Tuesday, 10 November 2015

TRIP KE TAMAN REKREASI GUNUNG LANG :)




Kisah semalam :)
Pagi2 bangun tido terus semangat laju2 bersiap ajak encik somi jalan2 tanpa tujuan hahaha ;p
Kalau tak jangan harap nak berpagi2 bangun bersiap kan ;p
So destinasi tanpa tujuan kami yang pertama adalah ke Taman Rekreasi Gunung Lang :)
Dah lama haku usha tempat ni sebab dah ramai pergi kan
Best ke? ape je ade situ? so mari kita usha tengok :)



masuk2 je taman tu korang akan nampak signboard besar punye kat atas tu :)
confirm tak sesat hehe :)


Masa kami sampai tu matahari dah semakin meninggi so digalakkan korang pakaila payung atau topi untuk mengelak dari kepanasan sebab ramai je haku tengok pengunjung bawak payung atau hmm mungkin kerap hujan sekarang ni kan so sediakan payung sebelum hujan :)

 

Ye la sangat padahal haku payung pun tak bawak pastu encik somi topi pun tak pakai yang bawak cuma bekalan makanan je hehehehe nampak sangat makanan is number 1 ;p
lepas tu mulela encik somi cakap kepeningan ha ha ha ;p



 nanti korang naik bot ni nak ke pulau sebelah sana
sekejap je pun bedesup dah sampai hahaha
nak je haku suruh bot ni pusing 10 kali sebab tak puas tengok pemandangan sekeliling ;p 
so tiket naik bot ni bayo la RM1.50 sorang
dalam kolam tu tepi nak naik bot ni ade ikan besar2
so ade jugak makanan ikan tak silap haku sepeket RM1
so belila demi menggemukkan ikan2 kat situ yang sedia gemuk ;p




kemudian ape je ade kat pulau sebelah sana tu?
mulanya haku dengan encik somi nak jalan2 kawasan sekitar je
manela tahu kena beli tiket
ingat naik bot tu pusing2 je so sape tak nak naik bot bolehla jalan2 
tapi ape je ade kat situ?
rupenye memang kene beli tiket pun sebab ramai je pengunjung beli tiket nak ke pulau sebelah sana tu ;p
so kami patahla balik ke tempat jual tiket tu ;p
confident je awal tadi cakap kat akak jual tiket kami tak nak naik bot just nak jalan2 je
akak tu pun sengih je heeee ;p
sempat je gi beli mi kari dengan laksa dan jugak milo ais sementara tunggu bot sampai ;p
kedai jual makanan pun 1 je dengan kedai souvenir
hmm rasenye patut kene bina kedai makan kat situ kan
baru la best lepak2 order2 hehe :)
sambil makan sambil tengok karenah pengunjung dan kawasan sekitar
rilek je la layan makan tak berebut naik bot pun walaupun haku tengok dorang tak sabar2 nak naik bot hehe yang penting haku dengan encik somi habiskan dulu makanan kami ;p
ewah ;p



ade kancil dengan burung unta sedia menanti kedatangan anda kat pulau sebelah sana tu  :)
tapi haku tak berapa nak layan cuma encik somi la gi jumpa rakan beliau jap sang kancil tu ;p
haku tak sabo je nak pusing2 kat situ tengok ape de
tapi pendapat haku la tempat ni boleh di upgrade lagi kot supaya lebih menarik :)
so so je bagi haku
so rasenye kalau pun haku datang kali kedua dengan family maybe haku akan bawak tikar atau bantal sebab kat situ ade macam rumah boleh lepak2 tido2 makan2 ;p
mungkin boleh bawak raket badminton untuk isi masa lapang atau bawak bola untuk budak2 main kalau tak bosan je takde ape sangat 
nak sembang dengan burung unta ngan sang kancil kang tak faham pula kihkihkih ;p



mungkin jugak haku akan bawak nasi lemak dan makanan pilihan ke situ so sambil lepak sambil makan2 ewahhhhhhhhh ;p
tu kalau berhajat nak rilek2 la kat umah tu kan :)
kalau tak bolehla cepat2 beredar naik bot balik ke pangkal jalan ;p



 masa jalan2 tu haku ternampak kawasan ni
tetibe haku terbayangkan kalaulah pokok2 sebelah kiri dengan kanan tu daun dia warna warni kan :)
confirm macam winter sonata atau musim bunga
pastu tengah2 jalan tu berguguran daun2 menguning musim luruh
barula cantik nak berpoyosing ;p
ewah imaginasi sangat ;p
tapi haku tak nafikan sape2 kaki selfie tu memang boleh je buat ratusan selfie kat sini
haku ni selfie ikut mood je heeeeee ;p
padanla payung tak bawak topi pun tak bawak
datang tengah2 matahari meninggi memangla mood ke laut
makanan je pemujuk hati heeee ;p 




ni lak menara tinjau
adela haku tengok beberapa orang naik atas tu
tapi haku dengan encik somi tak naikla
ape je nak tengok?
hahahaha
so pusing2la kami sekitar tu
pastu terus mengejar bot yang dah sampai nak ke seberang sana
misi kami nak balik hahahaha
sebab nak merayap ke tempat lain pulak
tapi tak pasti nak ke mana
last2 kami ke sini ;p


best jugak kat sini sebab ade macam2
jalan2 sampai sakit kaki ;p padan muka
mane taknye ade tempat favourite haku macam mr diy,daiso,kaison hehe
ish best pulak tapi poket lak tak berapa nak best time ni ;p
tapi memang best kat sini sampai kaki sakitla berjalan ;p
sempat encik somi layan tido jap sebelum sambung jalan heeee
surau pun ade
pastu ade hati lak tu nak repeat datang sini ;p
sampai umah pun dah dekat nak maghrib hehe


so inila kisah hari semalam jalan2 tanpa tujuan ;p
gambar2 haku google je sebab same je pemandangan dia :)
k lah benti menaip sebab mengantuk sangat dah ni
keletihan seharian berjalan
ni lak asyik dengar bunyi mercun
oh esok deepavali rupenye

happy deepavali pada kaum india yang menyambutnya :)
deepavali vanakam :)










No comments: