Saturday 30 May 2015

KENDURI KAWEN RUMAH PAK YA KENDURI AKIKAH UMAH CIK K :)




Wahhh gitu tajuk haku kemain panjang kan :)
sebenarnya time haku taip ni haku dalam kegelapan malam sambil menahan sakit kaki sebab lama berdiri buat itu ini kat dapur tadi
family haku datang malam tadi sebab nak gi kenduri la kan
kemain aidil sampai2 je teruja nampak haku
dari dalam kete lagi dah jerit 'makkkkk ngahhhhhhhhhhh...' sambil sengih2
waaaaaaaaaa nampak sangat dia rindu giler kat haku :)
haku pun rindu giler kat arif dengan aidil tapi yang teruja aidil je arif biasela macho wat dunno je hehe macho la sangat last2 dua2 haku peluk kuat2 lepaskan rindu hehe :)
memang rindu huwaaaaaaaaaaaa 
*nak ikut mak abah haku balik kg
tapi sedar diri dah kawen abes laki nak letak mane? ;p
sabo je la :)


so dalam 2,3 hari ni ade agenda dengan family
pas kenduri nak gi tido hotel lak haha
cuti sekolah katekan panjangla langkah kan
dahla abang haku sekeluarga nak ke oversea seminggu
waaa bestnyeeee :)
tapi taknakla ikut sebab takde sebab oh ade sebab sebab haku teruja lagi nak ke 3 tempat ni je :)
masih merangka bajet hihi
plan dgn encik somi nak stay sebulan kat 1 tempat ni :)
mungkin dari situ baru ke 2 tempat ni hehe :) atau sebaliknya antara 3 tempat ni :)


k lah nak rest jap esok kene bangun awal sebab plan nak buat breakfast utk kat hotel nanti ewah ;p
k lah nak turun bawah jap check dapur :)
cik ti*** dah kuar ke belum grrr
daaaaaaaa
selamat bercuti ye korang2 :)
enjoy & save drive yeaa.
eh lupe adiah tak beli lagi adoii
esokla kot ni :) hehe

























Thursday 28 May 2015

OOO POKOK HERBA RUPENYE HEHE :)





Ok gelakkan diri sendiri dulu ;p
Korang tengok jap pokok ni
Pokok ni la yang haku tanam kat umah haku sekarang ni



 *google


Kat depan umah tepi longkang tu
Dulu ada sepokok dua je
Sekarang dah beranak2 sebab pokok ni makin meninggi
Mak haku kata kena kerat pastu leh tanam tempat lain lak
Dahla pagi tadi jiran sebelah umah haku bagitahu
Ada aci tapi dia kenal la masuk dalam kawasan umah haku pastu sesuke kerat amek pokok yang menjadi kesayangan haku tu
Tak mintak dulu lak tu
Pastu jiran haku tanyela kenape tak tanye dulu
Boleh pulak aci tu kate pokok ni cantik sebab tu saya mau ambil
Nak tanam kat umah
boley?????
Ok la sebab pokok ni mudah ditanam makanya haku halalkan je la
*urut dada jap ;0


 *google



So tadi haku berkebun jap bersihkan lalang2 sket pastu haku kerat sket dan tanam tepi pagar tu
Pastu siram
Sedapnya mata memandang tengok pokok2 bunga ni kan :)
Jadi terapi minda pulak :)
Nanti adik haku nak bawak lagi pokok2 warna warni
Lehla tanam kat ruang2 kosong
Sejuk je mata kalau depan umah banyak pokok2 bunga kan :)
Terapi mata,terapi minda dan terap jiwa :)
Pastu haku terfikir nak deko2
Tapi tengokla pada kerajinan haku ni hehehe
Sebab idea belum ade tapi macam nak ade je :)
Lehla haku gi nursery tanaman herba atau pokok2 bunga pastu pilih2 mana 1 yang berkenan
Macam jap lagi je nak ajak encik somi gi nursery pokok
Amboi tak menyabo hehehe :)


*google


Pastu encik somi cakap jiran haku tu pun macam nak jugak
Nanti nak tanam kat umah dia hehe
Masalahnya nak tanam kat mane tu sebab depan haku tengok dah bersimen semua
Mungkin sebelah belakang umah kot sebab dorang banyak habiskan memasak kat belakang tu
Sebab pagi dorang berniaga
Sambil masak2 sambil layan tengok pokok bunga cantik ni hehe :)
Haku rasa kalau kawasan umah haku ni pakat2 semua tanam pokok bunga
Mesti warna warni je kawasan umah kan hehe :)


Eh lupe lak nak kasi tahu nama pokok ni :)
Maklumla teruja dengan hobi baru ni :)
Nama pokok ni ATI ATI
Rupenye pokok ati2 ni sejenis pokok herba ewah :)
K jom kita baca khasiat dia :)
Baru ku tahu :)


Pokok Ati-ati merupakan sejenis pokok saka yang berasal dari kawasan tropika di Afrika, Asia, Australia, Hindia Timur, Kepulauan Melayu dan Filipina. Dahulunya dikelompokkan di bawah genus Coleus, sebahagian spesies dalam genus ini kini diletakkan di bawah genus Solenostemon, manakala bakinya di dalam genus Plectranthus.

Pokok Ati-ati merupakan sejenis pokok hiasan yang mempunyai daun dua warna. Warnanya yang bertentangan memberikan daya tarikan yang menyerlah sebagai tanaman penghias taman.

Pokok ati-ati ini cantik dan mudah ditanam. Ia juga popular ditanam di kepulauan Fiji, Maluku dan Australia sebagai pokok penghias taman.

Kelainan Coleus terkenal dengan keunikannya kerana memiliki kombinasi daun berwarna warni dalam serlahan gabungan warna merah, kuning, ungu dan merah jambu. Spesies yang paling menarik ialah Coleus blumei dan Coleus hybridus dan ia mudah ditanam menggunakan keratan batang muda. Proses pengakarannya juga cepat dan tidak memerlukan penjagaan rapi.

Spesies ini anggun ditanam dalam pasu atau dalam satu barisan memanjang untuk hiasan tepi rumah. Pokok ati-ati mempunyai tekstur pokok yang berbagai-bagai seperti sederhana kasar, halus dan sederhana padat (bergantung kepada spesiesnya). Ketinggian maksimum pokok ini mencapai tiga meter.

Bunga ati-ati menyerlahkan kombinasi warna daun hijau, kuning kemerahan dan keputihan. Ia memerlukan cahaya penuh, tanah peroi, keperluan air sederhana tetapi tidak tahan kemarau.


Khasiat Pokok ati-ati


1- untuk mengubati batuk terutama dikalangan orang-orang dewasa. Cara penyajiannya ialah dengan digiling beberapa helai daun ati-ati kemudian campur dengan air sebelum ditapis dan diminum dua kali sehari. Cara ini juga boleh digunakan untuk merawat sembelit.



2- bagi mereka yang mengidap lelah, daun ini juga boleh digunakan. Cara penyajiannya ialah dengan mengambil beberapa helai daun ati-ati, bersihkan kemudian giling hingga halus. Sapukan daun yang telah halus tadi pada dada sehingga paras pusat. Hasilnya akan diperolah setelah diamalkan beberapa kali.



3- bagi mereka yang mengalami masalah bisul, Anda juga boleh menggunakan daun ini. Cara penyajiannya ialah dengan mengambil daun segar sebanyak 10 helai lalu dicuci hingga bersih. Gilinglah hingga halus tambahkan sedikit air sehingga ia menjadi adonan. Cara memakainya ialah dengan menutup tempat yang ada bisul tersebut kemudian dibalut. Ramuan ini hendaknya diganti dua hingga tiga kali sehari.



4- untuk pengidap wasir pula Anda boleh mengambil beberapa helai daun (lebih kurang 25 gram). Tambahkan juga 5 gram gula merah. Aduk hingga rata lalu didiamkan hingga dingin, saringkan terlebih dahulu sebelum diminum.



5- bagi mereka yang mengalami gangguan pencernaan, ambil daun ati-ati sebanyak 10 helai. Kemudian cuci hingga bersih. Campurkan dengan dua gelas air, campuran ini kemudian dimasak sehingga tinggal segelas saja. Setelah didinginkan,saringlah sebelum diminum sekurangnya setengah gelas dua kali sehari.



6- untuk masalah telambat datang haid, ambil enam helai daun ati-ati. Cuci hingga bersih, rebus denagn dua gelas air kemudian dijadikan hingga satu gelas air. Minumlah setelah disaring.



7- bagi mereka yang mempunyai penyakit cacing, ambil tujuh helai daun. Cuci hingga bersih. Kemudian giling hingga halus, setelah halus tambahkan setengah gelas air dan madu satu sendok makan. Saringkan terlebih dahulu sebelum diminum sebanyak dua hingga tiga kali.



8- untuk mereka yang menghadapi radang teliga, ambil 15 helai daun. Cuci hingga bersih, gilingkan hingga halus. Campurkan dengan air tiga sendok makan. Aduk hingga rata kemudian disaring dengan sepotong kain. Air yang telah disaring itu dipakai untuk obat menetes telinga yang sakit. Gunakan dua hingga tiga tetes sebanyak empat hingga enam kali sehari.


Teknik menanam dan menjaga


Pokok ati-ati sesuai dengan tanah gembur yang banyak mengandungi bahan organik tetapi tidak menakung air disebabkan keadaan ini akan membantu pertumbuhan dan proses pengakaran yang baik.


Baja kimia yang tinggi kandungan nitrogen perlu dibekalkan sekurang-kurangnya dua minggu sekali untuk mendapatkan daun yang cantik.


Pokok ati-ati memerlukan cahaya penuh tetapi tidak secara lansung / terik bahangnya. Pokok yang telah matang mengeluarkan bunga kecil dalam satu jambak dan setelah berbunga, proses mengeluarkan daun muda berhenti yang lazimnya tidak lagi menampakkan serinya.


Oleh itu, selepas berbunga, adalah disyorkan dahan bunganya dipangkas bagi menggalakkan pertumbuhan daun baru. Pokok tua yang susah untuk digubah atau dibentuk berikutan serlahan warna daun semakin pucat boleh dijadikan baka untuk semaian pokok baru dengan penanaman semula menggunakan batang.



Jam menunjukkan angka 1.33 pagi
tetibe perut bagi signal mintak makanan
adoiii sudah ;p
layan perut ke layan mata lagi bagus? ;p
dahle tadi cik ti*** wat lawatan kat dapur haku
ngade tol!
dahla tak wat appointment dulu
nanges kat situ ;p




















BILA AKAL MULA BERBICARA...





 Tetibe je terfikir 1 perkara ni
Bila dengar je ape yang berlaku terhadap saudara seislam kita dalam dunia ni mesti kita akan berkata macam ni

'kita doakan semoga semuanya kembali seperti biasa atau setara dengannya'

kita tahu berdoa adalah senjata umat islam tapi mesti disusuli dengan tindakan dan tawakal
jomla kita baca sejarah keagungan islam dulu di mana islam berada di puncak kegemilangan
bagaimana khalfah2 dulu menegakkan islam
bagaimana mereka mendidik umat islam ketika itu
dan bagaimana ketika itu umat islam sangat kuat berbanding zaman sekarang 
bagaimana bagaimana bagaimana

sedih kita lihat umat islam semakin bercelaru
sedih kita lihat umat islam terlalu sayang pada hal2 duniawi 
ye kita tahu umat islam sentiasa digoda oleh syaitan 
kita diasak kiri kanan depan belakang atas bawah
tapi walaupun begitu semoga kita akan terus selamat berada di jalanNya
atau kembali ke jalanNya yang lurus
 dan berdoa semoga kita diampunkanNya
kita manusia biasa tak lari dari segala kesilapan dan kesalahan
semoga kita berpeluang menjadi seperti khalifah2 zaman kegemilangan islam seperti dulu
sangat2 merindui bagaimana khalifah islam dulu begitu kuat
umat islam mengamalkan islam sesungguhnya dan hidup aman damai
jiwa tenang kehidupan bahagia agama terpelihara
hidup penuh berkat :)
semoga kita akan dapat melihat kembali kegemilangan islam
bermulalah dari sekarang kita amalkan ajaran2 islam sedikit demi sedikit
lama2 kita akan membiasakan diri dan nampak kesannya


kalau dulu bertudung singkat
labuhkan tudung menutup dada

kalau dulu berseluar ketat
longgarkan seluar supaya terpelihara aurat

kalau dulu baju melekap di badan
longgarkan baju demi aurat terjaga

kalau dulu tidak berstokin
pakailah stokin kakikan aurat

diri kita hanya untuk yang berhak
bukan tontonan khalayak ramai



semoga kita dari sehari demi sehari insaf dan bertaubat
insyaAllah Allah Maha Pengampun dan suka kepada hambaNya yang selalu meminta ampun dan meninggalkan terus kesalahan2 yang kita dah lakukan
bermulalah sekarang...........


ISLAM SEMAKIN MENUJU PUNCAK KEGEMILANGAN SEPERTI DAHULU
AMIN......:)





* breakfast pagi ni muffin cheese choco resepi segera :)







Wednesday 27 May 2015

PERUT SENANG HATI DI HAPPY OWL :)




Malam makan kat luar hehe
nah terus cite ke malam terus haha
siang takde ape keje kan hahaha
yelah yang penting adela keje yang dibuat :)
so ajak encik somi gi makan kat luar je la sebab dah habis akal nak masak ;p
mule2 tu nak ke tempat makan biase kat waritha tu
tapi kali ni encik som nak ajak makan kat 1 tempat yang tak pernah lagi kami gi makan
haku ikut je la janji perut kenyang
bila kenyang melampau2 lak kenyangnye
*nanges ;p
sekarang ni cepat kenyang je kalau makan
kalau makan kat umah bolehla makan rilek2 kan
kalau makan kat luar kena habiskan jugak time2 tu
adoiiii
letih dengan makan je :)
so singgahla kami makan di Happy Owl ni :)


*google


haa kreatip & unik tak tempat dia?
cantik dan unikla jugak tempat makan ni :)
asal haku tak tahu sebelum2 ni? ;p
tengok menu pun unik2 jugak
macam banyak kali plak kene datang n cube satu2 hehehe :)



*google


sampai2 je pilih tempat duduk kemudian waiter datang bawak buku menu ni
*tempat duduk diperbuat dari kayu hmm agak unik bentuk dia tapi dek encik somi nak tengok tv ubahla tempat ke tempat duduk biasa ;p
dalam dia macam2 menu yang unik2
eh nyesal tak tahu sebelum2 ni hehe ;p


*google

Antara senarai menu yang macam menuntut haku mencubanya banyak kali hehe
habisla kena datang selalu pastu order menu yang berbeza :)
sesuai tempat ni kalau yang ada family pun sebab agak luas
rasanya restoran happy owl ni boleh kemaskini lagi cantik
sebab menu pun dah kebabom
harga standard kl je hehe :)


*google


So malam ni haku order menu nasi goreng ikan masin dengan telur mata
air lak teh tarik
encik somi order nasi goreng usa dengan kopi ais
*dahla tekak tak ok lagi order kopi ais ;p
pastu esoknya demam light2 haha
sekali batuk
hamekkkk ;0


*google


Restoran happy owl ni sediakan homestay jugak
ewah senang sape2 sewa homestay sini bolehla makan dekat sini
patutla menu kebabom
sebab masa kami singgah makan tu
pastu berderet2 keta masuk
ooo jadi tumpuan gak sini eh :)
makanan malam tu semua sedap2
nanti nak try lamb chop plak :)
gitu dah ade niat plak nak datang lagi hehe :)



*google


encik somi makan habis tapi haku termengah2 nak habiskan haha
mencik ;p
nasik haku banyak ke? ;p
niat nak tapau je la yang tak habis tu sambung makan kat umah
tapi encik somi suh makan pelan2 n habiskan
elehhh lenkali haku nak bawak bekas kecikla kalau tak habis haku tapaukan sendirik ;p
hmm bagus2 ;p
so nak tak nak haku habiskan slow2
pastu nanges kekenyangan hahahaha
adeh! ;p
 teringat orang2 rohingya
adoiii kesian dorang bila teringat dorang kelaparan
haku kat sini kenyang je selalu
alhamdulillah pada kurniaan ilahi
insaf.......


*google


pas rehat dah ok sket n stabil kami pun gerak balik hahahaha
lepas ni malam2 tak nak la makan nasik
siang je so malam leh la cuba lamb chop ke chicken chop ke dll tu 
banyak lagi list menu tak cube tu heeee ;p












Monday 25 May 2015

QUICHE POTATO BEEF CHEESE




Malam tadi haku asyikla fikir nak masak apa pulak untuk dinner
ala2 western ;p
bukak peti ais nampak 2 biji kentang yang dah rebus hari tu
tengok bahagian atas nampak cheese keping tu
bukak pulak bahagian sejuk beku ade lagi balance daging ramly beli hari tu
jenguk2 tepi almari nampak bawang besar
pastu terus ok cantikkkk :)
terus dapat idea nak masak ape untuk malam tadi hehe :)
cite malam tadi post hari n layan je laaaa ;p
semalam abang haku sefamily datang
nak rasa muffin pelangi tapi tinggal sebijik je
so tengok jem kacang coklat ade lagi
pastu tengok telur ade sebijik lagi 
tepung gandum pun ade lagi
maka terusla gi buat muffin kacang coklat hehehe
tapi dibantu oleh anak2 buah
adam aidina ujey alimin
ujey tengok je dengan nak rase hehe
alimin? sengih2 pastu nak rase padahal tak masak lagi pun :)
so banyakla anak2 buah haku yang buat
haku monitor je
ala2 kidzaniala kat dapur umah haku semalam hehe :)
takpe2 practise make perfect kan :)
walaupun penuh baju alimin dengan warna2 makanan hahahaha :)
tak sempat snap sebab lepas masak terus masuk bekas n abang haku nak balik umah opah kak ipar haku lak
haku tak rase pun sebab panas lagi kan so bagi semua kat dorang
haku boleh buat lain kalau nak nanti :)
so malam tu la haku fikir nak masak ala western tu :)
k meh tengok quiche ala2 haku ni ;p




rupenye daging burger ramly ni masak dalam oven pun ok
masuk butter atau marjerin pastu letak daging burger yang belum masak
tabur2 serbuk lada hitam sket dah bakar
lembut kot pastu wanginyee bila dia sedang masak :)
so pas masak sket tu haku masukkan hirisan bawang besar
gaul2 dan bakar kejap then tabur2 atas hirisan ubi kentang yang dah rebus tu :)
sedappppppp
pasni nak buat lagi tapi tebal2 sket :)
ubi kentang pun buat banyak2
pastu letak brokoli ke mix vege ke kan
baru complete :)
haku rasa makan macam ni malam2 pun kenyang dari makan nasikkan
nasi siang je so malam boleh buat quiche ni :)
sedap pun sedap :)
pastu letak cheese
nak tabur grated cheese pun boleh tapi haku takde grated tu ade yang keping2 ni je :)




dah masak
sedapppppppppppp
jap je licin :)
rase macam tak cukup lak wat sket je heeeee ;p






Friday 22 May 2015

SANDWICH ROTI DAGING BUAT SENDIRI :)




 Hai korang
apa khabar korang hari jumaat hari ni?
haku harap semua berada dalam keadaan terbaikla kan :)
haku kat sini ewah macam taip surat lak :)


haku macam biasa ok je macam selalu alhamdulillah :)
cuma suara ada serak2 sket maklumla asyik melantak air ais tak hinggat ;p
padanla muka haku ;p
haku kalau banyak minum ais sejuk atau air berais pastu tak lama dalam beberapa hari mesti suara bertukar serak & ada batuk2 anje gitu :)

( skrg ni minum air asam suam2 je bg ok sket
hmm haku cubela lepas ni tak nak layan air sejuk lagi
minum je air biasa,air suam atau air panas sudah :)




Semalam haku cakap dengan encik somi nanti bulan depan amek cuti dalam 4 hari hahaha
sebab tetibe gatal kaki lak nak bertravelling
tapi tak pasti nak kemana pulak
sebab haku rasa macam nak berjalan tapi tak stay 1 tempat la
tengokla camne nanti
usha jap tempat yang best2 :)
yelah sebelum puasa nak berjalan kejap nanti dah puasa fokus ramadan lak kan :)
nanti family haku semua nak turun ke rumah haku
sebab ada kenduri sepupu abah haku anak dia kawen dengan majlis akikah cucu kawan mak haku
dah lama abah haku tak jumpa sepupu dia ni
kira anak sepupu abah haku ni sepupu haku la jugakkan tapi haku pun tak kenal
gituuuuu
kalau selisih langsung la kan tak kenal
kesian betul ;p
haku rasa sesekali kena jejak keturunan & buat majlis perjumpaan besar besaran kan
so dapatla berkenal2 semua :)




hmm haku sekarang ni malas tol la nak kemas2 umah hahahaha
ni bila mood nak mengemas takde hahaa
so haku kena mula sket2 la kan :)
supaya mood mengemas haku datang slow2 hahahaha :)
gitu....:p
k lah nanti kita borak lagi ade urusan jap
zzzzz ;p
kejap je heeee






ni menu makan malam kami semalam hahahaha
sandwich roti burger daging bertingket ;p
sesuke jek
tu pun kenyang 
alhamdulillah :)



Lunch hari ni dek kerana nasi masak siang kemarin ade lagi so malas nak fikir banyak2 terus decide buat nasi goreng je heeee ;p
bukak peti ais ade potongan ayam besar sket ok cantik boleh bakar ala2 bbq gitu tapi idakle bbq sebab haku nak ringkas tapi sedap hehe ;p
so inila menu lunch kami :)





Nasi goreng ni haku namakan dia NASI GORENG FLORA FAUNA :)
mane nak dapat nasi goreng macam ni haha kat umah haku je ;p
idea spontan je ni
so bahan2 dia sangatla mudah :

1. tumis 2,3 hirisan cili padi pakai butter
2. pastu masukkan lebihan sambal ikan bilis <---- ni baki sambal ikan bilis haku masak siang kemarin tu ade sket lagi so campak je dalam kuali heee ;p
3. kacau2 jap pastu masukkan lebihan nasik putih tu
4. pastu masukkan kicap manis sket
5.  garam sket jek sebab sambal ikan bilis tu kan dah ade garam sebab dah masakkan
6. hirisan kobis sket,ingat nak letak sawi tapi rupenye dah ilek hehe kobis pun kobisla :)



* verdict??

sangatla sedapppppp wehhhh
hahahaha
ok haku fikir lagi ringkas sesuatu masakkan tu kesedapan dia semakin tinggi
hahaha :)
tapi bergantung kepada cara dan rasa masakan tersebut
ewah :)






nasi goreng makan dengan ayam bakar :)


Bila malam mana baki isi ayam ni tak habis haku perisikan sekali dengan hirisan tomato,hirisan salad,telur kacau then masukkan sos cili dengan mayonis makan dengan roti
kenyang alhamdulillah :)





simple dan mengenyangkan,mudah ringkas kejap je licin hehehe :)





Lepas tu kan korang dekat jam 1 pagi tetibe datang mood nak buat muffin haha
encik somi tanya nak gi mana tu?
heran dia dekat jam 1 pagi masuk dapur ;0
kalau mood rajin tu tak kira masa datang memang layan je la haha
so bolehla buat breakfast pagi esok :)





dekat jam 1 pagi siap adunan nak masuk dalam oven :)
cakap dekat encik somi kejap je nak buat muffin tu
sebab ape kejap?
haku tak tengok pun sukatan2 ni hihi ;p
sebab ni sukati haku je tuang2 tu campur2 ni tambah2 tu kacau2 ni
pastu siap tuang dalam bekas muffin tu heeee
haku agak2 je adunan dia tu
so verdict?
lembut & layannnn :)
sedap lagi kalau dapat makan dengan aiskrim hehe
tapi tekak tak berapa nak sihat lagi
so no eskem2 ok this time  :)




my muffin rainbow hehe :)
lembut je :)
layannnnn
ni kalau celup coklat lagi marbeles la kot kan :)
leh try tapi kena buat size kecik sket hehe :)
next try :)


siap semua jam 3 pagi lebih ngeeeee ;p