Sunday, 3 September 2017

DARI TERENGGANU KE PAMERAN ARTIFAK



Alkisah pada suatu petang tetibe encik suami balik awal , dalam hati aku tertanya jugak dah kenapa awal bebenor suami aku ni balik kalau tak selagi malam belum menjelma beliau memang sakan bekerja hehe rupanya mak mertua aku suruh balik tapi tak tahu sebab apa dah sampai sana baru mertua aku cerita begitula suami aku cakap , aku plak rasa pelik boleh eh rahsia2 dulu? tapi ape2 je lah aku ok saja maklumla kaki jalan macam aku ni ok je anytime keluar berjalan2 aku lagila suka hahaha


Dah balik kelam kabut tu beg pun tak berkemas stress pulak nak pikir nak ambik baju apa pastu berapa hari plak nanti kat sana tu hah sudah stress aku last2 pakai ambik je baju2 terus sumbat dalam beg aku macam tu je dengan tak berlipat haha ntah hape2 rushing semacam tak tau punca hahaha


So dengan sepantasnya jadila 4 beg ntah hape2 aku sumbat pun ntah dalam beg tu haha pastu dengan hujan lagi terus kami ke stesyen bas ambik bas on the spot ke terengganu memang rushingla stress plak haku hahaha tengok berapa banyak perkataan stress dah aku sebut kan hahaha 


Sebelum naik bas tu suami aku terserempak dengan kawan beliau so bas belum bergerak sempatla dorang borak2 then bila bas nak bergerak kami pun naik pastu dalam 5 jam macam tu bas ni berhenti rehat dekat stesyen bas kuantan sempatla beli makanan makan atas bas kan kemudian dalam 2 jam baru sampai terengganu lebih kurang jam 4 pagi lebih so sampai2 je umah mertua terus sambung tido hahaha ngantuk kot sebab dalam bas bukannya boleh tido sangat kan


So pagi2 esok tu aku tertanya jugak sebab ape kena balik tu sebab tengok mertua aku sihat je so pagi tu lepas sarapan just borak2 je dengan mertua aku pastu baru mertua aku bagitahu sebelum kami sampai beliau tak sihat sebab demam tapi dah ok sketla macam serba salah pulak mertua aku tu hehe padahal aku ok je pun mungkin rindu dekat anak dia yang jarang2 dapat balik kan hmm plan asal aku ingat sebelum raya haji balik terengganu pastu raya haji sekali tapi bila dah balik ni rasenye raya haji kat rumah je la sebab family aku dari kedah nak beraya kat umah aku plak so hmm gitula ceritanya


Hmm menu mertua aku ni memang sedap tapi aku rasa macam dah lupa cara2 nak masak hahaha padahal mertua aku dah ajar masa kami sama2 memasak di dapur heee


Sebelum balik memang wajibla aku gi pantai kan hehe kata terengganu memang terkenal dengan pantai so masa misi mencari keropok lekor dengan keropok keping sempatla aku dengan encik suami dan jugak adik ipar aku melepak makan dekat gerai seberang pantai minum aiskrim kelapa , abc jagung dengan makan keropok lekor goreng yang dah macam pisang goreng aku tengok haha tipah tertipu tapi sedap je layan makan sambil tengok pemandangan pantai nun tak jauh dari gerai kami melepak hehe


Apa yang aku rasa awan2 kat terengganu ni selalu nampak awesome kat mata aku


Masa ni tengah layan keropok lekor yang digoreng ala2 pisang goreng hmm ade2 je kan korang ni merekacipta menu pelik2 heee tapi sedap kira okla heee



Bukan senang adik ipar aku ni nak senyum macho camni haa ade pun sekeping 2 heee


Masa ni tengah menunggu order sampai


My order Aiskrim Kelapa rasanya ok2la layan je petang2 sambil tengok pemandangan laut nun di seberang jalan


Ni ABC Jagung encik suami order n rasanya okla boleh layan hehe


Aku memang suka pantai setiap kali balik terengganu memang aku tak lupa datang sini hehe


Meninggalkan jejak blog disitu heee ntah dah terpadam ke tak sebab aku biar je pastu


Dekat pantai ni jugak tengah sibuk berwefie2 dengan encik suami sekali tercepuk jatuh hp atas pasir hahaha tergamam aku haha tapi encik suami terus ambik dengan pantasnya pastu hembus2 keluarkan pasir yang dah masuk dalam lubang tempat charge hp tu sambil marahkan aku sebab tak berhati2 heeee eh takkan aku sesuka nak jatuhkan kan nangesla kalau rosak tapi alhamdulillah elok je lepas dihembus2 kuarkan pasir yang tersekat tu pastu terus dah takde nak wefie2 hihihi



Petang2 memang ramai budak2 kat sini


So pagi jumaat tu aku bangun awal sebab nak berjalan2 keliling kampung hehe kesian encik suami kena bangun awal2 keluar rumah haha salah satu sebab kat terengganu ni sarapan pagi dia memang best macam2 jenis juadah yang takde kat tempat aku tapi ada jual kat sini tu salah satu sebabnya tapi rupanya ada pasar pagi yang lagi meriah tak jauh dari bandar so terus kami ke situ je beli sket2 pastu melepak makan di pondok dekat trek orang ramai berjogging dan bersenam hmm ramai betul pagi2 tu tapi bestlah meriah



Bersama mertua dan ipar duai




Kemudian malam ipar2 aku datang jumpa borak2 sebab esok paginya kami dah bertolak balik tapi pagi2 tu sempat lagi ke rumah kak dengan abg ipar aku tengok rumah yang dorang renovate sambil minum teh kesihatan gitu haha rasenye? dah nama teh kesihatan kan memang takde rase n tawar haha lepas borak2 wefie2 minum2 kami pun bergerak balik


Menyengih Qal ni sekarang hee dulu masa kecik2 pandang pun takut tak nak kat orang dah besar baru ok kan geram qal omey2 ni tau hehe


Bersama ipar duai di rumahnya


Kemudian dalam bas kami decide nak ke pameran artifak shah alam so kami terus ke sana nak tengok tinggalan2 nabi dan para sahabat


Tiket masuk Pameran Artifak dengan bayaran RM20 dewasa bagi aku berbaloi dengan melihat khazanah yang bernilai di dalam sana kalau datang agak lambat kita akan diberi peluang masuk lagi selepas solat jadi mereka akan tulis di belakang tiket itu menandakan kita boleh masuk lagi


We are here finally yeay!!!! hehe


Sebelum berhajat datang ke pameran artifak ni aku ada membaca sirah nabi dan para sahabat tentang bagaimana  kehidupan mereka bersama2 nabi menegakkan syiar islam dan bila aku tengok semua khazanah yang ada kat sini aku memang rasa touching sangat2 sebab aku tahu kisah mereka huuuu mereka para sahabat sangat mencintai mati sebagaimana kita mencintai hidup huhu mati yang mereka maksudkan dalam menyebarkan islam dan rindu untuk bertemu dengan Allah masyaAllah hebat mereka2 ini memang sukar nak jumpa insan sehebat sahabat2 nabi S.A.W di zaman kita ini kan


Al Quran bercetak emas


Serban Nabi S.A.W nanti di sini ada lubang kecil aku tak pasti untuk ape tapi ade pengunjung menyuruh aku ambil bau dari lubang kecil yang sedia ada dan baunya seperti bau pokok mungkin serban nabi diperbuat dari situ kan



Memang hebat pedang2 sahabat Nabi kita S.A.W bukan pedang yang kosong tapi sangat berseni


Pedang2 sahabat Nabi S.A.W yang besar2 berkilau dan berseni





Capal @ selipar Nabi S.A.W



Wefie bersama2 heeee



Tapak kaki Nabi S.A.W


Tongkat Nabi S.A.W




Rambut Nabi S.A.W yang dikatakan tiada bayang2 padanya untuk membuktikan beliau benar2 seorang Nabi



Janggut Nabi S.A.W


Busur memanah Nabi S.A.W


Darah bekam Nabi S.A.W


Lagi pedang sahabat2 nabi


Antara nama pedang2 Nabi S.A.W



Masa ni baru tahu beginila pakaian tentera zaman Nabi S.A.W hebat bukan?



Cop Nabi S.A.W


Kami seronok berada disini


Air Zam Zam


Tanah dari permakaman Nabi S.A.W





Jubah milik Saidina Hussin r.a











Sebahagian harta rampasan perang


Nama2 Ashabul Kahfi


Sebutir beras yang tertulis surah All Ikhlas



Kereta Kuda



Sekian Wassalam...





No comments: