Wednesday 28 October 2015

Mak aiiii lame haku tak berblogging :)





Fuhhhhh lame betol rasenye tak update cerita dalam blog haku ni :)
Bukannya tak ngadap internet tapi tu lah nak menghupdate tu malas bebenor pulak ;p
seminggu rasenye haku tak berhupdate kan? ;p
rase macam 7 tahun tak berupdate hahahaha
mungkin jerebu melanda hari tu telah spoilkan idea2 haku yang melambak2 hehe ;p
ideala sangat padahal malas ;p



so hobi haku sekarang ni menyiapkan buku makanan seharian untuk haku dengan encok somi ;p
makan? hahahaha
k lah kemalasan nak teruskan cite..jap eh nanti sambung ZZZZZZZZZZZZZZZ ;p
















Tuesday 13 October 2015

HAPPY BIRTHDAY TO ME :)




Alhamdulillah
Tiba lagi hari lahir haku tahun ni :)
Umur semakin bertambah 3 series lebih :)
haku harap amalan akhirat pun akan bertambah jugak :)
Cukup2 sudah segala kekhilafan yang telah kita lakukan di muka bumi ni :)
Eh bukan kita tapi haku la sebab hari lahir haku kan hahaha :)
Macam nak buat ucapan pulak ;p
Utk peringatan diri haku jugak supaya terus memandang ke hadapan dan meninggalkan apa2 yang dilakukan zaman jahiliyah dulu2 ;0
Amalan fi sabilillah wajib dipertingkatkan lagi
Haku harap dapat mengikut langkah2 ahli2 salafussoleh dulu2 macam mana mereka mendekatkan diri dengan Allah S.W.T
Dunia cukup2 sudah dan berpada2 je la kan
Dunia penghubung kita dengan jambatan akhirat
So jadikan dunia tempat kita melabur ke jalan akhirat supaya memudahkan jalan kita ke sana amin :)




Biasala bila dah semakin meningkat usia haku selalu terfikir hala tuju kehidupan
Dulu2 zaman remaja biasala mana nak fikir semua ni kan :)
Zaman sebelum 30an ni banyak haku habiskan dengan menuntut ilmu di samping dunia keseronokkan remaja enjoy sana sini dengan kawan2
Alhamdulillah haku mendapat kawan2 yang selalu memberi motivasi di saat diri susah hati atau kecewa dengan sesuatu perkara :)
Sampai sekarang haku masih lagi berhubung dengan mereka2 yang rapat dengan haku :)
Itu sahabat yang sebenar kan? :)





Hari ni haku terima ucapan selamat hari lahir dari suami,adik beradik,saudara mara dan rakan2 
:) Happy dikelilingi oleh orang2 yang menyayangi kita :)




Perkahwinan haku dengan encik somi pun dah nak masuk 6 tahun pada tahun depan
Sekejap je masa berlalu
Walaupun haku belum dikurniakan anak tapi haku tahu perancangan Allah adalah yang terbaik :)
So sekarang kami masih berada dalam fasa honeymoon
Lame kan berhoneymoon? hahaha :)



So hari ni haku tak tahu lagi plan nak buat ape
Maybe keluar makan kek dengan encik somi  :)
Asal birthday je mesti kek kan? ;p
Ketembunan la haku camni cane nak langsing cam nasya aziz ? :) gituuu ;p




Esok 1 Muharam Tahun Baru Islam 1437 Hijrah
Apaka azam baru korang?
Azam baru haku tak lain tak bukan meningkatkan segala kebaikkan di dunia ini supaya dapat menuai di akhirat sana amin :)
Kejar syurga yang pasti :)
Harap diberi kekuatan bukan sekadar keazaman kan :)
Ewah nak bermadah pula hik :)







Malam keluar cari Big Apple ni :)
So no cake this time tapi layan donut pulak sempena birthday kali ni :)
Dalam banyak2 pilihan donut tu haku rasa haku paling suka yang ada nestum atas dia :)
Nyesal tak amek semua hahaha :0 





Lepas makan2 tapi tak habis 2 biji donut terus tapau je :p pastu jalan2 gi usha universal traveller hihi :)
k lah itu je cite haku hari ni
harap esok hari semangat azam baru la pulakkan :)
 Mesti berubah supaya diri cemerlang,gemilang dan terbilang
Yang penting smile always and be positive!!!!! :)










































Monday 12 October 2015

PUDING COLOURFUL :)





Bila mode rajin menerjah beginila jadinye hehe ;p
Bukan susah mane pun nak buat tapi bila mode malas menempek benda yang senang pun jadi macam berat je nak buat ;p
Macam mana nak jadi bangsa yang maju kalau macam ni? ;p
Tapi 'kita adalah insan' *tetibe mode lagu yantzen nak kuar plak hihi ;p
pastu sambungannya? err 'menumpang atas dunia' kot? hehe k korang sambungla sebab haku busy nak cite pasal puding kaleful haku ni ;p
Ok mari kita tengok cara haku kat dapur ajaib haku tu ;p



antara bekas2 puding yang mana sempat haku nampak haha ;p
dalam rajin ade jugak tu malas
malas nak mencari bekas2 yang canggih bawah rak almari ;p



ni bahagian agar2 yang kita akan potong dadu jap lagi
tunggu sejuk kejap sebelum dipotong2



so keluarkan dari bekas tadi kemudian hiris2 empat segi :)
eh ikut sukela asalkan tak nipis2 sangat
suka2 hati ;p



pastu wat camni
masukkan dalam puding warna asal
tu yang menempek atas puding tu pasal puding asal dah beku hehe
tapi cantik plak kejadiannya kan? ;p




kejadian puding yang dah siap
cantik tak? :)
macam nak buat lagi jeeee :)
bahan2 dia senang je : air,agar2,gula,susu cair,pewarna makanan
senang kan?
dah sila bangun masuk dapur pastu buat ye
rajin2kan diri tu hehe :)




Tengok? walaupun mulenye macam tak jadi tapi camni pun cantik jugak hehe :)





Yang ni lak dalam bekas cawan tadi
pun cantik hehe :)



Tetibe ade nasi lemak pulak ;p
ni menu sarapan pagi kat restoren mamak hari tu hehe
haku berpagi2 di luar
so lepak la menikmati nasi lemak mamak ;p



Ni pulak lepak dengan encik somi dinner dekat restoran kegemaran :)
k dah habis dah cite :)
nanti haku borak lagi ye sebab agak busy sket sekarang
busy sendiri cari haha :)
daaaaaaaaaaa
take care n have a nice day :)












Sunday 4 October 2015

RINDU UDARA SEGAR




Jerebu kembali lagi!!!!!!!!!!
Sedih betul dengan situasi sekarang ni kan
Bukak pintu tingkap bau asap je sekarang ni
Sebelum jerebu melanda haku suka bukak pintu tingkap pastu ambil udara segar pagi2
Sekarang ni dah terbatuk je bila bukak pintu tingkap
Sedih betul dalam masa yang sama rase nak penyek2 je manusia yang tak fikirkan keadaan manusia lain
Yang penting urusan sendiri selesai
Pada haku la sebelum nak memulakan sesuatu tu fikir dulu kesan2 baik dan buruk dengan apa yang bakal kita lakukan
Adakah ia akan menimbulkan kemudaratan pada pihak lain?
Stress dengan situasi sekarang ni
Stress2 pun malam2 tetibe teringin nak makan burger pulak ;p
Bukak pintu malam2 tengok kat luar macam kabus asap2 gitu
Saje psyco anggap je macam kabus sejuk baru turun dari gunung padahal? ;p
Terus encik somi pakai mask
Haku lak just tutup hidung je ;p




Nak makan kat kedai terbuka macam tak best je dengan kualiti udara sekarang ni walaupun haku perhatikan sepanjang jalan ade je orang makan2 kat tempat2 terbuka
Macam takde ape2 yang berlaku padahal?
Ntahla baik fikirkan kesihatan diri so terus ajak encik somi gi Mcdy je la :)
Makan kat bahagian dalam walaupun ramai orang bersesak2 tapi bila dah menghampiri larut malam baru ada meja kosong so lepak jap kat situ :)
Lama kot tak datang mcdy ni disebabkan teringin nak makan burger doublecheese burger layan je la ;p




Plan asal nak lepak je sampai esok bhahahahahaha ;p
Tapi semakin nak dekat pagi teringat plak best lagi kalau lepak kat umah
aman damai tenteram je banding kat situ sebab bising je ;p
So lepas makan balik je la lagi best ;p



Sekian berita rutin harian haku hari ni :)
Take care ok time jerebu2 ni :)
daaaaaaaaaa












Thursday 1 October 2015

BORAK SANTAI :)





Borak santai je la ok kan hehe :)

Masakan simple je Hati Goreng Kacang Buncis


 Ayam masak kurma :)




 Malam haku dinner kat dataran dengan encik somi
Best je makan beramai2 dengan pengunjung2 kat situ ;p
Macam biasa menu haku Nasi Goreng Ikan Masin dengan Telur Goreng dan jugak Teh Tarik
Encik somi order Nasi Goreng Ikan Rebus dengan Telur Mata dan jugak Limau Ais




 Sementara tunggu order sampai makan ni dulu ;0 keropok sinonim dengan orang pantai timur ;0
sape lagik encik somi la ;p
haku layankan je :)




 Dah jadi menu kegemaran encik somi sekarang ni
Nasi Goreng Ikan Rebus :)




 Ini haku masak sosej pulak tapi haku suka style bakar dalam oven :)




Masak first masuk oven pada suhu 200 darjah celcius haku set 30 minit




 Sosej ni haku hiris2 dulu tapi tak putus la saje nak tengok hasil pas masak ;0





Tadaa cantik pulak jadinye kejadian sosej ayam Ramly ni :)
comel jek nak makan pun rase macam nak penyek2 jek ;p





Haku jarang masak maggie mungkin dalam setahun sekali baru beli sebab encik somi ;0 beliau memang suka makan maggie haku je tak hehe so disebabkan hujan tinggal lagi 2 bungkus marilah kita habiskan :)
haku just masukkan tomato dengan daging je dalam ni
itupun layannnnn :)
jemput korang
bismillah.....:)