Saturday, 9 August 2014

PUDING ROTI BAKAR SOS KASTARD SEDAP :)




Semalam haku tak dapat tido
ni mesti kes lewat makan dengan minum sket nescafe susu
encik somi mintak haku buatkan air nescafe tu tapi haku tau kalau haku terminum nescafe susu tu mesti haku tak dapat tido langsung
tu pun haku pakse jugak tido2 ayam
last2 haku bangun awal sket dari azan subuh he he terus masuk dapur buat puding roti bakar sos kastard ni
so elok je azan haku terus masukkan puding dalam oven & biar dia masak then solat subuh
siap semua dapatla breakfast pagi ni puding roti bakar sos kastard yang sedap ni :)
jom tengok gambar2 puding :)
yummeh!!! :)




puding sebelum masuk oven resepinya ialah :

Bahan-bahan

7-8 keping roti
* 500 ml susu segar @ 2 cawan

* 4 sudu besar gula halus
* 2 biji telur
* 1 sudu teh esen vanilla
* 1 sudu kecil serbuk cinnamon
2 sudu besar butter - cairkan
3 sudu besar kismis


Untuk Sos Kastard

1 tin susu cair
1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula

Cara-cara
Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda *. Koyak2kan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.Biarkan terendam dan meresap seketika.
Masukkan separuh kismis dan juga butter cair .Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan.
Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing2)
Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad.

 jenguk sekejap dah menaik puding roti ni tekojot den ;p



siap sudah tunggu sejuk sekejap 




                                            makan dengan sos kastard sedap ok :) cubelah

















No comments: