Saturday, 9 April 2016





Cerita dinner hari ni :)
Bertabahlah korang baca bab makan je kihkihkih ;p
Haku rajin sket malam ni walaupun sipi2 je nak ajak encik somi dinner kat luar hee ;p
Di sebabkan teringat sayur2 dalam peti ais macam banyak lagi dari kecut kalau biar lame2 so decide buat tomyam je la paling senang :)




Haku pakai daging kali ni masuk dalam tomyam tu

Kali ni haku masak tomyam lain sket

Selalu haku rebus je tapi kali ni haku tumis lak

Tumis hirisan bawang merah,bawang putih,halia dan jugal serai yang dimayang


Kacau2 sampai agak kekuningan masukkan pes tomyam sampai keluar minyak

Pastu masukkan daging kacau2 biar dia lembut jap so tutup dengan penutup atas tu kasi dia lembut

Kemudian masukkan hirisan lobak merah tutup tudung semula biar lembut sket lobak merah tu


Kemudian masukkan air agak2 je korang nak kuah banyak mana :)
Macam haku masak banyak sket sebab esok panaskan je hihihi ;p
*malas masak 2 kali kihkihkih ;p
Agak2 dah lembut lobak merah tu n daging pun dah empuk masukkan sayur2 macam haku masukkan sayur kobis bunga,tomato,brokoli,hirisan kobis dah :)


Garam haku tak letak ok sebab jap lagi haku nak goreng ikan masin so ikan masin tu pun dah cukup dah makan dengan nasik panas2 yummy :)
Lagipun kuah tomyam tu pun dah sedap haku letak 2 peket pes tomyam plastik tu


Dah settle masak tomyam,goreng ikan masin haku buat telur kacau2 lak siap!


Buat air sirap 'bangggggggggg jom makannnnnnn' ;0
Alhamdulillah selamat duit dari makan kat luar muahahaha ;p





Ni laksa yang haku beli semalam :)
Panaskan kuah dia campur sekali laksa dalam tu tuang dalam mangkuk layannnnnnnnnnnn :)
Nikmat betul makan laksa hmm :) my feveret ;p





Cerita breakfast makan laksa pastu layan buah2 je ;0





No comments: