Ish ish ish ish ... lame bebenor haku tak
menaip kan? :)
Dah nak masuk tahun baru dah pun tak lama
lagi :)
Korang yang selalu jenguk2 blog haku ni
apa khabar?
Jenguk2 tapi takde entry terbaru kan? :)
Haku ni macam biasalah Alhamdulillah sihat
selalu syukur :)
Harap korang pun mcm tu jugak :)
Haku sebenarnya memang sibuk sket sebanyak
dengan urusan2 dunia yang tak pernah habis ni :)
Al maklum dunia semakin mencabar sekarang ni
kan membuatkan manusia tak menang tangan dengan kehidupan seharian yang tak
habis2 tu :)
Oklah banyak yang haku tak coretkan kehidupan
seharian haku kat sini
Masa memang pantas sekarang ni
24 jam macam tak cukup
Dunia dah akhir zaman macam ni lah
Oklah dek kerana haku berada dalam mood rajin
malam ni maka terhasillah donut makanan kegemaran haku dengan encik somi ni :)
Suhu malam ni memang sejuk baru lepas hujan
pulak tu
Kawasan rumah haku di kelilingi gunung ganang
bila kabus turun memangla sejuk macam berada di kundasang sabah atau di cameron
highland hehehe :)
Oklah jom haku bawak korang jenguk aktiviti
haku di dapur tadi :)
Yis Mauripan sedang mengaktif dengan jayanya
:)
Baru beberapa minit haku tinggalkan kat dapur
sebab haku ke ruang tamu sekali masuk dapur dah jadi ghupa camni tekejut den :)
Doh donut tengah ditumbuk2 bagi buang angin
yang terkumpul gitu ;0
500g Tepung Gandum yang haku guna boleh
menghasilkan 48 adunan donut :)
Makanla selama seminggu pueh hati ;0
Adunan donut sedang menaik :)
Donut tadi haku goreng separuh masak
Senang alih2kan donut pakai chopstick rupanya
baru first trial hehe :)
Donut dah siap digoreng separuh masak :)
Yang hujung2 tu haku masak sket nak rase :)
Hmm resepi kali ni memang terbaik haku puas
hati betul :)
Siap simpan dalam bekas lepas donut tadi
sejuk sket pastu simpan dalam peti ais bahagian sejuk beku :)
Korang pun boleh cuba kat bawah haku bagi
resepi dia :)
Selamat mendonut ok hehe :)
RESEPI DONUT ALA AMYAKIM :)
( Satukan bahan2 bawah ni ok n biar yis aktif
macam gambar kat atas tadi tu )
1 peket yis mauripan
setengah gelas air suam
1 sudu kecil gula
( satukan bahan2 bawah ni dalam bekas uli )
500g Tepung Gandum
4 Sudu besar Gula
1/2 Sudu kecil Garam
4 Sudu besar Susu Tepung Nespray
1 Biji Telur
2 Sudu besar Butter
SEKIAN
SELAMAT MENCUBA TAU :)
No comments:
Post a Comment