Friday, 5 August 2022

CUTI2 CAMERON HIGHLAND

 


Tarikh Bercuti : 1/8 - 3/8/2022

Pesanan : Entri ni panjang selamat bertabah membacanya ya hehe 

 

Alhamdulillah , 1 Muharam 1444H aku dengan encik suami bertolak ke Penang jam 2.15 petang sebab nak ke rumah abang aku tido sana dulu sebelum bertolak ke Cameron , adik aku yang no 4 duduk penang yang ajak jadinya berkumpul kat rumah abang aku dulu lah , asalnya adik aku sekeluarga yang no 3 dengan abah aku tido rumah abang aku jugak tapi pagi tu dorang dah balik tak sempat nak jumpa jadinya lepak sehari lah kat rumah abang aku tu sebelum bertolak pagi esoknya


 Adik aku dengan anak buah tengah video call adik aku sorang lagi 

Kami duduk dekat homestay isteri sepupu aku kat Cameron tu , baru lagi kebetulan abang2 dengan kakak sepupu aku dah berkumpul kat sana seminggu sebelum kami pulak naik ke sana , aku pun terfikir sebelum tu bila lah dapat menginap situ kan sekali adik aku tu ajak ewah terkabul nak menginap situ 3 hari 2 malam , cukuplah tu sebab aku memang tak tahan sejuk pun ha ha

Malam sebelum bertolak ke Cameron aku dah mula cari tempat2 yang nak dilawati sambil minum teh panas2 hehe , memandangkan adik aku kata gi santai2 je tak payah rushing nak ke sana sini makanya aku kena plan yang rilek2 je antaranya aku plan ke Mardi , Pasar Malam Golden Hill ( takde hari biasa ) , Makan2 di Nasi Kandar Kuah Banjir Cameron Jaya ( C1 ) , pusing2 situ pastu jalan2 di Taman Sedia dan banyaknya lepak je kat homestay isteri sepupu aku tu dah hehe jalan2 sekitar homestay je 


Alhamdulillah perjalanan hari isnin berjalan lancar , kami terus ke Cameron Jaya dulu sebab nak makan tengahari di Nasi Kandar Kuah Banjir di blok C1


Dari Penang sampai sekerat jalan ke cameron adik aku yang bawak lepas tu sambung encik suami pulak bawak , aku macam biasa monitor dari tepi je hehe 


Nasi Kandar Kuah Banjir di Cameron Jaya , masa ni tenang je tak ramai orang santai je makan2 Alhamdulillah


Menu tengahari hari ni : nasi kuning , ayam masak sambal berempah , ayam masak gulai , ayam masak tandori , telur masin dengan teh tarik , teh o limau , teh ais , Alhamdulillah sedap jugaklah habis makan hehe


 Bismillah...makan tengahari jap di Nasi Kandar Kuah Banjir di Cameron Jaya sebelum check in homestay isteri sepupu aku , suhu semakin sejuk , lepas makan tahu la kan 🤣 tapi tak lama masuk homestay kabus tebal lalu pastu tak lama hujan turun , sejuk oiiiii kena pakai selipar dalam rumah pijak lantai pun sejuk amat haha seram je nak pijak lantai

 


Tengah makan ada pulak rama2 cantik hinggap kat tudung adik aku hihi mungkin rama2 tu ingat bunga agaknya warna merah2 haha family sebelah yang tengah makan pun paling2 tengok hihi 


Ni ha kad penginapan rumah isteri sepupu aku tu kalau ada rezeki korang adalah kosong lagi kalau nak menginap sini biasala kan kawasan hotspot pasar malam hehe 


Alhamdulillah dah sampai homestay isteri sepupu aku , jom masuk sebelum tu bagi salam dulu sebelum masuk ye


Dah jom masuk rehat2 betul2kan pinggang hehe


Ruang bergambar pun ada heee 

 Sudut bergambar kot gasaklah hehe


Sejuk2 suhu Cameron ni memang keraplah nak mengopi kan...


  Ni bahagian dapur semua cukup kelengkapn memasak tinggal bawak bahan2 masak je 


          Sudut dapur kering , nak masak sebelah dapur ni je tong gas semua ada


 Cantik je kan lampu meja makan ni


Tempat lepak2 santai sambil mengopi ke kan hehe kebetulan kabus lalu sebelum hujan turun pastu hmmm pijak lantai pun nak melompat haha Alhamdulillah isteri sepupu aku ada sediakan selipar 


 Aku dengan adik aku yang ambik cuti nak cuti Cameron lama tak naik katanya

Bilik master ada bilik air adik aku cop hehe


                     bilik air master

 


 bilik master , ada tingkap pemandangan bukit belakang yang kadang2 boleh nampak kabus lalu


ni bilik kedua jadi bilik aku dengan encik suami , tandas kat luar depan bilik ni je

Lepas maghrib kami bertiga gi jalan2 cari makan malam , last2 gi makan kat Restoran Highland Tomyam tapi menu yang order Bihun Sup adik aku order , aku order Chicken Chop Grill dengan air limau kasturi asam boi manakala encik suami order Meatball Black Pepper dengan air Teh O Limau Kasturi


Asalnya nak makan malam kat Centrum tapi penuh pulak tempat parking makanya pusing balik singgah kat Restoran Highlands Tomyam ni 


          Chicken Chop Grill Black Pepper 


       Meatball Black Pepper encik suami 


 Masa ni aku dah baring ngadap kipas ni memang takla aku bukak weh suhu jam 11.45 malam pun dah 18▪C  buat aku terpikir esok nak cari stokin kaki stroberi je ha ha ai is cannot la sejuk2 ni

 

Day 2 :-

Aku tak tahu tertido jam berapa semalam , suhu semakin turun 16°C pagi2 aku turun bawah jap nak cari sarapan pagi tapi banyak yang belum buka last2 gi beli kat cafe zetter suite je sebelah bangunan barrington square ni jalan kaki je sebelum tu gi bergambar dulu kawasan barrington ni 

 Depan pintu homestay Golden Rose


Jalan2 jap ambik udara pagi 


 Lapang je di hari bukan hari minggu hehe


 Lapang & segar pagi2 hehe


Depan apartment Barrington Square sementara kedai2 belum bukak 


     Depan Cafe Zetter Suite 


Cantik kan Cafe Zetter Suite ni


Masa ni kami je kat Cafe Zetter Suite  

 Alang2 tengah tunggu staf bungkus Nasi lemak Ayam Rendang 3 bungkus aku dengan encik suami foto2 la jap hehe


Bolehla lepas ni datang menginap sini kan

  

Sarapan dulu sebelum keluar jalan2 

 Lepas zuhur solat semua siap kami ke Kea Farm , adik aku nak beli Strawberry dengan Teh Perisa macam2 tu dengan buah2 kering manakala aku pulak beli ubi celembu dengan Jagung susu je kak ipar aku kata ubi tu sedap & manis kami beli sekilo balik homestay kang cuba rebus 3 ketul nak rasa 


 Shopping Time katanya di Kea Farm hihi

Jalan2 jap area Kea Farm Guest House

Lepas jalan2 sekejap kat Kea Farm kami ke Taman Sedia pulak masa ni memang dah jam 4 petang tadi hujan gerimis je bila dah berhenti suhu memangla sejuk teramat 18°C heeee malam kang mesti 16°C pulak sejuk uiiiii hehe dekat Taman Sedia tu kami makan malam dekat Opah Strawberry & Jam tu encik suami dengan adik aku order menu Mee Kari pastu air pulak Kopi O Panas2 dengan Teh O Limau panas2 aku pulak order Spaghetti Bolognaise Chezy tu dengan air Teh O Strawberry panas2 jugak tak ramai pun pelanggan sebab kedai dah nak tutup kan sempat adik aku dengan aku beli Scone Opah Farm dengan Kek Cheese Pak Tam kat Taman Sedia jugak


Depan Opah Strawberry & Jems


 Tengah tunggu order , Alhamdulillah boleh masuk duduk makan sebab dah petang kan sikit lagi kedai nak tutup


Sebab pagi dah makan Nasi Lemak petang2 aku order Spaghetti je lah


 Menu kami di Opah Strawberry & Jems


       Suhu petang hari Selasa 2/8/2022

 


 Jalan2 kat Kea Farm dengan Taman Sedia terbeli lah Kek Pak Tam perisa cheese , jagung susu dengan scone opah

Lepas makan sebelum balik ke homestay kami jalan2 kejap sampai ke Cameron Tea Valley ambil gambar jap pastu pusing balik ke homestay , Alhamdulillah lancar je perjalanan hari ni hari biasa kan kalau hari minggu atau hari cuti awam pastinya jem melekat


 Jalan2 sampai ke Kea Farm Guest House


 Parking jap kena lah RM7 bayar masa nak keluar


Cameron Valley Tea

Malam ntahla nak keluar ke tidak suhu sejuk2 kan hehe lepak dalam homestay je lah esok dah nak check out & terus balik Penang


Sejuk2 aku rebus ubi kat dapur belakang 


 Malam memang tak keluar la dengan suhu 19°C hehe jadi aku rebus ubi celembu 2 ketul potong kecik2 lepas dah lembut baru keluarkan dari periuk rebus


 Sedap jugak ubi celembu ni memang lembut je bagi yang suka manis sikit bolehla cicah dengan gula walaupun boleh je makan tanpa cicah sebab ada sikit rasa manis ubi

 


 Dengan suhu macam ni memang tak la kami keluar ha ha masing2 mengeram bawah selimut ha ha aku je layan tengok tv sambil menaip entri ni jap lagi tido lah ni

Biskut Supper kalau lapar tengah2 malam kang

 

 Day 3 :-

Pagi ni kami santai2 je dalam rumah sementara nak check out jap lagi , jap je pulak rasa cuti2 sini macam tak cukup pulak hehe paling puas hati kalau dapat santai2 seminggu kan heeeeeeeee ( panjang nak fikir duduk lama2 sini dengan suhu sejuk2 kan ha ha )


Kemas2 apa yang patut sebelum bertolak balik

 Jam 11 pagi lebih kami terus check out sebab nak ke Mardi Cameron , ada je ramai pengunjung masuk situ , kami jalan2 bergambar je dengan bunga2 , daun2 dengan dekorasi yang ada situ , dewasa masuk kena bayar tiket RM6.50 selesai jalan2 kami terus keluar gi makan tengahari di Orkid Food di Tanah rata jugak , selesai makan kami terus gerak balik ke Penang


 Jom jalan2 tengok apa ada kat taman ni


 Keluar je dari pintu masuk jalan ke kanan nampaklah i love mardi ni


 Bergambar jap 


 Jom bergambar maklumla pertama kali masuk Mardi CH ni hehe


 Nak lebih seronok datang jalan2 2 jam sebelum tutup 


Bunga bungaan sana sini cantik kan 


 Cantik bunga2 kat sini


Terang mata tengok ciptaan Allah S.W.T ni kan 


Bunga warna pink colour cantik


 SubhanAllah Masyaallah cantik

Duduk jap hehe luas Mardi ni 

 


Dengan adik aku yang ajak teman gi CH


ada tempat bergambar jugak 


 Gayat tak? hehe sikitlah

 


SubhanAllah terpegun jap aku tengok daun kaler macam ni 


 Cantik2 kan bunga sini


 Replika Teko pun ada sini hehe


 Jom bergambar cantik windmill ni


 Bunga bungaan yang ada

 Macam2 warna seronok cuci mata hehe


 SubhanAllah....cantiknya


 Sejuk & segar je mata memandang 


 Besar & cantik Bunga Matahari ni


 Cantik bunga ni segar je tengok

 

Apa ntah nama bunga ni lupa tengok nama tapi cantik kan hehe


 Pokok Periuk Kera jarang nampak


 Pokok Periuk Kera di Taman Agro Mardi

 


Comel je kan pokok periuk kera ni? jarangla aku nak nampak pokok2 macam ni melainkan dalam internet je hehe 


 Konfius jap aku nak pilih sebab aku ada je kat mana2 hehe


 Bergambar jap sebelum keluar

 Alhamdulillah perjalanan percutian berjalan lancar tanpa jem , syukur...

No comments: