Monday 29 February 2016

SAKIT GIGI DAH SEMAKIN OK NAMPAKNYA :)




Hari ni bangun je pagi sakit gigi dah kurang sket
Semakin ok alhamdulillah tapi still rasa kebas sket2
So continue kumur2 air garam bunga cengkih dengan sapu tiger balm tu je la



Malam gi Mydin beli barang2 dapur
Blur nak masak ape adeh ;p
Teringat nak try masak Kueyteow Kungfu je la hihi ;0


KUEYTEOW GORENG = RM0.89 SEBUNGKUS


RAMLY BEEF BURGER = RM4.95


 TEPUNG JAGUNG = RM1.35


TELUR DELIFRESH = RM6.99


SIOW PAK CHOY = RM0.99


LIFE CHILLI SAUCE = RM2.80
ADABI OYSTER SAUCE = RM3.90
LIFE TOMATO SAUCE = RM2.50


CARROTS = RM3.99


 MAURIPAN = RM1.05


 BISKUT SANDWICH DURIAN = RM6.96


 BIG LIME = RM0.92


PASTA MACARONI = RM4.65


TEPUNG GANDUM = RM2.19


BERAS FAIZA EMAS = RM12.95


IKAN BILIS SEDANG = RM2.04


DADIH = RM5.50
 


Sebelum ke Mydin singgah Restoran Imran makan malam jap
Order Nasi Goreng Ikan Masin,Telur Goreng,Sup Daging dengan Sirap Limau
Encik somi lak order Nasi Putih dengan Telur Bungkus dan Air Suam
Ramai jugak pengunjung malam ni
Mungkin hari ni gaji kan :)
Makan2 sekeluarga



Siap membeli belah Mydin dah nak tutup plak
Tu la makan dulu so shopping lambat sket
 Oklah tu kami pun balik je la
Sampai rumah kemas2 barang2 yang dah beli tu
Settle terus menaip ;0
Oklah tak isyak lagi ni
Nanti continue borak2 k :)
Have a nice day and sweet dream :)
daaaaaaa
Wassalam


























SAKIT GIGI PULAK




 Masa haku taip ni jam dah dekat 2 pagi
Tak boleh nak tido sebab sakit gigi melanda 
Cuba jugakla paksa diri tido kunun bolehla terlelapkan
Sekali eh tak mahu plak tertido tapi terbangun tido lagi ade
Huwaaa sempat fikir lagi nak nanges boleh tak sambil gosok2 pipi huhu ;p
Tapi tak nanges pun cuma tahan je sakit sambil sapu tiger balm tu
Rase ok la sket cuma rase macam kena bangun tido gi kumur2 air garam
Masuk dapur terus bukak kabinet dapur amek garam
Pastu tetibe teringat bunga cengkih pun bagus jugak
Nak tumbuk diri memang malasla pagi2 buta nak kisah bagaikan
So campak masuk dalam gelas plastik tu pastu tambah garam dengan air suam
Kumur2la 2,3 kali 
Rasa ok sket so simpan je kang kalau berdenyut lagi kumur2la lagi sampai ok




So pergi ke ruang tamu just terus sapu2 tiger balm putih tu je sambil menaip blog ngadu kat korang ;p
Sempat! hehe
So apelagik baca pasal deko2 je la dengan harapan cepatla lega sket sekurang2nya dapatla tido






Jam dah 2 pagi still cannot sleep
hope jap lagi ok la
amin




Sunday 28 February 2016

FRIES HOMEMADE :)




Dari membiarkan kentang terbiar je kat dapur tu 
baikla haku buat sesuatu ;0
kang beranak pinak pulak si ubi kentang tu kang ;p
so terus dapat idea buat fries homemade ni ;0


Cara buat dia senang je :)
buang kulit kentang tu dulu pastu hirisla ala2 wedges tu
suka2 hatila mau potong gi mana kan :)
pastu rendam kejap dalam air bergaram masukkan dalam peti ais sebentar
kenudian toskan dia dan kemudian barula perasakan hirisan kentang tadi dengan serbuk kunyit,garam sket,serbuk lada sulah sket dan masukkan juga beberapa sudu tepung kfc
kemudian tunggu lagi jomla kita goreng :)





 Goreng rangup2 barula putih eh ;p barula rangup kan :)
hari2 tengok iklan qu putih semuanya nak qu putih sekarang ni
macam nak cube jugakla mane tahu putih lak haku nanti kan :)



Tadaaaa hui memang rangupla sebab letak tepung kfc kan ;0
Seb haku ingatkan encik somi belum makan kalau tak licin dah tu ;p
Tinggal pinggan licin jek ;p
Ok lah nak layan mentor millenia jap air pun tak buat lagi ni
nak buat kopi o pak belalang tu lah
cepat nau abehnya sebab sedap ;0
abang iparku nanti haku mau order lagi ye
ntah ade ke tak stock kopi pak belalang ni
harap adela lagi tu :)




Sebenarnye haku tengah sakit gigi ni adeh
sakit light2 je la baru terus sapu bam tiger putih tu
fuh2 cepatla ok sakit gigi ape pun tak bleh ;0

















Thursday 25 February 2016

MENU MAKAN MALAM :)




Hari ni makan malam encik somi beli je ;p
Mode rajin belum sampai nak masak ;p
Masakkkklaaaaaa perangai camni hihihihi ;p









Encik somi order ni : Nasi Putih dengan Telur Goreng dan Daging Masak Lada Hitam pastu air pulak haku buatkan air Kopi nujum Pak Belalang tu ;p eh silap ada nujum plak ;p sebenarnya Kopi Pak Belalang je ha ha ;p







Sedap je kopi ni nanti kalau dah habis nak order lagilah ;p
Ewah saje la tu abang ipar haku tu ;0








Haku lak order Kueyteow Kungfu ni,sedapppp :)
Dah jadi favourite haku dah sekarang :)




Itu je nak cite ;p
Itu je????????????
Aah cerita hari ni bab makan malam je ;p
Dah..korang bace jugakkan? ;p
Saje la at least korang tahu nak order ape mane yang asyik blur nak order kat kedai tu ;p
Sebijik macam haku la tu ;p
Masuk kedai selalu blur nak makan hape 
Pastu selalula terorder yang haku bukan nak makan sangat
Tapi bila dah terorder terpakse la makan huhu
Masak sendiri sebenarnye lebih baik
Tapi haku beli n makan kat luar tu time mode dalam kemalasan je
Sebenarnye mode kemalasan lagi tinggi dari mode nak masak kat umah ;p
Ape2 je la ;p
Janji kenyang je hiiiiiiiiiiiiiiiii ;p












Wednesday 24 February 2016

BORAK BORAK SANTAI :)



Hai korang
Bertemu lagi kita malam ni :)
Sebab haku rasa nak menaip lepas balik dari makan satay 
( 5 satay ayam,5 satay daging,5 satay kambing ) he he he :)
Agaknya kalau ada pelbagai jenis satay mesti haku amek 5 setiap satu ;p 
ni pun kenyang alhamdulillah ;0
Total harga untuk 15 cucuk satay tu RM14 
So di sebabkan ada gambar jomla kita bercerita ;0


Di mulakan dengan sarapan pagi tadi hari ni :)
Sekarang ni haku dalam mode malas nak memasak so marila membeli je ;p

Sarapan pagi ni nasi lemak.keropok goreng dengan roti canai
Air pulak haku buat Kopi Pak Belalang abang ipar haku bagi




Kemudian abang haku whatsapp tunjuk ujey anak buah haku 
( anak ke 3 abang haku ) masuk hospital sebab sekejap demam sekejap tak dari jumaat lepas so Dr kata ada jangkitan
Harap cepat sembuh dan doakan semoga anak buah haku ni cepat keluar hospital dan sihat
Kesian kalau asyik kena cucukkan :)


Selera je makan tu :) cepat sembuh ye amin2 ...korang doakan ye :)



Kelmarin haku dah bebaskan ibu kucing dengan anak2 dia huhu
Sayang rasenye nak lepaskan tapi haku tak dapat nak bela lagi So baik haku bebaskan dorang hidup bebas di luar sane
Semoga dorang dapat jaga diri baik2 di luar sane :)
We always love you all walaupun berat rasa hati :)




Oh ye tahniah jugak kat sahabatku yang paling rapat masa bekerja dulu Akma dapat anak lelaki pada 14 Februari baru ni :) nama : Muhammad Faris Amsyar :)
Sedap nama tu :)
Selamat menjadi ibu dan insyaAllah ada rezeki kami akan turun melawat :)




Oh ye lupe plak nak masukkan gambar menu encik somi malam tadi :)

Encik somi order Nasi Goreng USA dengan Nescafe Tarik
  
Elok je sampai encik somi pun rase la 1 sudu nasik tu pastu cakap kat haku pedas sket

So terus haku tarik pinggan encik somi n rase jugak 1 sudu tu sebab nak tengok tahap kepedasan nasik goreng tu

Lepas rase je terus kepedasan nasik tu tersebar 1 lidah haku hahahaha

Confirm encik somi cannot eat nasik goreng usa ni hihi ;p

So terus haku suh encik somi panggil waiter tu n tapau je bawak balik

Haku suh encik somi order nasik lain n cakap tak nak pedas

Tapi encik somi dah kenyang kot makan satay 15 cucuk tu so tak order la just minum n habiskan satay yang ade :)

So rezeki haku la tu kan sebab haku ok je layan makan pedas ni ;p

Haku memang tak bagi encik somi makan pedas sebab pernah jadi kes encik somi makan pedas pastu masuk hospital sebab sakit perut memulas2 lepas makan nasik goreng pedas haish ;p
Haku yang trauma kat wad kecemasan  ;p

So lepas tahu encik somi cannot go pedas2 ni haku memang tak pernah masak pedas2 lepas kawen ngan encik somi ;p
 Masak sambal pun tak berapa nak pedas
Kalau lajak pedas pun mesti perut encik somi mula memulas
Haish manjanya perut hihihihi ;p








Thursday 11 February 2016

SI BULUS COMEL JAN 2016




Cakk!! ;p
Tetibe muncul lak entri terbaru dari tuan blog ni hihi ;p
Hmm sebenarnye haku dalam proses cube untuk rajin update blog kesayangan haku ni :)
Sabo je la kan haha ;0
Ok meh kita borak2 ;0


Tahun 2016 ni tetibe ade penghuni baru muncul dalam rumah haku :)
Pagi januari berapa haribulan haku dah lupa ;p ( tu la baru hari ni nak update blog kan ;p ) bukak2 pintu belakang area dapur tu tetibe haku nampak ada macam ibu kucing dalam baldi :)


Haku ni bukanla tak suke kucing tapi layan gitu2 je tak terfikir pun nak bela kucing atau haiwan2 lain
Tapi bila haku tengok dekat ibu kucing tu ade pulak 3 ekor anak kucing kecik2 rase macam laaa awat yang comey sangat ni anak2 kucing ni hehehehe ;0
Ibu kucing lak bile tengok lame2 macam jelita pulak hahahaha :)
Patutla anak2 kucing tu comel2 :)
So haku pun bincang dengan encik somi tentang nak bela kucing tu



Asalnya haku dengan encik somi hanya bagi makan je dekat ibu kucing tu
Tapi lame2 haku rase macam nak pulak beli sangkar kucing sebab haku tak nak la nanti  anak2 kucing tu bila dah pandai panjat n lari nanti jenuh pulak haku nak mengejarnye hihi ;p
So dengan tetibe lak haku menggoggle cari sangkar kucing dan ape3 yang berkaitan dengan kucing hahaha ;0


Seb haku ade kawan yang memang pencinta kucing ;0
So haku tanyela tips2 n ape2 je keperluan untuk kucing2 haku tu ;0
Pastu ade mase2 haku terfikir betul ke haku nak bela kucing ni? ;p


Bila haku upload gambar kucing dekat group whatsapp family anak2 buah haku pulak teruja nak datang tengok dorang pun tak sabar2 nak tengok anak2 kucing haku tu ;0
Ade yang nak ambil bela pun ade ;0



Ade sekali tu datang je rumah haku first sekali dorang sebut mane anak2 kucing tu atau terus sebut name anak2 kucing tu hahahaha ;p
Cet salam haku pun boleh lupe gara2 nak tengok anak2 kucing hahaha ;p



Anak2 kucing haku tu haku bagi name : Cikudut,Cikidit,Cikodot ;p
Mak dia lak name CekTeh pasal putih kan
Cikudut ni ade 3 warna : putih,oren,hitam Cikidit lak ada 2 warna : Putih dengan Perang n Cikodot lak warna : Putih Hitam :)
Paling banyak merengus Cikudut la garang betul hahaha ;p 


 tapi cikudut la paling comel ;0 rase macam nak picit2 je ;p



Masa ni masih dalam baldi sebelum haku dengan encik suami transfer ke dalam kotak :)

Dari bawah ke atas : Cikodot,Cikudut,Cikidit 

Welcome to our new family hihi ;p


Teruja lak nak cari sangkar dengan keperluan2 lain untuk kucing ;p


Tips untuk haku yang pertama kali nak membela kucing ni ;p




Jika anda menyayangi haiwan peliharaan dan sering mengajaknya bergurau, ternyata situasi tersebut boleh menstabilkan dan menurunkan tekanan darah anda.




Jika anda suka bersenam dan anda boleh membawa haiwan peliharaan anda bersama. Ia akan memberikan efek pada penurunan kadar kolesterol tubuh dan perkara ini juga akan memberikan tubuh anda kekuatan untuk mencegah penyakit datang.Situasi ini saling berkait dengan penurunan tekanan darah dan melonggarkan pembuluh darah sehingga darah dapat mengalir lancar.



Memiliki kucing, hamster atau haiwan peliharaan lain yang dapat mengisi hati anda dan membuatkan anda bukan sahaja tersenyum. Bahkan ketawa terbahak-bahak, jadi jagalah haiwan peliharaan anda itu  seumur hidup. Kehadiran haiwan peliharaan dalam hidup anda  adalah tiket untuk anda bebas daripada stress dan depresi. Ia akan mengeluarkan hormon endorphin dari otak yang akan membuat anda lebih berkeyakinan, berasa lebih bahagia dan berfikiran positif.




Jika anda berjaya menghindari daripada hipertensi dan kolesterol, menjadi penyumbang kecil kemungkinannya anda akan mengalami penyakit kardiovaskuler secara tiba-tiba. Kombinasi antara menurunkan stress, bebas daripada depresi dan penurunan tekanan darah mampu mencegah anda daripada risiko penyakit kardiovaskular.






Banyak yang mengatakan alergi disebabkan oleh bulu haiwan, sedangkan ia sebaliknya. Jika anda memperkenalkan anak anda sejak kecil ,bahkan saat mereka berusia kurang dari enam bulan, ia akan menguatkan anak-anak anda dari alergi. Kajian membuktikan bahwa anak yang hidup dengan haiwan peliharaan lebih kebal terhadap alergi, demam dan ekzema.


Binatang juga mempunyai perasaan yang sama seperti kita. Kadang kala ketika kita sedih, ia juga akan bersedih. Sebagai contoh, kucing. Apabila kita bersedih, kucing akan datang kepada kita dan menggesel-gesel serta mengeluarkan bunyi seperti mahu memujuk kita. Mereka mempunyai hati untuk memahami dan menenangkan perasaan kita.



Islam dan agama lain mengajar penganutnya supaya kasih dan sayang kepada haiwan. Walaupun haiwan tidak punya akal, namun mereka masih mempunyai hati dan perasaan. Apabila kita memelihara haiwan peliharaan, secara tidak langsung, kita akan menyayangi mereka.





Mungkin anjing tidak sesuai untuk dipelihara oleh orang Islam. Namun, anjing yang dipelihara lebih cepat mengesan bunyi dan bau dari jauh. Contohnya, jika anjing terhidu asap kebakaran atau merasakan rumah tuan mereka dipecah masuk oleh perompak, anjing akan menyalak supaya semua orang tersedar. Begitu juga dengan kucing, mereka juga adalah pengawal yang baik!




Nanti haku upload lagi gambar2 anak2 kucing ye hehe ;p

Ok have a nice day ye korang2 kat luar sane tu ;p






Operasi nyahkutu tapi tak berjaya sebab kutu lari sangatla laju ;p
Kena beli ubat kutu kucing jugak nampaknya ;p






Anak2 kucing dah pandai main :)



Ewah tetibe lak haku bleh shopping keperluan kucing tahun ni ;p