Monday, 14 March 2016


 


Al kisah kununnya haku nakla buat karipap pusing untuk sarapan pagi esok
Dek haku banyakla hal yang haku nak buat sebelum tu sekali time nak buat karipap tu jam dah pukul 10 malam
Encik somi cakap buat esok je lah
Cuaca kan panas sekarang tapi petang tadi hujan turun sekejap je
tapi bila malam membahang je dalam umah sampai tahap buat kerja memasak berpeluh2  nampak sangat semangat haku kat dapur nak memasakkan ;p
Mane taknya petang keluar jap gi Mydin shopping barang2 dapur
Balik je nak mengemas semua tu dah bawak ke malam
Masak lagi untuk makan malam pastu terus siapkan sarapan pagi esok


Simple je goreng ayam ni haku pakai garam,serbuk kunyit dengan tepung kfc 
Pas siap  tu haku tumis bawang besar dengan bawang putih dan jugak hirisan halia
Makan camni pun sedap weh ;0
Fuhh nampak tak semangat haku tu? ;p
Air plak sekarang ni nak minum yang sejuk2 je maklumla bertabah dengan cuaca kan kejap je habis kena buat air ais lagi ;0
*Tetibe masuk bab air plak ;p
Tapi air buat ais pakai air masakla baru terjamin kesihatan sebab dulu memang haku amek direct dari paip so asyikla sakit tekak lepas tukar konsep buat ais dengan air masak barula ok je ;p
*Ke haku sorang je buat camtu? ;p
Oklah panjang mukadimah haku kan ;p nak cerita bab karipap sampai ke luar tajuk plak haku membebel ;p
Ok mari kita ke cerita sebenarnye ;p
Ok lepas haku siap2 bahan2 nak buat karipap pusing kununnya tu sekali tetibe macam tak jadi
Haku dah berpeluh2 dah time nak siapkan bahan2 inti dia tadi
Simple je inti dia just goreng bawang besar dengan ubi kentang dengan daging burger pakcik ramly tu letak sambal sket pastu masukkan garam sket dengan rosemary katanya ;p hentam je sesedap rasa tapi sedap je ;p
Ok time haku nak buat kulit karipap tu tetibe datang mood malasnye nak uli2 bagai ;p
Terus haku kuarkan bekas buat pizza tu haa sental2 adunan dalam tu bagi samarata pastu cucuk2 dengan garfu terus masukkan dalam oven 200C selama 20 minit


Lepas bunyik ting!! ;p terus keluarkan baru longgokkan semua inti tadi atas tu pastu tabur2 cheddar cheese atas tu kemudian masukkan semula dalam oven suhu 200C selama 10 minit ;0



Hui kejap sangat tu dari nak buat karipap pusing kan hahahaha
Sempatla haku iron baju kerja encik somi 10 pasang tu
*Lap peluh fuh!
Dah siap iron baju yang last tu dengar bunyik ting!!! Haaa dah masak dah karipap tak jadi haku tu ;p
So haku namekan Pastry Daging Bercheese ;p



Sedap plak tu sebab pastry tu betul2 macam yang orang selalu buat tart tu ;0 tapi inti tart lain ni haku buat versi daging goreng jek ;0 okla kan ;0


Potong sket bagi encik somi rase pastu tanye sedap tak? ;p
Encik somi cakap sedap ;0 kira lulusla tu buat sarapan pagi esok hihihihi ;p
Ok la korang nak tido dulu jam dah menghampiri 1 pagi ;p
Daaaaaaaaaaaaaa tido2 zzzzzzzzzz

 




















No comments: