Sunday, 8 July 2018

💞CERITA RAYA 2018 KU💞




Hi korang 🙋‍♀️
Semoga korang sentiasa ceria & sihat dalam menempuh kehidupan seharian
Amin...😊👍
Aku macam biasa kehidupan sentiasa ada masam manisnya tapi insyaAllah Allah sentiasa ada bersama kita untuk kita bergantung harap padaNya...


budak2 sekarang nampak kamera je kemain menyengih hehe - Rayqal omey2 ni 😍

Oklah hari ni mode aku berada dalam keadaan bagus so marilah kita update kisah raya 2018 yang belum habis syawalnya ni 😃 aku ada lagi 4 hari nak berpuasa syawal harap dapat bertahan la kan bila berpuasa di bulan selain ramadan ni hehe 😄


masa kecik2 lagi nangis takut dengan orang 😃 bila dah besar sikit amboi sengih kemain haha rayqal si budak korea gitu 😃 macam anak korea je budak ni kan 😍

So tahun ni aku beraya di terengganu darul iman iaitu kampung encik suami
tapi aku dari 26 ramadan tu dah angkat bendera jepun huhu makanya tak dapatla aku gi solat raya la kan sedih kan? 🤦‍♀️
tapi sempatla aku ke bazar ramadan kat situ maklumla aku memang suka tengok makanan2 yang dijual lagi2 makanan2 di pantai timur ni 😃
sebabnya boleh jumpa makanan2 yang agak unik2 yang tak dapat di negeri2 selain negeri pantai timur ni


masa ni di rumah abg sulung encik suami : abg mi & kak izan

So kebetulan adik ipar aku tu pun balik sebelum raya yang kawen dengan orang nogori tu beliau ada masak daging salai masak lemak , wow menu yang memang dah lama aku teringin nak rasa sebab masa balik ke pantai timur tu ade je aku ternampak gerai2 yang jual menu tu tapi tak berkesempatan nak beli so seronokla bila adik ipar aku masak sebab beliau pun baru first time masak asyikla tanya suami beliau betul ke tak cara masaknye tu hehe 😃 aku tengok je lah tolong kang lain pulak rasa so tolong kacau2 je lah muahaha 😄
tapi sedap sangat hilang kempunan aku nak makan daging salai masak lomak tu kuikuikui 😄


mertua & ipar duai sebelah pantai timur 😍

Masa bukak puasa tu ade lagi adik ipar aku sefamily datang berbuka sekali siap suami beliau nak belanja berbuka wah memang meriah betul dengan makanan 😍 tapi 1 kuih tu aku tengok macam kaswi rupenye tapi suami adik ipar aku rosli tu kata tu kuih badak guling aku macam ingat tersalah dengar nasib aku tak gelak terguling2 dengar nama kuih tu hahaha 😆
tapi aku tak rasa pun cuma mertua aku la rase tapi pastu keluarkan balik sebab katanya rasa macam teruk sikit nak telan hahaha 😆 sian pulak aku tengok macam kelakar pun ade pastu suami adik ipar aku kata ramai betul beli kuih tu tu yang beliau terbeli sama hihi macam2 kan tapi lain2 menu layankan je 😄


Saudara mara sepupu sepapat aku di indera kayangan 😍

So esoknya raya tu aku tolong2la mertua aku kat dapur tu , asal raya je memang mertua aku order sate pastu buat nasi minyak , ketupat order je pastu lemang sepatutnya ada tapi tak sempat nak kuar beli so makan je lah lepas yang lain2 balik solat raya pastu ramai2 gerak ke rumah abang ipar aku beraya situ dulu


Menu raya rumah mertua 😍

Kat rumah abang ipar aku tu kitorang makan nasi hujan panas , gulai ayam , tapai , kuih2 raya sebelum ramai2 bergambar pastu balik rumah mertua tunggu lain2 tetamu pulak datang


abg & kak ipar aku : bang chid & kak nor serta anak2 beliau 

Esoknya aku pun balik tapi sebelum tu aku gi rumah adik ipar aku jumpe2 sebelum balik sambil tengok rumah baru beliau
siap ada tanam pokok2 pisang senang nanti nak buat cucur pisang ambil je kat pokok kan hehe best betul 😍

Family aku tapi tak cukup korum kuikuikui 😃

dari kiri : mak teh ani , anak beliau fatimah az zahra , adik aku , adik aku diana


adik & anak buah aku : ain & aydan


Sepupu2 aku : cik on , kak su , abg kamal , abg lutfi , siti


adik aku diana , aba aku amir & anak buah aydan


mak aku yang tudung hijau dengan sepupu beliau mak long nab

So esoknya baru aku balik raya kampung aku pulak kat utaqha sana 😍
Walaupun nak habis syawal tapi masih bulan syawal kan so marila beraya kat kampung aku pulak
mak aku tu kalau aku tak balik merajuk beliau kuikuikui
anak perantau camnila 😃 tu tak aku backpacker gi oversea lagi tu macam zahariz tu & lain2 backpacker tegar camnola pulak nak balik selalu kan 😄 
tak pun jomla mak abah apokata ikut aku gi backpacker sekali haa baru betul 😃


ni untuk anak2 buah aku 😃 sedap coklat ni , tu pun ternampak secara tak sengaja kat giant masa jalan2 situ , staff situ bagi rasa sikit pastu terus wah sedap ni next time kena beli hehe 😃 so beli la untuk 3A tu kan kuikuikui

coklat ni pun bila ternampak terus terbeli muahaha 😃 pastu laju2 ajak encik suami keluar haha bahaya betul lama2 jalan2 dalam mall ni fuh 😥😃


aku memang jarang makan coklat tapi sekali teringin tu baru la rasa nak beli so try makan coklat ni hmm sedapnya walaupun harga pun sedap jugak haha 😄

Oklah sekarang ni aku kena masuk dapur sebab nak masak untuk sarapan pagi esok ,  so bolehla bawak bekal sikit kan , aku nak masak ayam masak sambal je pun 😃 lain2 cuma potong timun dengan kacang kelisa , sayur pulak ada baki so cukuplah kan sementara sampai kampung tu 😘


ni tadi aku temankan encik suami ada urusan sikit 😎


Ni masa aku jalan2 cari makan sebab aku nak cari laksa 😃 favourite aku kan laksa so berhenti makan kat warong malaysia ni , walaupun laksanya jenis halus2 tu harga RM4.50 tapi sebab sedap so puas hati la jugak 😄


ni pulak encik suami order nasi ayam chicken chop harga RM13 , wow! tapi alhamdulillah sedap kan syukur selalu kuikuikui 😃


abc ni lama aku tak makan so order je la rasa pun alhamdulillah sedap , lagi sedap ada aiskrim atas tu kan 😃 berbaloi la dengan harga RM3 nya tu 😀

Ok daaa have a nice ya nak tido dulu zzzz 🙋‍♀️❤


No comments: