Thursday, 4 September 2014

SAKIT TEKAK & SELSEMA




Adeh....
gatal pulak tekak haku campur lagi dengan selsema
semalam asyikla terbangun tido pastu langsung tak boleh tido



tapi tak lama sebab haku pakse diri jugak tido sebab badan rase tak sihat nak berjaga lama2
makan hacks sekejap lepas tu terus zzzzzz
pagi ni still lagi tekak kurang selesa n selsema dah makin kurang cuma ade jugak tapi tak kerap tapi still rasa tak sihat sepenuhnya lagi



kene buat air asam lagi ni nampaknya
ade jugak haku buat keje sket tadi tapi asyikla take time yelah kenala memahami keadaan diri kan so slow2 settle



hmm mau makan apakah hari ni????
buat nasi goreng sudah...
kalau rajin bolehla bermuffin pulak :)
tapi peratusan nak bermuffin tu adela dalam 30% je hihihihi
macam tak je kan?
tengok je lah nanti ;p



 semalam janji dengan encik somi malam ni nak kuar ke satu tempat ni
ntah jadi ntah tak tengok je la
kalau ikutkan encik somi tak bagi haku kuar time tak berapa sihat ni tapi pada haku kalau haku keluar haku rasa lagi sihat cuci2 mata window shopping ni kihkihkih ;p
memang dasar perempuan kan? ;0



so kalau wife atau sedara2 pempuan korang stress ke hape bawakla jenjalan mesti boleh ilangkan stress sedikit sebanyak dia heee :)
dalam hal haku bukan kes stress tapi kes dah memang haku suke kuar jalan2 nak buat camne kan??? ;p
agaknye kalau dapat pakej sekali tempat tido jadi je ;p
pastu sambung jalan balik hehehehe



pastu patutla dalam beberapa hari ni mood haku ke laut je rupenye cik p nak datang terjah hari ni ngeeee ;p
eh okla time makan dah tiba marila kita gi makan dulu nanti kita sambung borak lagi k? :)
daaaaaaaaaaa
have a nice day today yaa :)


Malam pulak mood rajin nak buat muffin pandan badam :)
sementara encik somi gi beli kueyteow sup haku pun menyibukkan diri kat dapur :)
jap je buat muffin ni sempatla haku habiskan semangkuk kueyteow sup tu :)
tak sihat2 ni memang supla penawarnye kan :)
berpeluh2 makan




MUFFIN PANDAN BADAM


200g Tepung Gandum
1 1/2 Sudu Kecil Baking Powder.
1/2 Sudu Kecil Soda Bikarbonat
1/2 Sudu Kecil Garam Halus
120gm Gula Castor.


* Ayak bahan2 kering di atas dalam 1 bekas


200ml Santan Kelapa + 5-7 Helai Daun Pandan - dikisar dan ditapis

100ml Minyak
2 Biji Telur - dibuang tali pusatnya
1 Sudu Kecil Pandan Paste
1 Sudu Kecil Pewarna Hijau.


* Satukan bahan2 di atas kacau sebentar dan tuang ke dalam bahan2 kering tadi

* Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius selama 5 minit sebelum masukkan adunan

Senduk adunan ke dalam acuan kemudian tabur badam yang digoreng tanpa minyak.

* Kemudian bakar adunan pada suhu 200 darjah celcius selama 20 minit atau sehingga masak.













































No comments: