Selepas selesai urusan sikit aku dengan encik suami gi cari makan pulak sebab perut dah bagi isyarat nak makanan :0 jadi kami pun cuba tempat makan yang belum dicuba lagi makanya membawa sampai ke Entro 38 area Jelapang Square tu :)
Bila Cafe Entro 38 dah penuh orang tempah untuk sambut hari jadi kami ke halaman by Entro 38 kat luar dia cari meja yang masih kosong depan dapur memanggang steak2
Nak datang ke sini memang kena awal sikit sebab cepat je penuh , ada disediakan surau boleh muat 2 orang solat dalam tu , tempat ambil wudhuk lelaki ada disediakan di luar surau , untuk perempuan ambil dalam tandas dalam Cafe depan tu , tandas dia amboiiiii macam hotel berbintang2 dekonya hihi nanti korang gi masuk tengok :0
Bukak je buku menu ni aku macam wow ni dah ala2 hotel star2 dia punya senarai :0 perlu baca dengan teliti hehe tapi aku order yang kad menu 1 lagi bukan dalam buku menu ni , nanti ada rezeki singgah sini bolehla cuba :)
Encik suami cuba air Kopilo manakala aku order GreenTea Latte ni , bagi aku sedaplah air dia tak mustahil aku order lagi di lain kali :)
Bila dah solat semua baru tenang nak santai2 makan malam kan :) makin cantik bila lampu dipasang
Order pertama kami cuba Chicken Chop grilled ( RM17 ) dia , Alhamdulillah sedap kat tekak aku ni :0 tak mustahil akan order di lain kali , menu set sekali french fries dengan blackpepper sauce
Pastu aku order Satay Ayam ( RM1.20 ) 10 , Daging ( RM1.30 ) 10 dengan Nasi Himpit ( RM1 ) 6 , memang sedaplah rasa rempah2 dia dengan kuah kacang pun sedap , aku macam rasa macam ni lah yang aku nak kalau makan kat luar semua sedap kat tekak aku hihi kadang ada yang kita jumpa yang tak menepati selera kan :0
Adaerce charge 5% jugak
Kebetulan malam tu ada orang nyanyi2 suara pun sedap di dengar , orang macam ni lah patut ada di pentas nyanyian bukan yang tak sepatutnya :)
Dalam tu memang cantik2 deko dia sampai ke tandas , bolehlah kalau nak buat sambutan apa2 dalam tu tapi kena buat tempahan awal biasalah tempat hotspot ramai je datang makan2 sini..
No comments:
Post a Comment