Hari ni hari jumaat yang mulia genaplah 4 tahun kehidupan haku bersama encik somi kat dunia ni sebagai suami isteri :)
sekejap je masa berlalu kan?
padahal 4 tahun banyak pengalaman pahit manis yang haku dengan encik somi lalui
tapi pahit macam takde je hehehe banyak lagi yang manis2 haku rase :)
Alhamdulillah setakat ni kehidupan haku bersama encik somi berjalan lancar
walaupun kami belum dikurniakan rezeki anak tapi banyak lagi rezeki2 yang Allah S.W.T limpahkan pada kami :)
paling penting rezeki ketenangan hidup,jiwa yang damai,suasana yang harmoni
inshaaAllah haku yakin Allah S.W.T telah merancang yang terbaik untuk kehidupan kami suami isteri :)
perancangan dari Allah S.W.T adalah yang terbaik kan :)
so yakin dengan ketetapanNya hidupla kami suami isteri dengan gembira dan aman damai je dari sehari ke sehari :)
tipulah kalau takde gaduh2 kan :)
tapi lebih pada gaduh2 baik je pastu ok balik hahaha ;p
sedangkan lidah lagi tergigit inikan suami isteri
tapi mule2 kawen dulu adelah sehari 2 tak bertegur sapa sebab adela hal2 tak puas hati :)
tapi mane boleh lame2 sebab berdosa kan so berbaik2 la semula hahaha
itu berlaku di awal perkahwinan maklumla nak biase2kan truly perangai masing2 :)
lame2 ape2 je lah janji hari minggu kuar jenjalan hahahaha :)
dah masuk 4 tahun ni dah mula masak dengan perangai masing2 so lebih bertolak ansur,nasihat menasihati,usik mengusik perkara biase dah tu :)
kalau gaduh pun tak sampai seminit dah baik semula heee :)
yang penting jangan sesekali melibatkan orang lain dalam permasalahan hidup kita sebab ia akan membawa kepada permasalahan yang lebih besar itu je prinsip haku :)
so sempena ulangtahun ke 4 kami ni haku tak memikirkan nak sambut yang macam mane tapi adelah xtvt luar yang haku sedang fikirkan hujung minggu ni bersama encik somi :)
itu je dulu nanti haku sambung borak lagi k :)
Semoga perkahwinan haku dengan encik somi berkekalan hingga ke syurga tertinggi :) AMIN3 :)
No comments:
Post a Comment