Saturday, 22 May 2021

RAMADHAN 24 @ IMPIANA COFFEE HOUSE

 


Baru aku rajin nak update masa ramadhan baru2 ni 😄 sesekali berbuka puasa di hotel kan asyik masak , beli kat bazar dengan order food panda je  cuba pulak berbuka puasa di hotel 😍


 




Sampai awal kitorang bergambar dulu sebab tak ramai lagi orang masa ni bolehla bergambar santai2 😍


 


Dah bergambar jom ke coffee housenya tempat berbuka puasa 😘 ada muzik gamelan dekat situ meriah jugak


Bahagian Pencuci mulut buah2 , kek2 , pelbagai kerabu , telur masin , telur rebus , aneka sambal aku makan banyak kek dia yang rasa cheese tu sedap yang amat 😘 ada jugak samperit sedap sebab rangup2 gitu 👍


 Sudut air sejuk ada peach , Mango & SoyaBean



Kambing Panggang ni encik suami ambikkan kongsi 2 orang


 

Bahagian nasi & lauk Pauk ada rendang tok , masak lemak tempoyak , asam pedas & lain2 seriuslah aku banyak meratah lauk pauk jadi akhir sekali baru aku makan sesuap dua nasik haha sedih tak? perut dah penuh tak boleh tambah lagi nanti muntah caner?😄 


Bahagian Kueyteow Tomyam tapi aku dengan encik suami tak ambik pun sebab terlampau kenyang 😂



Bahagian lemang , nasi himpit & serunding2 dia , aku ambik 2 je buat rasa tapi memang sedaplah 😘


Ni bahagian bubur aku tengah ambil bubur jagung sedap aku ambik sikit je yelah kang tak habis pulak kalau ambik banyakkan hihi


Dah ambil menu duduk jap berkeriuk2 perut tengok makanan hehe 😄


Pakej berbuka puasa kat Hotel Impiana ni RM78 sorang sesekali bolehla kan sempena puasa 😘


Makan santai2 lepas solat maghrib dekat tingkat 1 hotel



Alhamdulillah kitorang sampai awal jadi dapat ambil makanan dengan santai2

 




Banyak makanan tapi percayalah perut kita kecik je haha jadi makanan kena ambil secubit2 gitu 🤣


Ok dah boleh berbuka ada ustaz azan dekat pintu masuk coffee house tu 😘


Makan sikit dalam 20 minit aku dengan encik suami gi surau hotel di tingkat satu 


Alhamdulillah gi solat awal tak ramai lagi orang



 


Dah solat barulah boleh sambung makan dengan tenang & santai 😍

Aku dengan encik suami santai2 makan sampai coffee house nak tutuplah haha hujan pulak kat luar kan Alhamdulillah puas hatilah berbuka puasa kat sini  😍👍

No comments: