Alhamdulillah :)
Hari ni genapla 5 tahun usia perkahwinan kami :)
Orang kata tahun pertama perkahwinan yang menentukan kukuh atau tidak setelah termeterainya sesuatu ikatan yang sah disisi islam kan :)
Tipulah kalau haku kata sepanjang perkahwinan kami takde langsung cabaran dan rintangan kan :)
Samada ianya berpunca dari haku atau encik somi
Dekat sinila kita akan cuba memahami sikap pasangan masing2 walaupun kadang2 sukar
Tapi 2 perkara yang haku pasti untuk memastikan rumahtangga tidak musnah
Pertama : Jangan sesekali kita menceritakan masalah rumahtangga kita kepada sesiapa sahaja termasuk ahli keluarga
Ya ahli keluarga ( ini cara haku ok,masing2 cara :) )
Setiap hari kita kena menerapkan elemen positif dalam rumahtangga walaupun sedalam mana masalah yang melanda
* ye jiwa kena kental dan tabah walaupun kita rasa macam nak angkat kaki lari dari rumah hahahaha ;p
Kedua : Bertolak ansur
Sangat penting bertolak ansur walaupun kadang2 kita rasa pendapat dan idea kita adalah yang terbaik
Dalam hal begini masing2 kena duduk berbincang walaupun mulanya perbincangan dalam suasana yang panas hahahaha :)
Kena teruskan perbincangan sampai kita menemui jalan penyelesaiannya :)
Selepas itu pandai2lah masing2 nak minta maaf ke nak merajuk ke nak menangis ke :)
Percayalah selepas itu suasana akan tenang dan kembali normal seperti biasa
Bahkan kita akan semakin memahami kehendak pasangan dan semakin bertolak ansur :)
Percayalah :)
Doaku semoga ikatan perkahwinan kami kekal hingga ke jannah walaupun haku akui hari2 mendatang pasti akan ada cabaran dan dugaan yang akan menduga sesebuah perkahwinan :
)
Kepada suamiku Aminulhakim sayang sangat menghargai ape yang abang lakukan untuk keluarga kecil kita
Walaupun kita masih lagi diuji dengan belum dikurniakan rezeki anak tapi itu bukan penghalang untuk kita menjalani hidup dengan gembira dan positif
Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita :)
Insyaallah semoga kita akan dikurniakan jugak anak2 yang sihat,comel dan bijak suatu hari nanti :)
Amin :)
No comments:
Post a Comment