Thursday, 1 August 2019

MAKAN MALAM DI CAFE THAI



Alhamdulillah dah masuk bulan ogos kan 
Aku baru muncul semula haha πŸ˜ƒ
Aku ada je kerap jugak bukak blog baca cerita2 lama cerita kawan2 blog hehe
Tapi nak menaip tu hmm idea tak datangla pulakkan
Malam ni eh dah jam 3 pagi pun sambil tengok jack the giant slayer gergasi tu sambil2 menaip πŸ˜ƒ


Encik suami order teh o suam
aku order sirap bandung πŸ˜ƒ


Encik suami macam biasalah Nasi Goreng USA dia tu πŸ˜ƒ
Aku cilok daging sekeping hehe
Sedaplah jugak


Selalu aku mesti order Nasi Goreng Ikan Masin
Tapi malam ni aku cuba pulak Nasi Goreng Thai hmm sedaplah ada sup dengan sambal belacan


Celur bihun bagi lembut
Sebelum gi makan malam beli siap2
Nanti kedai tutup πŸ˜ƒ


Siap2kan bahan masak bihun singapore 
Sarapan esok pagi 😘
Simple tapi kenyang seharian kan πŸ‘


Ni malam semalam teringin makan tomyam dengan telur dadar
Memang kombinasi terbaiklah 2 menu kan πŸ˜˜πŸ‘


Kueyteow bandung dengan Sirap bandung
Masa aku order menu ni tersengih je pelayan tengah catit order aku πŸ˜ƒ
Aku tau kenapa tapi aku tak tau kenapa mesti aku order yang belakangnya bunyi bandung?
Nak suruh aku gi bandung ke ape ni?
hmm nanti aku fikirkan nak buat ape aku nak gi bandung tu hehe sebab aku bukan kaki shopping sangat pun aku lebih pada kaki makan haha patutla aku tak slim kan? πŸ˜„


Aiskrim ni sedap tau uolls πŸ˜˜πŸ‘
Beli dekat stesyen minyak je sebab encik suami tengah isi minyak yang si bini ni pulak memang pantang nampak peti aiskrim mesti nak walau macam mana pun haha 

No comments:

Post a Comment