Tak sangka encik somi boleh terkena
so jomla tengok kronologi dari mula hingga encik somi sembuh Alhamdulillah :)
16/2/2015 (
hari pertama )
Balik keje
encik somi ngadu mcm demam,haku rasa kepala encik somi terus rasa
panas,just bagi makan ubat panadol je n terus tido berselimut.Esok kalau tak
kebah jugak terus je ke klinik kesihatan.Malam tak lalu makan kalau paksa makan pun just sesudu 2 je boleh makan hmm.So haku jelum2 kepala encik somi bagi turunkan suhu panasnya.
17/2/2015 (
hari ke 2 )
Pagi ni
kami ke klinik kesihatan GR check encik somi sebab demam panas,so lepas daftar
tu terus gi bilik amek darah then jumpa Dr,Dr tengok result terus kata mungkin encik
somi suspek denggi,terawang2 haku rasa time ni,dalam hati tetap menafikan
walaupun Dr kata suspek denggi tapi memang result banyak ke arah tu,huwaaaa.
Dr
terus keluarkan kad merah kad rekod pemantauan pesakit denggi tu.Bacaan suhu
badan encik somi hari ni 39.2 darjah celcius. Memang panas betul,bacaan
platelet time ni 173 masih atas paras normal iaitu 150 – 400.Bacaan tekanan darah
pulak normal 120/80.
Balik rumah
je cepat2 haku buat sup sayur untuk encik somi hirup kan,sup barli pun haku
buat. Terus gi beli 100 plus bagi encik somi minum.
Malam just
jelum je badan encik somi lepas makan ubat yang Dr bagi tu : paracetamol.Memang
panasla haba badan encik somi time ni,ade sekali tu terus lari masuk toilet
muntah keluar kahak kuning kali kedua muntah sekali keluar campur kahak merah
cair terus haku suspen apesal ade cam darah pulak cemas haku,2 kali je encik
somi muntah lepas tu dah tak muntah just rehat je huhu.haku bagi minum air
masak banyak2,minum 100 plus byk2 jugak.
18/2/2015 (
hari ke 3 )
Pagi ni
kami ke klinik kesihatan GR lagi,ramainyela orang check darah.Lepas encik somi
amek darah tu terus gi jumpa Dr untuk rawatan.Bacaan platelet hari ni 166 atas
paras normal lagi ( paras normal 150 – 400 ) alhamdulillah walaupun bacaan
semalam 173 ada penurunan sket,tekanan darah pun ok 120/80 tapi suhu badan
masih panas 39 darjah celcius.
Apa yang haku buat just jelum2 badan encik somi
bagi kurang panas,memang panasla suhu badan encik somi time ni.Risau haku tiap
saat huwaa.
So Dr suruh kami refer ke klinik kesihatan GT esok,tapi kalau ada
tanda2 bahaya jangan ke mana2 klinik tapi terus ke bahagian kecemasan kat
hospital,lagi la cuak bila Dr cakap camtu.
Then kami
pun terus balik,malam encik somi boleh makan sket je,takpela janji makan sket2
dari tak makan langsung kan,minum air kena banyak2,minum 100plus,air isotonik
revive,jus daun betik,sup barli semua minum asal ada selera nak makan kena
makan.
19/2/2015 (
hari ke 4 )
Sepatutnya
hari ni kena gi klinik kesihatan GT atas arahan klinik kesihatan GR tapi dek
ujan lebat sangat kami pun tak jadi keluar rumah,just minum air revive,air 100
plus,air masak,sup barli je banyak2.
Suhu badan encik somi masih panas so haku
just jelum2kan dengan towel basah bagi kurangkan sikit suhu badan,setiap minit
haku buat n haku memang tak boleh tido sangat bila encik somi demam suspek
denggi ni.kejap2 bangun kejap2 bangun terus tak dapat tido lagi just pantau je
keadaan encik somi,kalau bangun ke toilet tu haku pastikan pastu mesti encik
somi top up minum air balik yelah ganti balik air dalam badan kan.Sebanyak mana
keluar sebanyak tu jugak kena masuk balik gitu heee.
Time ni dah nampak ruam2
merah naik kat badan encik somi tapi kat bahagian dalam kulit badan,haku dah suspen time ni.Takuttttt pulak rase so
lepas makan terus bagi makan ubat paracetamol yang Dr bagi semalam.
20/2/2015 (
hari ke 5 )
Pagi2 haku
tengok ada lagi ruam merah kat badan encik somi so hari ni gi klinik kesihatan
GT untuk pertama kali lepas Dr klinik kesihatan GR mintak refer ke sana untuk
check darah,so ke sana la kami kan lepas semalam tak dapat gi ujan lebat
kemain,so suhu bacaan encik somi hari ni 38 darjah celcius still demam panas
melebihi normal iaitu 37 darjah celcius,tekanan darah pun naik iaitu 130/70 (
sistolik : 130 / diastolik : 70 )
Sistolik : Tekanan pada dinding arteri selama fasa detak
jantung ketika kontraksi otot jantung dan memompa darah dari bilik ke dalam
arteri manakala Diastolik : Tekanan pada dinding arteri ketika otot jantung
mengendur dan memungkinkan ruang untuk diisi dengan darah
Lepas jumpa
Dr kami ke makmal tunggu result,jantung haku memang sentiasa berdebar2 je time
ni ngeee,lepas dapat result terus haku tengok bahagian platelet iaitu : 133
alamak turun,adeh! Debar tak ilang lagi terus ajak encik somi gi beli ketam
buat sup.
Haku terus masak sup ketam bagi encik somi makan n hirup kuah dia
banyak2,lain2 pun haku suh je dia minum macam jus daun betik,jus kurma,jus
jambu merah,air revive,air 100plus,air masak semua kena minum banyak2 .
Kali ni haku dah stop jelum encik somi sebab ingatkan
encik somi alergik air sebab tu timbul ruam merah tu,agak2 sendiri je heeee
tapi hati tetap kata tidak n ni mesti sebab kesan denggi ni.
Then ptg haku
ada berbual dengan kawan haku bab ruam merah ni haku risau sebenarnya bila
kawan haku cik farah cakap baik ke hospital segera jangan tunggu lagi terus
haku ajak encik somi gi hospital tanya pasal ruam2 merah ni.
Masuk je kawasan
hospital haku rasa lega sket hehehe psyco betul,yelah sekurang2nya ada Dr2 n
Nurse2 kat sini dorang tahu nak buat ape kan ,then terusla daftar ada nurse kat situ check suhu
badan encik somi eh suhu badan dah turun ke 36.9 darjah celcius.. cepat pulak
turun kira dah normal suhu badan encik somi pastu terus masuk ke bilik lokum tu
bilik no 20 untuk Dr buat pemeriksaan lepas daftar semua,Dr pun muda lagi terus
panggil encik somi pakcik heeee .
Lepas makan
sup ketam tu encik somi cakap dia rasa lain,dah tak pening,panas pun dah kurang
n tak hanyut rase.
Lepas je Dr
tu periksa,katanya ruam2 merah ni memang akan ada selalunya kat pesakit denggi
tapi selagi takde kesan bahaya consider ok dan berada pada fasa pemulihan,so
tanda2 bahaya ada tertulis kat kad merah tu :
TANDA2
BAHAYA PENYAKIT DENGGI :
1.
KERAP
MUNTAH ( 3 KALI SEHARI )
2.
SAKIT PERUT
3.
PENING @
RASA GELISAH
4.
PUCAT @
RASA YANG SEJUK BILA KULIT DISENTUH
5.
SESAK NAFAS
6.
PENDARAHAN
: TANDA @ TOMPOK MERAH PADA KULIT
7.
PENDARAHAN
: PADA HIDUNG @ GUSI
8.
PENDARAHAN
: MUNTAH DARAH
9.
PENDARAHAN
: NAJIS BERWARNA HITAM
10. PENDARAHAN : HAID YANG BANYAK @ PENDARAHAN DARI FARAJ
PENJAGAAN PESAKIT DENGGI DI RUMAH :
1.
BEREHAT
SECUKUPNYA
2.
BANYAK
MINUM CECAIR SEPERTI SUSU,JUS BUAH2AN,MINUMAN ISOTONIK DAN AIR BARLI ( MINUM
MELEBIHI 5 GELAS ). MINUM AIR KOSONG SAJA TIDAK MENCUKUPI.
3.
MAKAN UBAT
DEMAM SEPERTI PARACETAMOL MENGIKUT NASIHAT DR.
4.
SPONGE @
LAP BADAN DENGAN KAIN BASAH BAGI MENGURANGKAN SUHU BADAN.
5.
JIKA BOLEH
GUNA UBAT NYAMUK @ KELAMBU UNTUK MENGELAK GIGITAN NYAMUK.
6.
CARI DAN
MUSNAHKAN TEMPAT2 PEMBIAKAN JENTIK2 NYAMUK AEDES DI DALAM DAN DI LUAR RUMAH.
ELAK :
1.
JANGAN
AMBIL UBAT TAHAN SAKIT SEPERTI ASPIRIN,MEFENAMIC ACID ( PONSTAN ) @ STEROID.
2.
TIDAK PERLU
AMBIL ANTIBIOTIK.
Ok lepas je
Dr kata tak kena masuk ward kami pun balik rumah semula,lega betul kalau tak
risau je haku sebab haku dah packing beg
baju kalau2 Dr suruh masuk ward . Yelah bila risau memang semua nak get ready kan.
Balik rumah
malam terus sambung hirup sup ketam tu dengan minum jus daun betik,bukan jus la tapi pati
dia terus heeeeee 1 sudu besar.
Malam terus
tido pakai kelambu ,baru nyenyak tido aman damai je tapi adela sekor nyamuk kecik tersesat masuk dek
kerana geram haku terus tepuk bagi kiok ;p.Encik somi pun selesa je haku tengok
dia tido tak payah lagi selimut bagai.Rimas! ;p
21/2/2015 (
hari ke 6 )
Hari ni encik somi kena gi klinik kesihatan GT untuk check
darah lagi so bersiapla kami bertolak ke klinik tu lepas makan pagi iaitu
nasi,telur goreng,sup ketam dan jus daun betik sebagai makan pagi kami ,dah kenyang mohle kita
ke klinik tu.
Sampai je kat klinik ada nurse kat depan pintu masuk klinik akan
check bacaan suhu badan pesakit yang nak dapatkan rawatan kat situ,sementara
encik somi diambil bacaan suhu badan dia haku lak masuk dalam amek no sebab ni
kali kedua kami datang klinik GT ni so lepas amek no haku pun ke depan pintu
utama tu semula,nurse catat bacaan suhu badan encik somi dah normal iaitu 37
darjah celcius ,alhamdulillah demam dah ok nurse tu tanya encik somi sebelum
dtg makan ubat ke?
padahal makan sup ketam dengan jus daun betik buat sendiri tu je heeee so
proceed masuk dalam tunggu no dipanggil kemudian ke bilik amek darah pulak
iaitu dinamakan bilik E.
Lepas amek darah tu terus kami gi hantar tiub yang ada
darah tadi ke makmal untuk diperiksa bacaan dia,so tunggula kami kat depan
makmal tu dengan hati yang berdebar2 macam nak amek keputusan peperiksaan hehe
haku le tu ;p.
Lepas je dapat bacaan tu terus haku tgk bacaan platelet
encik somi iaitu 151,alhamdulillah bacaan platelet dah naik ke paras normal (
150 – 400 ),naik tak banyakkan? Tapi asal melebihi normal tu alhamdulillah la
bagi haku boleh rasa lega sket la kan so kena gigih lagi bagi bacaan naik lagi
tinggi.Bacaan BP ( Tekanan Darah ) juga normal alhamdulillah .
Kemudian lepas dapat result tu kena gi jumpa Dr lak kat
bilik no 8 tu,Dr N perempuan la kan ,kali
ni haku masuk sekali sebab haku nak tanya beberapa kemusykilan ,masa kami masuk tu ada
pesakit denggi jugak lelaki bagi result dia kat Dr haku curi2 tgk result lelaki
tu kat bahagian platelet toingggg platelet lelaki tu 10 saje,terus Dr tu kata
dia kena masuk ward nanti ambulan gi hantar maybe dah berlaku pendarahan
dalaman,tapi haku tgk lelaki tu macam normal je,yelah luaran nampak ok dalaman?
Ya Allah selamatkan la semua pesakit denggi,memang ramai betul yang check darah
kat situ disebabkan nyamuk kecik tu je adeh!.kecil2 cili api betul.
Ok lepas tinggal kami je ngan Dr tu haku tanyela kenapa
badan encik somi ada bintik2 merah ataupun dikatakan ruam2 merah,Dr tu kata
pesakit denggi memang akan ada ruam2 merah tu samada dia akan ok atau
sebaliknya,kalau takde tanda2 bahaya macam tercatat kat kad merah tu consider
pesakit makin pulih kalau sebaliknya ia akan jadi bahaya,alhamdulillah encik
somi consider ke arah pemulihan amin. Cepatla sembuh kan.
Lepas tu Dr suruh datang lagi check darah esok,so ok lah
balikla kami tapi tak terus balik sebaliknya ke mall hehe katenye nak exercise
kan lepas demam beberapa hari
siap gi makan kat marrybrown lagi tu ,ingat
nak balik petang sekali jam 2 petang dah nak balik rehat ,duduk rumah lagi best
rupenye ;p,so
mohle kita balik ke pangkal jalan ;p.
Then duduk rumah macam biasa mesti minum air banyak2 every
20-30 minit,kalau masuk toilet buang air lepas tu mesti kena top up minum balik
sebab virus denggi akan keluar melalui air kencing.kerap buang air kecil adalah
bagus tapi letihla kan nak ulang alik gi toilet je.
Letih jugak asyik nak minum
air je heee,haku bagi bercawan2 kat encik somi yang mana cawan kecil la, ada
air jus kurma,air revive,air masak,air 100 plus dan air jambu merah.
Malam ni mesti hirup sup ketam lagi.Time tido suhu kepala
encik somi dah tak panas tapi haku masih rasa macam haba dari badan beliau tapi
suam2 manja gitu je,mungkin yelah belum sembuh sepenuhnya lagi kan.
22/2/2015 (
hari ke 7 )
Pagi ni
kami breakfast nasi dengan sup ketam dan jugak encik somi minum jus daun pati
betik,bagi encik somi minum 100plus,jus kurma dengan jus jambu merah jugak,haku
check jugak ruam2 merah kat badan beliau nampak macam dah kurang
alhamdulillah,then lepas makan kami pun bersiap gi klinik kesihatan GT.
tgh meratah n hirup sup ketam :)
tgh meratah n hirup sup ketam :)
Sampai je
kat klinik tu masih awal lagi orang pun tak berapa ramai tapi ade je baru
sampai,hari minggu pun staff2 klinik keje kan memang kagum ,yelah kalau tutup susah nanti pesakit2 yang nak
dapatkan rawatan harian kan,so sampai2 je terus nurse depan pintu masuk utama
tu amek suhu badan encik somi sementara haku masuk dalam amek no dulu then ke
depan balik bagi no kat nurse tu,1 bagi kat nurse 1 lagi haku pegang,then lepas
catat suhu badan encik somi 37 darjah celcius alhamdulillah sushu normal kami
pun ke dalam ke bilik E iaitu bilik amek darah,then lepas amek darah terus ke
makmal pulak nak dapatkan result darah,time ni macam biasa jantung haku dup dap
jugakla .
So bila result keluar encik somi gi amek haku perati je dengan harapan
dapat keputusan yang ok sangat2,bila haku tengok je platelet encik somi
148,bawah sket je dari paras normal 150-400 tu terus rasa risau sket tapi masih
lagi dalam keadaan ok so marila kita ke tesco beli ketam lagi .
Oh ye time
ni bilangan sel darah putih meningkat sket iaitu 5 lebih kalau normal 8-15.so
kurang sket mungkin disebabkan denggi ni la kan.Sel darah putih kan penting
dalam melawan virus atau bakteria dalam badan.
So sampai
je kat tesco kami ke bahagian makanan basah cari ketam,sebelum tu yang
kelakarnya time haku masuk dalam tesco tu tetibe haku blur sebenarnye nak beli
ape eh terus tanye encik somi ‘eh bang kita nak beli ape eh tadi?’ hehehe
;p,punyela banyak benda haku nak fikir sampai kadang2 termiss ape yang haku dah
terfikir awalnye ;p so ketam nipah takde jugak tapi ade ketam bunga je,ketam
bunga pun ok la kan dari takde ,kemudian haku amek buah kiwi jugak,beli bayam bagus jugak untuk tambah
darah dan top up 100 plus dengan revive tu.Lepas beli kami pun balikla nak
masak sup ketam lagi .
Kali ni
haku masak sup ketam buat style rebus lak tak pakai minyak,just isi air dalam
periuk,masukkan hirisan bawang merah,bawang putih,halia dengan bunga
cengkih,kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga,sos tiram dan jugak
garam.pastu baru masukkan ketam bunga tu,rebus macam tu je,tapi rupenye encik
somi suke sup ketam yang haku masak hari tu hehe ok lah next time kita masak
style hari tu,yang hari ni punye masak sila habiskan dulu ;p.
Hari tu kan
haku belah 2 ketam tu,then haku tumis bawang merah,bawang putih,halia,kulit
kayu manis,bunga lawang,buah pelaga,then baru masukkan air,pastu masukkan ketam
yang dah dibelah 2 tu,pastu masukkan sos tiram,garam,sayur2an semua tu,agaknya
tu yang sedapkan .
Siap masak
semua haku gi amek 2 helai daun betik nak buat jus,kali ni haku rebus lak cube
je la kan.
Pastu
banyak kali jugak encik somi ulang alik masuk toilet buang air kecil,bagus la
kan,lepas buang mari kita top up balik air tu ,bagi 1 cwn kecik 100plus,1 cwn kecik air revive,1 cwn
kecik jus kurma,1 cwn kecik jus buah jambu merah dan 2 cwn kecik air masak .
Sampai suatu ketika encik somi cakap dah tak larat
nak minum perut pun dah kembung dengan air katenye hehehehe tapi nak tak nak
kenala minum kan ganti balik ;p tapi slow2 la minum asal minum bagi habis ok la
kan.
Time haku
taip ni dah petang encik somi tido tadi,haku pun macam nak tido yelah letih
buat banyak perkara kan tapi sabar je kan dugaan .Harap2 cepatla encik somi sembuh sesembuhnya ;) (
sesembuhnya??? Erkkk ;p )
So esok ade
lagi kene gi klinik kesihatan tapi bukan ke GT sebab Dr klinik kesihatan GT
suruh gi klinik kesihatan GR semula iaitu klinik awal2 encik somi dapat rawatan
tu,lebih dekat dengan umah,kalau klinik kesihatan GT agak jauh dari umah tapi
dekat dengan hospital besar.
So keadaan
encik somi masa ni normal dah cuma kena maintain minum air banyak2 je kan bagi
platelet naik semula sebab turun sket je dari paras normal harap2 makin naikla
bacaan platelet kan.Mcm biase sup ketam,jus daun betik,jus kurma,jus buah jambu
merah,air revive tu dengan 100plus tu kena la maintain makan n minum kan.
Tapi setiap
kali ulang alik masuk keluar toilet haku mmg pastikan beliau minum top up balik
sampai haku rasa kang haku yang minum air2 ni semua kang haaa gitu kene sabar
bile disuruh minum hahahaha ;p
23/2/2015 (
hari ke 8 )
Hari ni lepas subuh tido balik haha haku mmg mengantuk
bangat pastu baru bangun buat breakfast nasi goreng,buah kiwi dengan telur
goreng,air lak buat teh o panas tapi encik somi minum air masak dengan 100plus .
Then buang sampah jap
baru bertolak ke klinik kesihatan GR nak check darah encik somi.Hari ni
platelet encik somi 135 bawah paras normal lagi 150-400 tu,haku kecewa sket
sebab semalam encik somi mengelat nak minum air byk2 haha,memang letih nak
suruh minum byk kali kan? Tapi nak buat camne kene jugak minum sebab banyak
kali masuk toilet terkucil huhu.
Haku rase encik somi mesti nak termuntah bila
dengar perkataan air hehehe sebab bila kena denggi ni memang airla jadi sumber
untuk naikkan platelet darah di samping makanan2 lain.So nak tak nak memang
kena banyak minum.
Lepas jumpa Dr kali ni encik somi masuk sorang sebab haku
tgh nak tenangkan diri kat luar jap sambil tengok ramainya baby2 kecil baru
lahir,sempena cny hehe alolololo tomei2nya geram tgk ,harap adala rezeki haku
dengan encik somi nanti2kan .Amin.
Then balik umah jap rehat petang sket keluar ke mydin nak
top up ketam,100plus,bayam dengan barang2 dapur sket.Dah encik somi kene makan
ketam haku kenala makan benda lainkan ,so
belila ayam .
Then
balik terus buat sup ketam,goreng ayam,sayur bayam karet sebagai makan malam
kami .Encik
somi siap hirup kuah ketam tu yelah baguskan untuk naikkan platelet darah.Haku
cari jugak ketam nipah tadi tapi takde lak,banyak ketam bunga jek,ketam bunga
pun ketam bungalah so
belila untuk sehari setengah gitu ;p.
Memang encik somi kerap betul keluar masuk toilet,bagusla
kan harap2 esok platelet terus naik mendadak n tak perlu lagi kami datang
klinik setiap hari adeh.
Tadi haku tengok ruam2 merah kat badan encik somi mcm
dah bersih dah tak nampak ketara sangat masa hari2 sebelum ni kalau tak ruam
menyala2 merahnya,takut haku.Harap semua kisah denggi ni segerala berakhir dan
encik somi sihat sepenuhnya amin.
24/2/2015 (
hari ke 9 )
Pagi ni
kami breakfast nasi,sup ketam,sayur bayam,lepas makan kenyang2 baru bertolak ke
klinik kesihatan GR,sampai2 je macam biase ramai betul orang,so tunggu jap amek
no sebelum ke bilik amek darah,macam biase jugak jantung haku dup dap dup dap
time ni adeh,so bila encik somi amek kad dan result terus tunjuk kat
haku,dengan agak cuak haku pun tengok result encik somi platelet encik somi
naik ke 170 Alhamdulillah atas paras normal 150-400 ,terus lega yang amat ,kemudian gi jumpa Dr haku masuk sekali sebab ade sket
haku nak tanya,pasal adakah normal encik somi kerap ke toilet buang air atau
tak,so Dr tu kata lagi banyak buang air lagi bagus lagi2 dah banyak minum air
kan .
Kemudian Dr tanya dah baik demam dah berapa hari so 3
hari la kan kemudian Dr tanya sket sebanyak terus Dr tu kata ok esok dah tak
yah datang amek darah dah n tak yah datang dah boleh discharge .
Keluar je dari bilik Dr tu haku tersenyum sket sebab
haku lega rasenye tak payah datang ke klinik banyak kali.
So walaupun
encik somi dah baik haku tetap akan masak sup ketam lagi n suruh beliau minum
air masak banyak2.Mungkin dalam seminggu macam tu yelah baru
baikkan.Alhamdulillah.
kehidupan haku dari encik somi mula kena demam denggi sampai sembuh memang huru hara,kena banyak2 bersabar sebab haku memang nak encik somi cepat sembuh.
Macam2 petua haku cuba tapi yang terbaik selain minum air banyak2 tapi air isotonikla kan macam air 100plus dan air revive,haku syorkan masakla sup ketam hirup dan makan byk2 dan pucuk daun betik tu buat pati ( haku tumbuk2 je pastu perah pati dia ) n minum 1 sudu,memang pahit tapi nak sembuhkan kenela telan jugak :).
Selain tu boleh cuba air kelapa ni jiran haku yang kena bagitahu tapi encik somi dah sembuh so haku tak beli pun.
So 100 plus tu jumlah botol yang digunakan 8 & air revive 3 botol dari mula hingga encik somi sembuh.
Tips tido pakaila kelambu kan nak elak dari digigit nyamuk,pakai baju lengan panjang sebab nyamuk memang suka bau ori badan manusia.
Time nyamuk aedes aktif ialah seawal pagi dan senja,time ni kenela elak dari duduk di luar n tutup tingkap semua.
Haku beli ubat nyamuk elektrik tu so bila maghrib haku terus pasang.
Bagi yang masih ada family atau kenalan yang terkena demam denggi ni selain cepat jumpa dr bolehla cuba tips yang haku bagi tu iaitu hirup n makan sup ketam dan buat jus daun betik tu.
Antara yang haku bagi encik somi makan,haku susun yang paling penting ke yang tak berapa penting tapi boleh cuba jugakkan :
1. AIR MASAK <----NI WAJIB
2. SUP KETAM
3. PATI DAUN BETIK
4. 100PLUS
5. AIR REVIVE
6. BAYAM
7. JUS KURMA
8. JUS JAMBU MERAH
9. BUAH KIWI
10. SUP BARLI
10. SUP BARLI
*BOLEH CUBA AIR KELAPA,JUS PEGAGA & TEMBIKAI MERAH JUGAK
Kalau boleh elak pakai baju warna gelap sebab nyamuk memang suka tempat2 gelap so pakaila baju warna cerah dengan lengan panjang :)
Hmm kalau pakai baju cerah senang nak nampak nyamuk kan bolehla bagi penampar sedas 2 hehehe :)
Hmm kalau pakai baju cerah senang nak nampak nyamuk kan bolehla bagi penampar sedas 2 hehehe :)
No comments:
Post a Comment