Monday, 1 March 2021

STAYCATION CNY DI HOTEL WEIL

 


Cuti Tahun Baru Cina hari tu aku dengan encik suami staycation di Hotel Weil lagi 😍 kami buat tempahan pada 9 Februari iaitu 2 hari sebelum datang menginap , kali ni staycation hanya rehat2 santai2 dalam bilik je selama 3 hari 2 malam , apa yang aku boleh simpulkan aku dengan encik suami memang puas hati & gembira sepanjang menginap di sini kalau orang lain mungkin ada pendapat sendiri tapi untuk aku tak mustahil akan ada lagi staycation seterusnya di sini lagi hehe 😃

     Lobi hotel lapang dan luas 😎👍


Kami buat tempahan pada 9/2/2021 dan staff hotel masih mengenali kami 😍 baru aku sedar sebenarnya kami baru je lepas menginap situ lebih kurang dalam seminggu lebih je hehe


Kali ni aku pilih bilik Premier King rupanya ada jugak Honeymoon Package RM388 yang mana ada beberapa keistimewaan di situ korang boleh tengok gambar atas ni 😁


Bilik kami di 1013 teruja nak tengok bilik kali ni ambil bilik Premier King pulak di tingkat 10 😍


Alhamdulillah cantik bilik Premier King ni 😍 sebelum ni aku duduk bilik Brewster Studio di tingkat 12 yang luas tu kali ni cuba bilik Premier King di tingkat 10 pulak aku jenis ok je duduk mana2 rasa teruja tu sama je hehe 

         

Cantik sangat kan katil pun ditabur 🌷bunga2 & ada bunga⚘😍 minah bunga rupanya aku ni sendiri tak sedar kikiki maklumla aku bukannya layan sangat pun ada ok takde pun ok je heeee



 Tenang je kan suasana bilik LOVE sangat 😍


Dari pintu masuk sebelah kiri nampak pemandangan ni 😁 berhadapannya bilik air ada bathtub dulu aku tak kisah pun perihal bathtub ni ada tak ada ok je tapi dah remaja purba ni seronok pulak bersantai2 dalam tu wahaha 🤣


 Tempat sterika baju sama macam bilik Brewster Studio ada tepi pintu masuk 😊👍


 Macam biasa baju ni sentiasa ada


Penyangkut baju & pengering rambut pun disediakan 😊👍 tapi aku tak guna pun pengering rambut tu sebab aku sejenis manusia yang tak pernah nak guna pengering rambut hihi 😄 mungkin aku jenis semua nak cepat & keringkan rambut tu macam amek masa je heeeee 😃

 
                 Ada fridge tepi tu



 Buah2 yang dapat aku simpan jap dalam fridge ni 😁


Sinki serba guna 😃 bawah tu ada laci disediakan berus & ubat gigi , pencukur misai & krimnya , pengorek telinga , shower cap , tisu



 Tempat memerut depan tu ada tepon ewah 😄 hilang fokus jap gi hihi ko nak memerut ke nak menyembang? ha ha

 


Tabah je encik suami melayan 🤣 love you lah 😍💖




Bathtub ditabur bunga2 😍 aku dah rasmi petang tu hehe

 




 

Laci bawah sinki ni ada kelengkapan mandi


 Ada sofa bed tepi tingkap jugak 😍

 

 Pekena Kopi Madu Kelulut encik suami suka ☕🍯🐝😍👍

 


kalau korang nak kopi ni boleh gtau aku ok😃




Pemandangan petang di luar jendela bilik kami sang matahari dah hampir nak melabuhkan tirainya ewah 😄


Sebaik je kami sampai tak lama staff F&B datang hantar sepinggan buah buahan macam epal merah , epal hijau , anggur  


 Dekorasi pakej honeymoon 😍🌷cantikkan 😁

 Peace 😃 seronok betul santai2

 


Saje kacau beliau bagi pegang jambangan bunga 😄

 


Marah beliau ambil gambar tapi selindung di balik jambangan bunga hihi 😄


Haaa baru nampak muka sikit dari tadi 😁 

Aku ingat dah tak layan bunga2 ni maklumla dah jadi remaja purba ha ha tapi hakikatnya perempuan dengan bunga ibarat irama dengan lagu hati aku memang teruja tanpa dipaksa2 kan dah keluar ayat bunga2 dah 🤣 


Kelopak bunga tu mulanya aku nak kutip letak tepi pastu encik suami kata tak payahla  tidur je atas kelopak2 bunga tu ha ha ye tak ye jugak bila lagi? 😄



 



 In Love gitchuuuu 😍





Sesekali dapat bunga kita layan je bergambar sana sini hehe memang cuti ni cuti santai2 je tak ke mana sangat rehat kat bilik je 😍


Amboi santai je encik suami layan tengok tv aku tak habis lagi jadi jurugambar ni haha

 



Makan malam hari pertama aku pilih menu Tiffin Signature Chicken Rice dengan Strawberry Smoothie manakala encik suami Nasi Goreng Kampung dengan Jus Watermelon sedap & puas hati dengan menu2 tu kami pilih masa makan 7.30pm - 8pm sebelum tu aku dengan encik suami gi Ipoh Parade cari dompet encik suami sempena hari lahir beliau tempoh hari tak beli2 lagi dari hari tu jadinya baru nak gi beli hari ni...

Depan dari sini ialah lif nak turun ke bawah @ ke atas


Kami ada masa sejam je nak gi cari hadiah birthday encik suami sebab dah tempah makan malam nanti staff F&B datang hantar menu kat bilik 😃 


Bukan dompet Miroza Multibrand je 😄 dapat jugak baju Ducati 2 pasang hehe maklumla orang lelaki ni jarang nak beli baju2 baru jadinya kasi can lah muahaha 😃 lagipun hadiah hari lahir baru lepas belum dapat hehe

 


Seronoklah birthday men hehe dapat 3 hadiah masa Chinese New Year  tapi binik pun seronok jugak dapat periuk memasak hahaha 1 je pun mana boleh lawan birthday men kan 😄

Aku beli periuk tak lekat Shogun tu sebab nak goreng ayam hihi aku ada dah 1 periuk tanpa lekat tapi besar sikit tak padan nak goreng ayam sikit2 harga shogun ni lepas tolak voucher RM20 jadi RM119 mahal tapi kalau berkualiti ok la kan 😁

Sekarang ni aku ada hobi baru 😄 


Masa ni baru sudah solat maghrib sementara tunggu staff F&B datang hantar makanan ke bilik sempat je melayan jambangan bunga lagi hehe

Ok jom makan malam 😄 sambung cerita troli tadi kami parking depan katil je pastu duduk atas katil sambil makan sambil melayan tv hehe 1 aktiviti yang memyeronokkan pada hari cuti ha ha 


Seronok betul menginap di hotel weil ni 😍


Alhamdulillah kekenyangan kami pastu 😄

Set aircond jap sejuk oiiii 😄 sejam je pastu naikkan balik suhu  


Jom jamu mata lagi tengok jambangan bunga ni 😃

Aku nak cari pasu kaca lah letak bunga ni pastu hias atas meja hehe ntah2 rajin sekejap je aku ni nak kisah bunga2 ni kan 😄 layankan aje muahaha


 Cantik kat mata aku terus jatuh cinta gitu 😍 layan jugak aku bunga2 ni kan hihi

 


Suasana malam di luar dari tingkat 10 tak banyak kenderaan macam biasa lengang je


Air pancut dari tingkat atas depan hotel 😍ingat nak turun jap tapi tak rajin pulak nak menyalin hehe

 


Suasana menghampiri tengah malam lengangkan 😁

 

Sejuk betul lupa nak setkan suhu hihi 😄

Bangun pagi esoknya sarapan pagi dihantar pada jam antara 7.30 pagi hingga 8 pagi ikut masa aku mintak staff F&B hantar sebab aku sejenis manusia yang ambil sarapan pagi hehe memang dari kecik lagi lah seingat aku sebab mak aku memang rajin sediakan sarapan pagi untuk anak2nya 😍 nama sarapan kami pagi ni Big Breakfast esok pagi aku rasa nak tukar Malaysia Star Breakfast Pulak lah 😄 maklumla tekak orang kampung nak jugak sarapan nasik lemak kikiki 🤣











          Jambangan bunga tak lepas tu 😄



 Keluar jap 😁 nak window shopping kisahnya

 


                    Premier King 1013 best 😍👍 


Pemandangan di luar cermin dekat dengan bilik kami 1013 😁

 


 Pemandangan luar bilik menuju ke lif 😁


 Hari tu tingkat 12 , kali ni tingkat 10 pulak 😁


Turun nak gi shopping mall sebelah hotel jap cari barang2 encik suami 😁


              Jom balik ke pangkal jalan 😁

             Bio Essence RM58.32

Value Pack : Radiance Cleanser 100g & Rose Gold Water 100mL 


Aku rasa dah berabad aku tak pakai apa2 kat muka samada pencuci atau apa2 krim tapi hari ni bila encik suami nak cari barang2 harian beliau aku pun macam tumpangla sekaki gi bahagian beauty & health skin wanita pastu gi bahagian pencuci muka yang selalu aku guna masa bekerja dulu tup2 ada kotak camni apalagi ambik tanya encik suami hehe seronok bila encik suami cakap ameklah ewah 🤣 bukan aku tak nak pakai tapi aku memang jenis tak kisah pun sebab apa2 aku nak cepat haha tak sempat nak belek2 muka pun tapi kali ni saja je nak amek dah alang2 masuk tempat tu haha jangan ajak aku sekali ajak siap 🤣

 



Untuk lunch aku hanya beli Burnt Cheese Cake RM11.13 , Premium Blackforest RM11.13 dengan Garlic rice Chicken A&W RM7.90 , Float RM7.20 encik suami punya sedap2 semuanya 😘


Lepak jap situ sebelum turun ke Tea Lounge 😄




Pemandangan dekat bilik 1013 Premier King Honeymoon Suites 😍



InsyaAllah ada rezeki bolehlah menginap kat suites ni pulak kan 😁


Tea Lounge gelap je aku rasa tutup jadinya kami turun ke Tiffin Restaurant order Pizza Mushroom dengan Teh Tarik


Kami je hehe

mane taknye lunch tadi aku makan kek je kan patut pun perut berbunyik je

Nak tunggu makan malam dihantar ke bilik ada lagi sejam lebih 

Jadi santai jap lah kat bawah ni 😁

Lagipun dah boleh makan 1 meja 2 orang kan


macam pakai purdah kan? 😍


Rantai Mask 😄 2 in 1 kekdahnya 

Pizza Mushroom Herbs Cheese

& Teh Tarik

sedaplah makan fresh from oven 😍👍

pastu tinggal 4 keping tapau bawak naik bilik sebab nanti staff F&B k hantar makan malam pulak hihi



Patutla adik aku kata aku nampak bulat memang pun 🤣



 

Sampai dah makan malam kami 😍 Char kueyteow , Kueyteow Mamak , Mushroom Soup dengan air Mango Smoothie dan jugak Milo lepas isyak baru nak makan hihi  





   Sambil makan sambil layan cerita Thor 😄


Baki tak habis simpan dalam fridge 😁 

Pagi esok baru aku fikir nak berendam dalam bathtub letak sabun yang wangi tu banyak2 😄 sebab check out jam 3 petang


Wangi2 😍



Alhamdulillah sarapan pagi kedua dah sampai lebih kurang jam 7.40 pagi 😍 menu pagi ni Malaysia breakfast sedap2 rasanya 😘👍 layan makan sambil tengok tv hehe

 


Rehat sekejap pastu berendam dalam buih2 sabun milano 20 minit 😄 wangi betul 😍 dah nak check out hari ni Sabtu jam 3 petang huhu aku mintak encik suami tambah 1 malam lagi hehe tapi lain kali pulak katanya ha ha

 


Aku cadang nak berendam lama2 tapi sejenis manusia yang tak boleh berlamaan kat satu2 tempat pastu terus aku sambung mandi & keluar bilik air ha ha 🤣  


Baru nak melayan makan buah2 yang dapat masa hari pertama sampai tu 😁


Pemandangan pagi sabtu dari luar jendela ecewah 😄


Keluar jap gi shopping mall sebelah 😁


Sebenarnya masa ni aku rasa mengantuk ha ha sebab aku dah berendam dalam bathtub sebelum keluar 😄 bila sampai sini tandanya dah sampai lif nak turun hehe



Jom naik bilik cepat2 nak berendam lagi sebelum check out hihi 🤣


rehat2 sebelum check out 😄



Arah kiblat ada ditunjukkan atas ni ya dongak2 sket 😁


Untuk lunch aku tak order menu Tiffin Restaurant cuma habiskan menu2 yang belum habis dengan Tart Hokkaido Cheese yang aku beli tadi gi shopping mall sebelah hotel 😄

2 Baby Tart ( Durian ) RM4.72

2 Baby Tart ( Ori ) RM4.72

2 Baby Tart ( Salted Caramel ) RM4.72

1 Baby Tart ( Cookies )


gi Shopping Mall saje je nak beli kudap2an sebelum check out lebih kurang tak sampai sejam je kat Jaya Grocer tu lepas tu balik semula hotel 😃
Non Woven bag RM2.88
Kelloggs Cocoa Pop RM11.90
Chipsmore Oats original RM6.30
Chipsmore Oats dDark Chocolate RM6.30


Nak check out dah time ni berat rasa hati nak tinggalkan bilik hihi aku mintak encik suami tambah 1 malam lagi tapi encik suami esok nak gi kerja pulak 😁 takpelah lain kali boleh staycation lagi kan tapi lain biliklah pulak hehe ecewah ada niat dah tu 😄

Alhamdulillah kesimpulannya aku sangat puas hati & gembira staycation di Hotel Weil ni 😃 ini mengikut pengalaman aku lah sepanjang berada di sini tak mustahil akan ada staycation ke 3 pulak tak gitu encik suami 🤣

No comments: