Saturday, 3 December 2022

SANTAI PETANG DI VIETNAMESE STREET'S BEST

 


Alhamdulillah hari ni lepas selesai beberapa urusan dunia :0 aku dengan encik suami singgah makan di Vietnamese Street's Best kat Greentown Avenue Ipoh , pertama kali jejak makan kat sini , ayuh tunggu apalagi jom masuk hehe :)


Sebaik je melangkah masuk dah ada beberapa pelanggan menjamu selera kat situ , kami pun pilih meja no 26 terus scan QR Code untuk pesan menu , banyak pilihan jugak tapi untuk pertama kali ni kami order nasik je lah dulu :) dekorasi pun cantik & kemas


 Jom tengok nama menu kami order :) aku order Com Ga Quay iaitu Nasi Ayam Panggang Serai RM22.90 pastu air Carrot Milk RM8.90 manakala encik suami order Com Xao Bo iaitu Nasi Goreng Daging tambah telur dengan air Mojito Viet Ice Coffee RM9.90 rasa? semuanya sedap puas hatilah :0


Jom semua order dah sampai apalagik?:0 Bismillah....lapar dah perut masing2 hehe 


Masa ni dah nak keluar , tinggal kami je hehe , selesa & aman je layan makan tengahari kat sini Alhamdulillah....ada rezeki insyaAllah boleh datang lagi cuba menu yang lain pulak :)

No comments: