Monday, 24 February 2014

NO BAKE BANOFFEE CHEESECAKE





Malam ni rajin pulak nak buat cheesecake ni kan :)
sebab ape?? tak payah nak bakar2 segala ;p
simple jek
name pun no bake kan :)
nak tahu camne tak simplenye???
meh haku tunjukkan :)



 amek 2,3 biji pisang lenyek2kan dia dah siap lenyek letak tepi :)


then amek biskut digestive ni dalam 11 - 12 keping hancur2kan dia mcm kat gambar bawah ni :)



nak hancur2kan biskut tadi jadi macam serbuk gitu pakai je lah ape2 pun asalkan biskut tu boleh dihancurkan :) dalam kes haku ni haku guna penumbuk lesung ni jek :) then letak tepi jap



pastu amek butter dalam 75g kita nak cairkan dia cam gambar kat bawah ni :)



haaa dah cairkan kan? :) pastu campurkan butter cair ni dalam biskut yang dah kita hancurkan tadi gaul2 jap then tuang dalam bekas pembakar mcm kat bawah ni tapi kita tak bakar dia ye :)



then tekan2 dengan sudu bagi samaratakan dia pastu dah rata letak dalam peti ais jap bagi kejap :)



then amek periuk lak masukkan 400ml susu pekat tu untuk kita jadikan karamel jap lagi :)



then masukkan 125g butter macam kat gambar atas ni,haku hiris2 sket senang n cepat dia cair nanti :)



pastu masukkan 125g gula perang then kacau2 dia :)



bila dah jadi mcm gini makanya tutup je la api tu dah biar dia kat situ mari kita gerak ke tempat lain lak :)



kuarkan cream cheese ni kita nak pakai dalam 450g je tapi yg ni campur 2 dah 500g ;p haku belasah jek taruk semua hihihihi ;p



k masukkan cream cheese tadi dengan pisang yang kita lenyek2 awal tadi dalam 1 bekas mcm gambar atas ni :)



masukkan 250g thick cream ni dalam bekas tadi jugak :)



k dah masukkan 3 benda tadi makanya mesin2 je bagi sebati :)



dah sebatikan :)



k yang ni karamel tadi bila dah sejuk tuang atas biskut yang kita dah tekan2 tu kan pastu masukkan dalam peti ais jap bagi karamel kental sket pastu baru kita tuang yang kita mesin tadi macam gambar kat bawah ni :)



buat mcm ni rata2kan cheese2 banana ni mcm ni :)



then tabur2 la coklat rice kan :) hmmm tak sabarnye nak makannnn ;p



pastu letak hirisan pisang atas tadi,sebelum hirisan pisang diletakkan atas tu celup2 hirisan pisang dalam jus lemon jap..dalam kes haku ni haku lupe lak nak celup2 ngeeee pasal byk sgt step haku pun lupe huwaaa ;p padan la kan,abeh tu motip haku beli lemon tadi??? ;p takpe leh guna untuk masakan yang lain lak ke kan??? ayat penyedap hati ;p



k baki karamel tadi just tuang2 atas hirisan pisang tu je pastu masukkan dalam peti ais esok bolehla keluarkan n makannnnnn hmmm tak sabarnye nak raseeeeeeee ;p



SEKIAN RANCANGAN MASAKAN DARI CHEF AMYAKIM ( perasan betul ;p )




NO BAKE BANOFFEE CHEESECAKE

INGREDIENTS :

- Juice of 1 Lemon.

FOR THE BASE :

- 180g Digestive Biscuits @ Graham Crackers.
- 75g Melted Butter

FOR THE CARAMEL :

- 400g Tin of Sweetened Condensed Milk.
- 125g Butter
- 125g Brown Sugar.

FOR THE CHEESECAKE :

- 450g Cream Cheese
- 300g Mashed Bananas
- 250g Thick ( Stiff ) Cream.

FOR DECORATION :

- 1 Banana Sliced


No comments: