Saturday, 20 August 2022

SANTAI PETANG DI NGOPDUL RIVERWALK

 


Petang 2 hari lepas aku dengan encik suami plan nak jogging sebenarnya , sekali baru 20 langkah mula nak jogging hujan mula turun celapak kami cari tempat berteduh hehe bukan kami je ada lagi orang depan2 kami pun patah balik heeee 


 Dah hujan turun jomlah terus mengopi hehe


Jom pilih menu sementara hujan berhenti , dalam kedai atau cafe ni aku , encik suami dengan 3 pelanggan lain tengah mengopi 


Ada beberapa pilihan makanan untuk santai petang2 

 


Tunggu Mac n Cheese crew kedai panaskan 


Sampai dah menu kami petang tu Vanilla Latte panas RM8 aku order , Caramel Machiato Frappe RM11 dengan Mac n Cheese ( Large ) RM13 ni aku kongsi je dengan encik suami saje je tak lapar mana pun lebih pada rasa2 je petang2 kan 

 


Cantik dekorasi dalam kedai ni ringkas tapi elegan gitu , selesa lah nak duduk sejam 2 


1 panas 1 sejuk jom rasa air yang dijual ni 

 


Kacau2 bagi rasa sebati baru sedap nak minum hehe 


 Masa nak balik tu aku nampak macam kalimah Allah kat langit...Allahu Akbar

Friday, 19 August 2022

BIRTHDAY ANAK MEMBER

 


Bulan ogos ni ada beberapa orang kenalan aku kena dengan tarikh lahir dorang , salah satunya anak kepada kawan aku ni Iqin , maknya buat majlis malam jam 9 , masa tu aku di luar kawasan tapi aku usahakan jugak dapat hadir sebab memang kawan baik kan , tema malam birthday tu warna purple hitam cuma birthday girl je pink hehe 


 Kelam kabut aku cari hadiah ha ha kebetulan malam tu ada 2 lagi kena hari lahir bulan ogos ni tapi taklah sambut cuma buat majlis makan2 kat budak kecik iqin tu je maklumlah dah besar kan masing2 tak payah majlis pun ok je hehe


 Balik rumah je terus cari baju warna purple hitam , alhamdulillah ada warna purple tu hehe


Sempatlah rehat kejap sebelum ke majlis hari lahir iqin tu 

 


 Meriah maknya pun hias2 majlis anaknya tu hehe seronoklah budak2 kan , menu malam tu ada popia , mee kari dengan kek2


 Ada sorang lagi tak dapat hadir fizi dengan eka sebab petang tu fizi tergelincir depan bilik air bengkak kakinya aduhhh alhamdulillah takla teruk sangat makanya kami2 je lah bergambar tak cukup korum ni , takpelah boleh keluar makan je nanti bila dah ok tu kan..Alhamdulillah


 Terus malam birthday girl seronok pakai tudung merdeka hehe kan nak raikan hari merdeka nanti hihi

SANTAI PETANG DI OLD TOWN WHITE COFFEE

 


 Hari ni lepas selesai urusan macam2 aku ke Aeon 18 jalan2 jap dalam tu terus masuk cafe old town white coffee ni rehat jap minum makan sket petang2 , tak ramai orang pun masa aku gi ni jadinya duduk lama sketlah layan kopi dengan roti yang sedap tu heeee

Cantik lampu ni tapi kat rumah aku takde lampu camni boleh je nak pasang tapi aku macam suka lampu cerah lagi rasanya ha ha 


Masa ni tengah tunggu menu sampai , sedap duduk kat kerusi ni macam nak tertido je haha

Senarai menu yang aku dengan encik suami dah pilih , sebenarnya banyak betul menu yang kena cuba nanti jadi buat hari ni pilih Vanilla Latte , Lemon Juice , Roti Peanut dengan egg toasted ringkas je kan? tapi ok lah buat lapik perut sebab pagi tadi dah pekena nasik lemak dengan ayam goreng mamak

Ha dah sampai alhamdulillah apalagi jom layan makan

Sesekali bolehla santai2 sini kalau singgah lagi kan boleh cuba menu yang lain pulak kan

Dah selesai semua kami pun beredar sambung urusan2 lain pulak.... Alhamdulillah syukur selalu ❤ 

 

 

 

 

 

 

 

 

Monday, 15 August 2022

SANTAI PAGI DI KFC

 


Aku memang orang yang ambil sarapan pagi jadinya hari ni aku ajak encik suami gi sarapan dekat MyUltimateBakes tu tapi bukak jam 11 pagi camtu pastu terus ke lotus bahagian food court tapi tak ready lagi pulak makanya masukla kfc dalam tu dan memang rezeki kami hari ni sarapan kat kfc hehe apa pun Alhamdulillah....


Menu pilihan encik suami , air tukar milo tanpa ais

 


Aku order burger je air tukar milo tanpa ais 


 Alhamdulillah kenyanglah pagi ni , pastu mula lah rasa mengantuk pulak sebab awal keluar kan hehe.....

Sunday, 7 August 2022

SANTAI DI IPOH NIGHT MARKET

 


Pertama kali jejak sini punyalah luas nak ronda2 ha ha lagi tempat makan punyalah banyak pilihan oiiii , nak makan apa niiiiiii? hehe begitulah kalau banyak sangat pilihan menu terus aku stress nak pilih hahahaha

Jalan2 cari makan dulu last2 kami pilih makan malam menu Nasi Kambing Bakar set RM15.90 dengan air laici pudina RM3 Alhamdulillah sedaplah habis makan hehe


Masa nak balik tu aku beli pelam asam kat kawan aku sebab dia tak lalu nak makan sebab tengah demam , semoga cepat sembuh & boleh keluar santai2 makan2 sama2 nanti kan Aamiin... 

Update Ke 2 :-

Jejak lagi kami ke Ipoh Night Market 😊 kali ni kami makan malam bihun Sup dengan Kueyteow Sup pulak harga RM7 sebekas , memang sedaplah kat tekak aku ni 👍Alhamdulillah...


 Air pulak aku kongsi je dengan encik suami sebab bekas besar kan hehe encik suami beli air epal hijau laici harga RM6 , memang sedap 👍Alhamdulillah...


Dah siap makan aku singgah jap kat gerai jual buah2 asam tu beli sebekas RM8 , hari tu beli kat kawan aku kali ni teringin pulak jadi beli lah sebekas hihi....pastu terus bergerak balik.....Syukur.... 

 UPDATE 3 :-


 Nasi Goreng Ikan Masin Telur Mata dengan Nasi Goreng Daging Hitam RM19 , rasanya Alhamdulillah sedap , air pulak kami order air keladi dengan mangga RM6 pun sedap :) syukur selalu...