Hai korang :)
Cane pose setakat hari ni?
Dah nak masuk peringkat pertengahan dah ni :)
Semangat berpuasa masih ada atau semakin menurun? ;0
Haku? ;0
Kadang2 menaik kadang2 menurun heee
Tapi kenela sedar diri kan sebab semakin nak menghampiri syawal semakin kene giat menambah amal ibadah semua tu
sebulan dalam 11 bulan je kan ramadan ni
banyak hikmah pulak tu
rugila tak rebut
gitu :)
Ok lah pagi tadi haku sahur dengan encik somi menu sambal ikan keli dengan sayur labu masak air pati ayam knorr hehe
name resepi tak nak kalah lak tu ;p
bangun pun lagi 20 minit nak imsak hahaha
memang dah menepati ciri2 melewatkan sahur tu :)
ok la kan? hehe
semalam haku teraweh kat masjid A.K.K
Tengok dari luar haku tak nampak pun jemaah wanita
rupanya ruang untuk jemaah wanita sebelah belakang ruang jemaah lelaki
patutla tak nampak ;0
tu pun sket lagi nak gerak ke masjid lain hehe
tapi ajak encik somi teman ke ruang belakang tu
yelah tepi2 tu kan ade jemaah lelaki
ai is segan hahahaha ;p
pastu ade pakcik jemaah sorang tu tunjuk arah ke ruang belakang tu
so haku pun gi tengok2 ade la ramai gak jemaah wanita
ke dorang datang awal atau haku datang lewat? heeeee ;0
jemaah wanita dalam tu haku tengok macam bukan orang melayu jati je
erkk pastu mulela haku memikir bukan2
dorang ni betul ke jemaah manusia atau errrrrr ;p
gitu sampai ke situ haku fikir kan ;0
yelah masjid tu pun dah lama sangat kan
dekat tempat jauh dari penempatan lak tu
so lepas makcik tu tanye haku dari mane
pastu salam2 dengan dorang lebih kurang terus ambil tempat solat sunat tahiyatul masjid
so masjid ni dorang buat 20 rakaat n 3 salam
pastu terus haku gerak balik walaupun ade niat nak menyinggah kedai makan hehehe :)
takpe nanti2 je ;p
So hari ni haku tak pasti nak masak menu apelak
ke nak ke bazar ramadan je?
ke nak berbuka kat luar je?
ishh buntu2 (tarik2 rambut) ;0
nantilah sebab haku tengah tunggu posmen ni
mane la sebab haku tengah tunggu beg raya haku ni hahahahaha ;p
baju raya?
hmmmmmm baju2 dulu dah byk patut ke beli lagi?
kalau tengok pakaian fatimah anak rasulullah siap tampal2 lagi kan
kita kalau tampal nak ke pakai?
hmmmmmmmm
begitula kita manusia sekarang ni tak cukup dengan selai 2 baju ;0
k lah stop jap nanti sambung borak lagi ye
malam ni plan nak ke masjid seterusnya lak
disebabkan teraweh boleh je ke lain2 masjid kan
hari2 biasa harap nak ke banyak2 masjid mcm tu hehe :)
insaf jap :)
Oh ye tetibe teringat pesanan dari chef ammar
alah yang terkenal dengan ayat 'suke tak suke tak mestila suke' tuuu :)
kalau korang tengok rancangan tv masakan haa adela chef ammar tu :)
Beliau gitau haku tadi..gituu ;p
( kalau nak habiskan khatam Al Quran dalam sebulan,setiap kali lepas solat fardhu bacela 5 helaian Al Quran tu )
Ok ni kate haku lak :)
Bila korang baca Al Quran tu korang fahamkanla maksudnya
Sebab korang akan jumpa pesanan2 kehidupan dalam tu
Haku baca tafsir quran je sebab nak faham maksud dia
Pastu haku berangan ni :)
Berangan je dulu kan huwaaa ntah boleh ke tak ni hehehe
Haku suatu hari nanti dapat hafal 1 Al Quran ni :)
Amin..
Hmm mungkin kene amalkan makan makanan sunnah bagi kuat ingatan ke kan :)
Kismis ke,kurma ke,susu ke err lain2 lagi nanti cari lagi :)
hmm nak kene fikir pasal buat kueh raya lak ni nampaknye ;0
cari resepi sedap2 jap
hehe
cari resepi sedap2 jap
hehe
No comments:
Post a Comment