Kisah seminggu lepas aku dengan encik suami singgah makan di De Bois Cafe ni , rasanya dah kali kedua kami datang makan sini cantik dan selesa tempatnya , kalau datang ramai2 boleh duduk di sebelah luar cafe memang luas kawasannya dan setakat aku gi makan sini memang sedap2 lah menunya Alhamdulillah syukur padaNya
Mula2 keropok ikan sampai dulu harga sepinggan ni RM4.90 jap je abis makan kalau dah ada depan mata ha ha :0 siap encik suami mintak tambah sos lagi
Encik suami order air Hot Lemon Tea harga RM3 manakala aku order air kegemaran aku semestinya Ambra Asam Boi harga RM7.90 memang sedap kena dengan tekak aku :)
Aku belek2 buku menu tertarikla dengan Nasi Goreng Petai ni harga RM17.90 Alhamdulillah sedap jadi berbaloilah kan hehe ;)
Encik suami order Smoked Salmon Salad harga RM14.90 ingatkan dapat ikan salmon yang besar sket tu tapi rupanya jenis salad sekali haha tapi sedaplah aku kata ok apa menu diet tu hihi :0
Senarai menu untuk ditanda kot2 ada yang belum dapat :)
Dah kenyang apalagi beransurlah dulu insyaAllah ada rezeki singgah lagi cuba menu2 lain pulak :)
No comments:
Post a Comment