Saturday, 12 September 2020

SANTAI2 DI KHM STRAWBERRIES & JEM

 

Pada suatu pagi...

Encik Suami :'Syg jom gi ⛰CH'

Aku :'Jom...'

( dalam hati main2 ke pakcik ni 😃 ) 

Sampai 1 simpang aku pikir kalau encik suami belok ke kiri betul la naik ch tapi kalau belok ke kanan gi Aeon Mall hehe

Sekali encik suami belok ke kiri 😄

Apalagi wah biar betul encik suami nak naik ⛰CH ni 😅 yelah cuaca asyik 🌦hujan je kan tapi masa ni tak hujan lagi redup je hati aku pun macam antara nak berbelah bahagi nak seronok ke cuak hihi sebab agak lama tak naik sebab nanti aku akan naik cuti2 dengan geng TXCJ jugak 😃 jadinya layan je lah rasa gembira sepanjang perjalanan hari ni hihi 😄

Perjalanan naik dari Simpang Pulai hari Jumaat jam 12 tengahari berjalan lancar cuma bila nak masuk simpang belok ke Kg Raja yang ke arah CH tu dah banyak kereta tapi masih bergerak perlahan sebab rupanya yang melambatkan tu lori besar & panjang bergerak perlahan maklumla panjat bukit 😃 tapi pemandangan dan suhu sejuk sekitar tak mengecewakan jadinya layankan je la kikiki




Masa ni kami singgah solat di Masjid Kayangan Brinchang , hujan sekejap masa ni ramai je pengunjung tapi masing2 pun jaga S.O.P pastu air wuduk pun sejuk je terus segar mata dan2 hehe yelah masa layan jalan naik Cameron aku rasa mengantuk je 😄 maklumla suhu sejuk hehe


Banyak kali aku naik CH sebelum ni tak pernah lagi aku jejak KHM ni 😄 walaupun dalam kawasan Taman Sedia mungkin aku terlepas pandang 1 lorong mula2 naik ke atas kemudian belok kanan sebaliknya aku terus je lepas dari lorong tu kalau terus je memang jumpa Opah Farm , Abang Strawberry dan lain2 tu jadinya kali ni aku terjah pulak lorong ke atas tu 😍


Tadaa dah sampai pun 😄 punyala seronok jumpa KHM ni ekekeke 💕


Hijau je 🌲 pokok ni kan 😍 masa ni aku mengantuk je rasa yelah sebab suhu sejuk je memang mengundang 💤💤💤 hahaha




Set Strawberry Scone dengan Air Teh Strawberry ni harga RM17 pastu ada macam2 perisa teh boleh pilih masa order kat kaunter jadi aku tanya staff situ yang paling sedap perisa yang mana dah tentula dorang cakap perisa 🍓Strawberry 😃 tapi memang sedaplah layan masa suhu sejuk2 kan 👍 



 





Masa aku update gambar ni dekat fb sepupu aku tanya tak cuba ke 🍰🍰🍰kek velvet tu 😃 sebab sedap katanya tapi itulah aku ni bila banyak2 menu susah betul nak pilih boleh jadi stress ekekekeke takpe lain kali aku naik Cameron pasti aku order velvet ni pulak teringat kak ipar aku kat ganu kami pernah sama2 buat 🍰cupcake velvet ni sama2 pastu memang sedap pun 👍 



Aku tambah order 🍰kek Vanila Cheese ni RM6 tinggal 1 je rasa pun yummy sangat makan sket2 oklah kalau banyak2 muak jugakkan 🧀cheese2 ni tapi peminat cheese ok je la 


Kalau gembira tu memang nampak sangat kan 😄😄😄 maklumla sape je tak suka tempat2 sejuk ni kebas2 je muka hehehe


Encik suami tambah menu 🍝kuey Teow Banjir ni RM8 rasa sedap jugak 😘👍


Masa ni nak balik dah jam 4.36 petang solat 'asar jap kat Masjid dalam kawasan Taman Sedia ni aku sorang je pempuan masa ni solat situ 

Masa ni kat depan surau kayangan 

Berpayung2 encik abang ni ukir2 tembok tu nak cepat siap agaknya 😊 


Lata Kijang kami tak singgah sebab dah singgah dah sebelum2 ni jadi ambik gambar je lah masa melepasi tempat ni dekat2 hujung perjalanan hujan lebat turun pakej ada kilat Alhamdulillah kami dah nak sampai ke lebuhraya kalau masih di pergunungan aku pun seram hihihi 😄


Tamatlah perjalanan tak rancang kami ni

nampaklah tempat2 menarik yang kami akan jalan2 nanti sepanjang perjalanan turun dengan geng2 TXCJ coming soon 😍                   Alhamdulillah....💕⛰

 

 

 

 

 

No comments: