Hai korang
Bertemu lagi kita malam ni :)
Sebab haku rasa nak menaip lepas balik dari makan satay
( 5 satay ayam,5 satay daging,5 satay kambing ) he he he :)
Agaknya kalau ada pelbagai jenis satay mesti haku amek 5 setiap satu ;p
ni pun kenyang alhamdulillah ;0
Total harga untuk 15 cucuk satay tu RM14
So di sebabkan ada gambar jomla kita bercerita ;0
Di mulakan dengan sarapan pagi tadi hari ni :)
Sekarang ni haku dalam mode malas nak memasak so marila membeli je ;p
Sarapan pagi ni nasi lemak.keropok goreng dengan roti canai
Air pulak haku buat Kopi Pak Belalang abang ipar haku bagi
Kemudian abang haku whatsapp tunjuk ujey anak buah haku
( anak ke 3 abang haku ) masuk hospital sebab sekejap demam sekejap tak dari jumaat lepas so Dr kata ada jangkitan
Harap cepat sembuh dan doakan semoga anak buah haku ni cepat keluar hospital dan sihat
Kesian kalau asyik kena cucukkan :)
Selera je makan tu :) cepat sembuh ye amin2 ...korang doakan ye :)
Kelmarin haku dah bebaskan ibu kucing dengan anak2 dia huhu
Sayang rasenye nak lepaskan tapi haku tak dapat nak bela lagi So baik haku bebaskan dorang hidup bebas di luar sane
Semoga dorang dapat jaga diri baik2 di luar sane :)
We always love you all walaupun berat rasa hati :)
Oh ye tahniah jugak kat sahabatku yang paling rapat masa bekerja dulu Akma dapat anak lelaki pada 14 Februari baru ni :) nama : Muhammad Faris Amsyar :)
Sedap nama tu :)
Selamat menjadi ibu dan insyaAllah ada rezeki kami akan turun melawat :)
Oh ye lupe plak nak masukkan gambar menu encik somi malam tadi :)
Encik somi order Nasi Goreng USA dengan Nescafe Tarik
Elok je sampai encik somi pun rase la 1 sudu nasik tu pastu cakap kat haku pedas sket
So terus haku tarik pinggan encik somi n rase jugak 1 sudu tu sebab nak tengok tahap kepedasan nasik goreng tu
Lepas rase je terus kepedasan nasik tu tersebar 1 lidah haku hahahaha
Confirm encik somi cannot eat nasik goreng usa ni hihi ;p
So terus haku suh encik somi panggil waiter tu n tapau je bawak balik
Haku suh encik somi order nasik lain n cakap tak nak pedas
Tapi encik somi dah kenyang kot makan satay 15 cucuk tu so tak order la just minum n habiskan satay yang ade :)
So rezeki haku la tu kan sebab haku ok je layan makan pedas ni ;p
Haku memang tak bagi encik somi makan pedas sebab pernah jadi kes encik somi makan pedas pastu masuk hospital sebab sakit perut memulas2 lepas makan nasik goreng pedas haish ;p
Haku yang trauma kat wad kecemasan ;p
So lepas tahu encik somi cannot go pedas2 ni haku memang tak pernah masak pedas2 lepas kawen ngan encik somi ;p
Masak sambal pun tak berapa nak pedas
Kalau lajak pedas pun mesti perut encik somi mula memulas
Haish manjanya perut hihihihi ;p
No comments:
Post a Comment