Friday, 22 May 2015

SANDWICH ROTI DAGING BUAT SENDIRI :)




 Hai korang
apa khabar korang hari jumaat hari ni?
haku harap semua berada dalam keadaan terbaikla kan :)
haku kat sini ewah macam taip surat lak :)


haku macam biasa ok je macam selalu alhamdulillah :)
cuma suara ada serak2 sket maklumla asyik melantak air ais tak hinggat ;p
padanla muka haku ;p
haku kalau banyak minum ais sejuk atau air berais pastu tak lama dalam beberapa hari mesti suara bertukar serak & ada batuk2 anje gitu :)

( skrg ni minum air asam suam2 je bg ok sket
hmm haku cubela lepas ni tak nak layan air sejuk lagi
minum je air biasa,air suam atau air panas sudah :)




Semalam haku cakap dengan encik somi nanti bulan depan amek cuti dalam 4 hari hahaha
sebab tetibe gatal kaki lak nak bertravelling
tapi tak pasti nak kemana pulak
sebab haku rasa macam nak berjalan tapi tak stay 1 tempat la
tengokla camne nanti
usha jap tempat yang best2 :)
yelah sebelum puasa nak berjalan kejap nanti dah puasa fokus ramadan lak kan :)
nanti family haku semua nak turun ke rumah haku
sebab ada kenduri sepupu abah haku anak dia kawen dengan majlis akikah cucu kawan mak haku
dah lama abah haku tak jumpa sepupu dia ni
kira anak sepupu abah haku ni sepupu haku la jugakkan tapi haku pun tak kenal
gituuuuu
kalau selisih langsung la kan tak kenal
kesian betul ;p
haku rasa sesekali kena jejak keturunan & buat majlis perjumpaan besar besaran kan
so dapatla berkenal2 semua :)




hmm haku sekarang ni malas tol la nak kemas2 umah hahahaha
ni bila mood nak mengemas takde hahaa
so haku kena mula sket2 la kan :)
supaya mood mengemas haku datang slow2 hahahaha :)
gitu....:p
k lah nanti kita borak lagi ade urusan jap
zzzzz ;p
kejap je heeee






ni menu makan malam kami semalam hahahaha
sandwich roti burger daging bertingket ;p
sesuke jek
tu pun kenyang 
alhamdulillah :)



Lunch hari ni dek kerana nasi masak siang kemarin ade lagi so malas nak fikir banyak2 terus decide buat nasi goreng je heeee ;p
bukak peti ais ade potongan ayam besar sket ok cantik boleh bakar ala2 bbq gitu tapi idakle bbq sebab haku nak ringkas tapi sedap hehe ;p
so inila menu lunch kami :)





Nasi goreng ni haku namakan dia NASI GORENG FLORA FAUNA :)
mane nak dapat nasi goreng macam ni haha kat umah haku je ;p
idea spontan je ni
so bahan2 dia sangatla mudah :

1. tumis 2,3 hirisan cili padi pakai butter
2. pastu masukkan lebihan sambal ikan bilis <---- ni baki sambal ikan bilis haku masak siang kemarin tu ade sket lagi so campak je dalam kuali heee ;p
3. kacau2 jap pastu masukkan lebihan nasik putih tu
4. pastu masukkan kicap manis sket
5.  garam sket jek sebab sambal ikan bilis tu kan dah ade garam sebab dah masakkan
6. hirisan kobis sket,ingat nak letak sawi tapi rupenye dah ilek hehe kobis pun kobisla :)



* verdict??

sangatla sedapppppp wehhhh
hahahaha
ok haku fikir lagi ringkas sesuatu masakkan tu kesedapan dia semakin tinggi
hahaha :)
tapi bergantung kepada cara dan rasa masakan tersebut
ewah :)






nasi goreng makan dengan ayam bakar :)


Bila malam mana baki isi ayam ni tak habis haku perisikan sekali dengan hirisan tomato,hirisan salad,telur kacau then masukkan sos cili dengan mayonis makan dengan roti
kenyang alhamdulillah :)





simple dan mengenyangkan,mudah ringkas kejap je licin hehehe :)





Lepas tu kan korang dekat jam 1 pagi tetibe datang mood nak buat muffin haha
encik somi tanya nak gi mana tu?
heran dia dekat jam 1 pagi masuk dapur ;0
kalau mood rajin tu tak kira masa datang memang layan je la haha
so bolehla buat breakfast pagi esok :)





dekat jam 1 pagi siap adunan nak masuk dalam oven :)
cakap dekat encik somi kejap je nak buat muffin tu
sebab ape kejap?
haku tak tengok pun sukatan2 ni hihi ;p
sebab ni sukati haku je tuang2 tu campur2 ni tambah2 tu kacau2 ni
pastu siap tuang dalam bekas muffin tu heeee
haku agak2 je adunan dia tu
so verdict?
lembut & layannnn :)
sedap lagi kalau dapat makan dengan aiskrim hehe
tapi tekak tak berapa nak sihat lagi
so no eskem2 ok this time  :)




my muffin rainbow hehe :)
lembut je :)
layannnnn
ni kalau celup coklat lagi marbeles la kot kan :)
leh try tapi kena buat size kecik sket hehe :)
next try :)


siap semua jam 3 pagi lebih ngeeeee ;p
















No comments: