2 pun haku suh je dia minum macam jus daun betik,jus kurma,jus jambu merah,air revive,air 100plus,air masak semua kena minum banyak2 .

Kali ni haku dah stop jelum encik somi sebab ingatkan encik somi alergik air sebab tu timbul ruam merah tu,agak2 sendiri je heeee tapi hati tetap kata tidak n ni mesti sebab kesan denggi ni.

Then ptg haku ada berbual dengan kawan haku bab ruam merah ni haku risau sebenarnya bila kawan haku cik farah cakap baik ke hospital segera jangan tunggu lagi terus haku ajak encik somi gi hospital tanya pasal ruam2 merah ni.

Masuk je kawasan hospital haku rasa lega sket hehehe psyco betul,yelah sekurang2nya ada Dr2 n Nurse2 kat sini dorang tahu nak buat ape kan ,then terusla daftar ada nurse kat situ check suhu badan encik somi eh suhu badan dah turun ke 36.9 darjah celcius.. cepat pulak turun kira dah normal suhu badan encik somi pastu terus masuk ke bilik lokum tu bilik no 20 untuk Dr buat pemeriksaan lepas daftar semua,Dr pun muda lagi terus panggil encik somi pakcik heeee .

Lepas makan sup ketam tu encik somi cakap dia rasa lain,dah tak pening,panas pun dah kurang n tak hanyut rase.

Lepas je Dr tu periksa,katanya ruam2 merah ni memang akan ada selalunya kat pesakit denggi tapi selagi takde kesan bahaya consider ok dan berada pada fasa pemulihan,so tanda2 bahaya ada tertulis kat kad merah tu :

TANDA2 BAHAYA PENYAKIT DENGGI :
1.      KERAP MUNTAH ( 3 KALI SEHARI )
2.      SAKIT PERUT
3.      PENING @ RASA GELISAH
4.      PUCAT @ RASA YANG SEJUK BILA KULIT DISENTUH
5.      SESAK NAFAS
6.      PENDARAHAN : TANDA @ TOMPOK MERAH PADA KULIT
7.      PENDARAHAN : PADA HIDUNG @ GUSI
8.      PENDARAHAN : MUNTAH DARAH
9.      PENDARAHAN : NAJIS BERWARNA HITAM
10.  PENDARAHAN : HAID YANG BANYAK @ PENDARAHAN DARI FARAJ


PENJAGAAN PESAKIT DENGGI DI RUMAH :

1.      BEREHAT SECUKUPNYA
2.      BANYAK MINUM CECAIR SEPERTI SUSU,JUS BUAH2AN,MINUMAN ISOTONIK DAN AIR BARLI ( MINUM MELEBIHI 5 GELAS ). MINUM AIR KOSONG SAJA TIDAK MENCUKUPI.
3.      MAKAN UBAT DEMAM SEPERTI PARACETAMOL MENGIKUT NASIHAT DR.
4.      SPONGE @ LAP BADAN DENGAN KAIN BASAH BAGI MENGURANGKAN SUHU BADAN.
5.      JIKA BOLEH GUNA UBAT NYAMUK @ KELAMBU UNTUK MENGELAK GIGITAN NYAMUK.
6.      CARI DAN MUSNAHKAN TEMPAT2 PEMBIAKAN JENTIK2 NYAMUK AEDES DI DALAM DAN DI LUAR RUMAH.

ELAK :

1.      JANGAN AMBIL UBAT TAHAN SAKIT SEPERTI ASPIRIN,MEFENAMIC ACID ( PONSTAN ) @ STEROID.
2.      TIDAK PERLU AMBIL ANTIBIOTIK.

Ok lepas je Dr kata tak kena masuk ward kami pun balik rumah semula,lega betul kalau tak risau je haku sebab haku dah packing  beg baju kalau2 Dr suruh masuk ward . Yelah bila risau memang semua nak get ready kan.


Balik rumah malam terus sambung hirup sup ketam tu dengan minum jus daun betik,bukan jus la tapi pati dia terus heeeeee 1 sudu besar.

Malam terus tido pakai kelambu ,baru nyenyak tido aman damai je tapi adela sekor nyamuk kecik tersesat masuk dek kerana geram haku terus tepuk bagi kiok ;p.Encik somi pun selesa je haku tengok dia tido tak payah lagi selimut bagai.Rimas! ;p

  
 21/2/2015 ( hari ke 6 )
 
Hari ni encik somi kena gi klinik kesihatan GT untuk check darah lagi so bersiapla kami bertolak ke klinik tu lepas makan pagi iaitu nasi,telur goreng,sup ketam dan jus daun betik sebagai makan pagi kami ,dah kenyang mohle kita ke klinik tu.

Sampai je kat klinik ada nurse kat depan pintu masuk klinik akan check bacaan suhu badan pesakit yang nak dapatkan rawatan kat situ,sementara encik somi diambil bacaan suhu badan dia haku lak masuk dalam amek no sebab ni kali kedua kami datang klinik GT ni so lepas amek no haku pun ke depan pintu utama tu semula,nurse catat bacaan suhu badan encik somi dah normal iaitu 37 darjah celcius ,alhamdulillah demam dah ok nurse tu tanya encik somi sebelum dtg makan ubat ke?  padahal makan sup ketam dengan jus daun betik buat sendiri tu je heeee so proceed masuk dalam tunggu no dipanggil kemudian ke bilik amek darah pulak iaitu dinamakan bilik E.

Lepas amek darah tu terus kami gi hantar tiub yang ada darah tadi ke makmal untuk diperiksa bacaan dia,so tunggula kami kat depan makmal tu dengan hati yang berdebar2 macam nak amek keputusan peperiksaan hehe haku le tu ;p.

Lepas je dapat bacaan tu terus haku tgk bacaan platelet encik somi iaitu 151,alhamdulillah bacaan platelet dah naik ke paras normal ( 150 – 400 ),naik tak banyakkan? Tapi asal melebihi normal tu alhamdulillah la bagi haku boleh rasa lega sket la kan so kena gigih lagi bagi bacaan naik lagi tinggi.Bacaan BP ( Tekanan Darah ) juga normal alhamdulillah .

Kemudian lepas dapat result tu kena gi jumpa Dr lak kat bilik no 8 tu,Dr N perempuan la kan ,kali ni haku masuk sekali sebab haku nak tanya beberapa kemusykilan ,masa kami masuk tu ada pesakit denggi jugak lelaki bagi result dia kat Dr haku curi2 tgk result lelaki tu kat bahagian platelet toingggg platelet lelaki tu 10 saje,terus Dr tu kata dia kena masuk ward nanti ambulan gi hantar maybe dah berlaku pendarahan dalaman,tapi haku tgk lelaki tu macam normal je,yelah luaran nampak ok dalaman? Ya Allah selamatkan la semua pesakit denggi,memang ramai betul yang check darah kat situ disebabkan nyamuk kecik tu je adeh!.kecil2 cili api betul.


Ok lepas tinggal kami je ngan Dr tu haku tanyela kenapa badan encik somi ada bintik2 merah ataupun dikatakan ruam2 merah,Dr tu kata pesakit denggi memang akan ada ruam2 merah tu samada dia akan ok atau sebaliknya,kalau takde tanda2 bahaya macam tercatat kat kad merah tu consider pesakit makin pulih kalau sebaliknya ia akan jadi bahaya,alhamdulillah encik somi consider ke arah pemulihan amin. Cepatla sembuh kan.

Lepas tu Dr suruh datang lagi check darah esok,so ok lah balikla kami tapi tak terus balik sebaliknya ke mall hehe katenye nak exercise kan lepas demam beberapa hari  siap gi makan kat marrybrown lagi tu ,ingat nak balik petang sekali jam 2 petang dah nak balik rehat ,duduk rumah lagi best rupenye ;p,so mohle kita balik ke pangkal jalan ;p.

Then duduk rumah macam biasa mesti minum air banyak2 every 20-30 minit,kalau masuk toilet buang air lepas tu mesti kena top up minum balik sebab virus denggi akan keluar melalui air kencing.kerap buang air kecil adalah bagus tapi letihla kan nak ulang alik gi toilet je. 


Letih jugak asyik nak minum air je heee,haku bagi bercawan2 kat encik somi yang mana cawan kecil la, ada air jus kurma,air revive,air masak,air 100 plus dan air jambu merah.

Malam ni mesti hirup sup ketam lagi.Time tido suhu kepala encik somi dah tak panas tapi haku masih rasa macam haba dari badan beliau tapi suam2 manja gitu je,mungkin yelah belum sembuh sepenuhnya lagi kan.


22/2/2015 ( hari ke 7 )

Pagi ni kami breakfast nasi dengan sup ketam dan jugak encik somi minum jus daun pati betik,bagi encik somi minum 100plus,jus kurma dengan jus jambu merah jugak,haku check jugak ruam2 merah kat badan beliau nampak macam dah kurang alhamdulillah,then lepas makan kami pun bersiap gi klinik kesihatan GT.

 tgh meratah n hirup sup ketam :)


Sampai je kat klinik tu masih awal lagi orang pun tak berapa ramai tapi ade je baru sampai,hari minggu pun staff2 klinik keje kan memang kagum ,yelah kalau tutup susah nanti pesakit2 yang nak dapatkan rawatan harian kan,so sampai2 je terus nurse depan pintu masuk utama tu amek suhu badan encik somi sementara haku masuk dalam amek no dulu then ke depan balik bagi no kat nurse tu,1 bagi kat nurse 1 lagi haku pegang,then lepas catat suhu badan encik somi 37 darjah celcius alhamdulillah sushu normal kami pun ke dalam ke bilik E iaitu bilik amek darah,then lepas amek darah terus ke makmal pulak nak dapatkan result darah,time ni macam biasa jantung haku dup dap jugakla .

So bila result keluar encik somi gi amek haku perati je dengan harapan dapat keputusan yang ok sangat2,bila haku tengok je platelet encik somi 148,bawah sket je dari paras normal 150-400 tu terus rasa risau sket tapi masih lagi dalam keadaan ok so marila kita ke tesco beli ketam lagi .

Oh ye time ni bilangan sel darah putih meningkat sket iaitu 5 lebih kalau normal 8-15.so kurang sket mungkin disebabkan denggi ni la kan.Sel darah putih kan penting dalam melawan virus atau bakteria dalam badan.

So sampai je kat tesco kami ke bahagian makanan basah cari ketam,sebelum tu yang kelakarnya time haku masuk dalam tesco tu tetibe haku blur sebenarnye nak beli ape eh terus tanye encik somi ‘eh bang kita nak beli ape eh tadi?’ hehehe ;p,punyela banyak benda haku nak fikir sampai kadang2 termiss ape yang haku dah terfikir awalnye ;p so ketam nipah takde jugak tapi ade ketam bunga je,ketam bunga pun ok la kan dari takde ,kemudian haku amek buah kiwi jugak,beli bayam bagus jugak untuk tambah darah dan top up 100 plus dengan revive tu.Lepas beli kami pun balikla nak masak sup ketam lagi .

Kali ni haku masak sup ketam buat style rebus lak tak pakai minyak,just isi air dalam periuk,masukkan hirisan bawang merah,bawang putih,halia dengan bunga cengkih,kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga,sos tiram dan jugak garam.pastu baru masukkan ketam bunga tu,rebus macam tu je,tapi rupenye encik somi suke sup ketam yang haku masak hari tu hehe ok lah next time kita masak style hari tu,yang hari ni punye masak sila habiskan dulu ;p.

Hari tu kan haku belah 2 ketam tu,then haku tumis bawang merah,bawang putih,halia,kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga,then baru masukkan air,pastu masukkan ketam yang dah dibelah 2 tu,pastu masukkan sos tiram,garam,sayur2an semua tu,agaknya tu yang sedapkan .
Siap masak semua haku gi amek 2 helai daun betik nak buat jus,kali ni haku rebus lak cube je la kan.

Pastu banyak kali jugak encik somi ulang alik masuk toilet buang air kecil,bagus la kan,lepas buang mari kita top up balik air tu ,bagi 1 cwn kecik 100plus,1 cwn kecik air revive,1 cwn kecik jus kurma,1 cwn kecik jus buah jambu merah dan 2 cwn kecik air masak .

Sampai suatu ketika encik somi cakap dah tak larat nak minum perut pun dah kembung dengan air katenye hehehehe tapi nak tak nak kenala minum kan ganti balik ;p tapi slow2 la minum asal minum bagi habis ok la kan.

Time haku taip ni dah petang encik somi tido tadi,haku pun macam nak tido yelah letih buat banyak perkara kan tapi sabar je kan dugaan .Harap2 cepatla encik somi sembuh sesembuhnya ;) ( sesembuhnya??? Erkkk ;p )

So esok ade lagi kene gi klinik kesihatan tapi bukan ke GT sebab Dr klinik kesihatan GT suruh gi klinik kesihatan GR semula iaitu klinik awal2 encik somi dapat rawatan tu,lebih dekat dengan umah,kalau klinik kesihatan GT agak jauh dari umah tapi dekat dengan hospital besar.

So keadaan encik somi masa ni normal dah cuma kena maintain minum air banyak2 je kan bagi platelet naik semula sebab turun sket je dari paras normal harap2 makin naikla bacaan platelet kan.Mcm biase sup ketam,jus daun betik,jus kurma,jus buah jambu merah,air revive tu dengan 100plus tu kena la maintain makan n minum kan.

Tapi setiap kali ulang alik masuk keluar toilet haku mmg pastikan beliau minum top up balik sampai haku rasa kang haku yang minum air2 ni semua kang haaa gitu kene sabar bile disuruh minum hahahaha ;p


23/2/2015 ( hari ke 8 )

Hari ni lepas subuh tido balik haha haku mmg mengantuk bangat pastu baru bangun buat breakfast nasi goreng,buah kiwi dengan telur goreng,air lak buat teh o panas tapi encik somi minum air masak dengan 100plus .

Then buang sampah jap baru bertolak ke klinik kesihatan GR nak check darah encik somi.Hari ni platelet encik somi 135 bawah paras normal lagi 150-400 tu,haku kecewa sket sebab semalam encik somi mengelat nak minum air byk2 haha,memang letih nak suruh minum byk kali kan? Tapi nak buat camne kene jugak minum sebab banyak kali masuk toilet terkucil huhu.

Haku rase encik somi mesti nak termuntah bila dengar perkataan air hehehe sebab bila kena denggi ni memang airla jadi sumber untuk naikkan platelet darah di samping makanan2 lain.So nak tak nak memang kena banyak minum.

Lepas jumpa Dr kali ni encik somi masuk sorang sebab haku tgh nak tenangkan diri kat luar jap sambil tengok ramainya baby2 kecil baru lahir,sempena cny hehe alolololo tomei2nya geram tgk ,harap adala rezeki haku dengan encik somi nanti2kan .Amin.

Then balik umah jap rehat petang sket keluar ke mydin nak top up ketam,100plus,bayam dengan barang2 dapur sket.Dah encik somi kene makan ketam haku kenala makan benda lainkan ,so belila ayam .

Then balik terus buat sup ketam,goreng ayam,sayur bayam karet sebagai makan malam kami .Encik somi siap hirup kuah ketam tu yelah baguskan untuk naikkan platelet darah.Haku cari jugak ketam nipah tadi tapi takde lak,banyak ketam bunga jek,ketam bunga pun ketam bungalah so belila untuk sehari setengah gitu ;p.

Memang encik somi kerap betul keluar masuk toilet,bagusla kan harap2 esok platelet terus naik mendadak n tak perlu lagi kami datang klinik setiap hari adeh.

Tadi haku tengok ruam2 merah kat badan encik somi mcm dah bersih dah tak nampak ketara sangat masa hari2 sebelum ni kalau tak ruam menyala2 merahnya,takut haku.Harap semua kisah denggi ni segerala berakhir dan encik somi sihat sepenuhnya amin.


24/2/2015 ( hari ke 9 )

Pagi ni kami breakfast nasi,sup ketam,sayur bayam,lepas makan kenyang2 baru bertolak ke klinik kesihatan GR,sampai2 je macam biase ramai betul orang,so tunggu jap amek no sebelum ke bilik amek darah,macam biase jugak jantung haku dup dap dup dap time ni adeh,so bila encik somi amek kad dan result terus tunjuk kat haku,dengan agak cuak haku pun tengok result encik somi platelet encik somi naik ke 170 Alhamdulillah atas paras normal 150-400 ,terus lega yang amat ,kemudian gi jumpa Dr haku masuk sekali sebab ade sket haku nak tanya,pasal adakah normal encik somi kerap ke toilet buang air atau tak,so Dr tu kata lagi banyak buang air lagi bagus lagi2 dah banyak minum air kan .

Kemudian Dr tanya dah baik demam dah berapa hari so 3 hari la kan kemudian Dr tanya sket sebanyak terus Dr tu kata ok esok dah tak yah datang amek darah dah n tak yah datang dah boleh discharge .

Keluar je dari bilik Dr tu haku tersenyum sket sebab haku lega rasenye tak payah datang ke klinik banyak kali.

So walaupun encik somi dah baik haku tetap akan masak sup ketam lagi n suruh beliau minum air masak banyak2.Mungkin dalam seminggu macam tu yelah baru baikkan.Alhamdulillah.


kehidupan haku dari encik somi mula kena demam denggi sampai sembuh memang huru hara,kena banyak2 bersabar sebab haku memang nak encik somi cepat sembuh.

Macam2 petua haku cuba tapi yang terbaik selain minum air banyak2 tapi air isotonikla kan macam air 100plus dan air  revive,haku syorkan masakla sup ketam hirup dan makan byk2 dan pucuk daun betik tu buat pati ( haku tumbuk2 je pastu perah pati dia ) n minum 1 sudu,memang pahit tapi nak sembuhkan kenela telan jugak :).

Selain tu boleh cuba air kelapa ni jiran haku yang kena bagitahu tapi encik somi dah sembuh so haku tak beli pun.

So 100 plus tu jumlah botol yang digunakan 8 & air revive 3 botol dari mula hingga encik somi sembuh.


Tips tido pakaila kelambu kan nak elak dari digigit nyamuk,pakai baju lengan panjang sebab nyamuk memang suka bau ori badan manusia.

Time nyamuk aedes aktif ialah seawal pagi dan senja,time ni kenela elak dari duduk di luar n tutup tingkap semua.

Haku beli ubat nyamuk elektrik tu so bila maghrib haku terus pasang. 


Bagi yang masih ada family atau kenalan yang terkena demam denggi ni selain cepat jumpa dr bolehla cuba tips yang haku bagi tu iaitu hirup n makan sup ketam dan buat jus daun betik tu.


Antara yang haku bagi encik somi makan,haku susun yang paling penting ke yang tak berapa penting tapi boleh cuba jugakkan :

1. AIR MASAK <----NI WAJIB
2. SUP KETAM
3. PATI DAUN BETIK
4. 100PLUS
5. AIR REVIVE
6. BAYAM
7. JUS KURMA
8. JUS JAMBU MERAH
9. BUAH KIWI 
10. SUP BARLI 

 *BOLEH CUBA AIR KELAPA,JUS PEGAGA & TEMBIKAI MERAH JUGAK



Kalau boleh elak pakai baju warna gelap sebab nyamuk memang suka tempat2 gelap so pakaila baju warna cerah dengan lengan panjang :)

Hmm kalau pakai baju cerah senang nak nampak nyamuk kan bolehla bagi penampar sedas 2 hehehe :)