Alhamdulillah
Syukur pada ALLAH S.W.T melancarkan perjalanan kami ke Cameron Highlands pada 16 Oktober hinggalah 18 Oktober 2020 sempena sambutan hari lahir aku dengan 2 orang lagi rakan Qilah & Eka lahir bulan yang sama cuma berbeza hari dan tahun sahaja hehe
Percutian ke Cameron Highlands kami dah rancang selama 3 bulan lagi dari bulan 7 dengan deposit RM200 pun dah bank in kat tuan punya homestay di Tanah Rata sehinggalah bermacam2 perkara tak di duga telah terjadi bila semakin hampir dengan tarikh nak pergi bercuti heeee 😃
Semakin hampir tarikh percutian kes covid 19 semakin meningkat di Malaysia memang merisaukan aku dengan rakan2 aku mana taknya salah seorang dari kami akan bawak 2 anak kecil lagi memang kejap nak pergi kejap nak cancel hehe jadinya setiap hari kami pantau kes2 di tempat2 sekitar kawasan kami tapi kes masa tu hanyalah kes tembok jauh dari tempat kami kemudian lagi seminggu tuan punya homestay kat Tanah Rata Cameron pulak nak buat pembersihan sekitar kawasan homestay pulak aduhhh mulalah aku dengan rakan aku sorang lagi nak cancel kan je sambut birthday kat Cameron tukar sambut dekat restoran arab je lah hehe tapi rakan aku sorang lagi tak setuju sebab dia belum pernah pergi lagi Cameron tu hehe terus cepat2 cari homestay lain di Tanah Rata , Alhamdulillah ada apalagi terus kami buat keputusan teruskan saja tapi mesti ikut segala s.o.p yang ditetapkan KKM tapi bila kami yang jaga s.o.p orang lain ada yang tak jaga s.o.p camne tu? hmmm 🙉
Bermula dari tarikh kami rancang nak ke Cameron aku tiap hari berdoa semoga percutian kami dipermudahkan & berjalan lancar yelah sambut hari lahir kan hehe walaupun ada juga perasaan risau dengan jem , sesak @ cuaca hujan tapi Alhamdulillah segala kerisauan sebelum ni hilang & Allah S.W.T telah permudahkan percutian hari lahir kami dengan jalan lengang , takde ramai orang pun dengan cuaca sangat baik masa kami keluar berjalan2 , Syukur....
Pagi2 aku dah bangun awal siapkan bekalan nasi lemak daun pisang ayam berempah untuk 6 orang dalam kata lain aku sebenarnya tak tido pun lebih pada tido2 ayam hehe sebab lepas subuh kami akan bertolak dari rumah untuk mengelak jem awalnya hehe tapi serius tak jem langsung jalan lengang je Alhamdulillah sangat cuaca pun bagus jadi kami berkumpul di stesyen petronas isi minyak check sana sini dengan lafaz doa kami pun mulakan perjalanan seronok betul pagi tu masing2 teruja lagi2 rakan2 aku yang belum pernah naik Cameron 😃
Sampai di jambatan yang nampak pemandangan gunung ganang kami pun berhenti untuk bergambar lepas tu mana2 tempat yang kami rasa nak bergambar terus berhenti je maklumla trip kami ni lebih pada trip santai & rileks2 je hehe
Kemudian kami singgah makan bekalan di Medan Selera di Brinchang cuaca bertukar sejuk seronok betul hirup kopi O panas2 sambil layan makan nasik lemak hehe
Sampai je di homestay kami di Cameron Jaya Tanah Rata tu B8 tingkat 6 umah no 1 rehat2 jap pastu aku dengan rakan aku Qilah dan suaminya Hafiz gi amek kek yang dah aku tempah sempena birthday kami kat kawasan tu jugak namanya Manisz Delight dekat blok C3 dekat je dengan homestay kami hehe kebetulan pulakkan aku tempah kek Coklat Moist memang sedap 1Kg RM90 sebelum tu kena deposit RM45 pastu malam sambut birthday makan2 sket kat umah je hehe kemudian bersiap gi pasar malam golden hills
Sampai dah dalam homestay masa ni seronok dak iqin ni dengan suhu sejuk memang kerap tido je dia hehe
Kisah Pasar Malam Golden Hills aku sambung di Part 2 pulak sebab banyaknya gambar dengan banyak nak cerita hehe
Perumahan Cameron Jaya memang sejuk betul walaupun dalam rumah siang malam takde langsung kipas atau aircond mandi kena pakai heater dalam bilik air lantai pun sejuk jadinya aku dengan rakan2 aku beli selipar strawberry je pakai hehehe kedai2 souvenir dengan makan banyak je dalam kawasan ni best betul hehe
No comments:
Post a Comment