Haku kan kalau dah suka sangat2 satu2 drama tu memangla haku akan review habis2 tau :)
K drama yang haku nak cite ni yang tengah ditayangkan sekarang ni kat TV9 setiap hari selasa dengan rabu jam 8.30 malam :)
Drama satu hari ni cerita tentang seorang jejaka bernama Isfahan (Remy
Ishak) yang membawa diri ke Sarajevo kerana dikecewakan oleh isterinya,
Lia (lakonan Rita Rudaini) yang curang dengan sahabat baiknya sendiri,
Moez (Miller Khan). Isfahan berkahwin dengan Lia selama sembilan tahun
dan dikurniakan seorang anak bernama Puteri.
Di Sarajevo
, Isfahan kemudiannya bertemu Sabrina (Sara Ali) seorang pengkaji air
mentah di Sarajevo. Dalam hati yang tidak keruan itu,tidak pernah
terdetik untuk Isfahan menemui cinta baharunya di ibu negara
Bosnia-Herzegovina itu. Keletah comel dan misteri sikap yang dimiliki si
gadis, Sabrina akhirnya membuka pintu hati Isfahan untuk bercinta
kembali.
Namun, dia masih terkenang dengan memori silamnya.
Satu hari, Isfahan terpaksa pulang semula ke tanah air
kerana kematian anaknya, Puteri. Selepas terpaksa pulang semula ke tanah
air, kesetiaan hati Isfahan kemudian diduga apabila Lia kembali menagih
cinta lama selepas diceraikan Moez. Adakah Isfahan kembali menyulam
kenangan lalu atau kekal bersama cinta barunya bersama Sabrina yang
ditinggalkan di Sarajevo? haa gitu jalan cerita dia
Cerita ni pada haku sangat menyegarkan sebab tu haku suke :) mungkin suasana persekitaran dia yang lain bagi kesan kat haku nak tengok lagi dan lagi :) yelah sebab drama ni dah berjaya buat haku ternanti2 setiap selasa dengan rabu so sanggup tak kemana2 selagi belum habis tengok atau keluar lepas habis tonton drama ni gituuuu ;p
Kalau semua drama ada faktor persekitaran yang menarik pada haku mesti akan menarik minat orang nak tengok kan? :) maksud haku tak kisah la persekitaran dalam negara sendiri atau negara luar tapi bonusla kalau ada persekitaran dari luar juga dimasukkan dalam satu2 drama tu :)
Ada pelakon ni orang sarajevo pandai cakap bahasa melayu tau ( Kanita
Belascovic )
Ada 1 ayat yang menarik bagi haku yang diucapkan oleh Remy Ishak atau Isfahan dalam drama ni :
( Percintaan boleh merosakkan persahabatan )
Memang tepat sekali :)
k bye! ;p
P/S : Tetiba tersuka lagu ni :
Alyah -
Sesal Separuh Nyawa :)
Andai pastinya ku tahu
Takkan aku tinggalkanmu
Namun masih keliru teringat masa lalu
Tetap tiada kulupakan
Indah setiap sentuhan
Cinta yang kau tinggalkan
Kekalnya berdampingan
Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang
Masih terasa nafasmu
Lembut menusuk jiwaku
Dengan dihembus bayu
Membawa khabar rindu
Tapi sulit kuteruskan
Engkau jauh kehadapan
Aku, tabah berjalan sembunyikan harapan
Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang
Separuh nyawamu dihati
Separuh lagi kau bawa pergi
Tiada arah jodoh kita
Tuhan tentu… kannya
Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang
lirik kisah silam :) k bye!
No comments:
Post a Comment