Wednesday, 1 June 2016


 


Hi korang ape khabar hari ni? :)

Haku macam biasa masih lagi berpuasa menemani encik somi yang gigih menghabiskan puasa ganti beliau :)

Ni pun berpagi2 haku update entri masakan hehe sebab tak sabar nak kongsikan resepi yang sangat sedap ni dengan korang supaya korang pun cepat2la cube sebab sedap sangat ha ha :)


Serius haku tak pernah masak menu ni tapi haku pernah rasa di rumah kampung mak kawan haku kat Langat he he *mesti beliau ade singgah bace blog haku ni : ‘hai ma..*angkat tgn sket :)

So dek haku rasa macam patut mencubanya so minggu lepas ade pasar malam maka misi mencari bahan2 nak masak menu yang satu ni pun bermula

Menu masakkan seperti tajuk entri : Masak Lemak Cendawan Kukur Petai Ikan Bilis


Bila puasa je maka penuhlah entri2 masakan saje kan he he bertabahlah ;p

Oklah mari haku kongsi resepi yang sedap ni kat korang :

Mula2 panaskan minyak N tumis 2 btg serai yang dah diketuk

Bila agak naik bau serai tu masukkan bahan2 kisar halus seperti 1 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih, 1 inci kunyit hidup, cili kering dalam 14 biji

Masak sampai agak2 pecah minyak

Kemudian tambah 1 sudu besar tempoyak N kacau2 jap


Masukkan pulak santan dalam 600ml korang agak2 je sebab haku guna santan pekat je bancuh 1 peket tu dengan air suam2 panas

Pastu masukkan segenggam ikan bilis,cendawan kukur yang dah direndam dulu bagi kembang N basuh bersih2 dan 3 papan petai ambik isi je,kacau2 rata


Kemudian masukkan 1 keping asam gelugor,garam,gula


Last sekali masukkan hirisan daun kunyit siap!


Lepas rasa menu ni terus menyesal sebab tak pernah masak pun hehehe 


Lepas tu terus tekad nak selalu buat sebab sedap muahaha :)


Selamat mencuba korang sila la masak sekarang hihihi :)


Pastu haku masak air gula pulak
Masukkan 5,6 biji bunga cengkih dalam air
kemudian tambah 1 sudu perisa rose




 Sekian berita hari ni he he :)

 



No comments: