Thursday, 6 February 2014

PERTAMA KALI NAIK KTM :)





Terus cite pasal hari balik hehe :)
sebenarnye dalam mood keletihan lagi sebab cuti2 CNY memang JJCM je dengan family tercinta :)
ye time balik haku ngan encik somi naik ketapi lak which is KTMB la kan
pertama kali kot naik ketapi ni :) saje nak rase best ke naik ketapi hahaha ;p
rupenye memang best kot walaupun aircondnye tersangatla sejuk hehe :)

walaupun amek tiket last minute tapi dah memang rezeki ade jugak tiket untuk 2 orang walaupun semua seat lain dah habis n seat kami tinggal lagi 5 tiket je lagi ;p ye memang haku suke amek last minute ntahla peel dari dulukala lagi ;p..saje suke take a risk..korang jgn follow ok ;p

kami amek seat superior kenela dalam RM39/person
dari Alor Setar ke KL Sentral
ketapi bertolak jam 8.18 malam sampai jam 6.30 pagi
encik somi tak boleh tido sebab sejuk sangat tapi binik dia???? guesss??? ;p
membuta tido2 ayam je walaupun aircondnye sejuk then bukak half lampu kan :)
tapi haku selubungla dengan sweater kan tapi rasenye lepas ni kalau naik lagi ketapi kene pakai sweater musim sejukla pulak kot ;p
family haku pakat datang hantarla sebabnye ni la first time dorang hantar kat stesyen ketapi haha
selame ni hantar kat stesyen bas jek ;p
lepas ni confirm dorang pun teruja nak naik ketapi kan :)
bolehla haku buat trip family naik ketapi pulak pasni ;0..
best memang best :)



oh ye ketapi yang kami naik ni namenye SENANDUNG LANGKAWI :)


tiket untuk 2 orang...seat kami bukan sekali tapi kami mintak kat penumpang tu untuk tukar seat n ok je :)



time ni dah masuk kat balai berlepas ecewah ;0..ingat family boleh naik same tp rupenye boleh hantar sampai kat gate je huhu sedih nak tinggalkan family...


 seat kami di L5



see muka excited first time nek ketapi hikhikhik ;p..tu jejaka sebelah encik somi tu la yang haku mintak encik somi tukarkan kalau tak takkan haku nak duduk dengan beliau sepanjang jam kan???  agak2la ;0



penumpang depan kami :)


sebelum tren jalan memang adela orang hisap rokok kat luar pintu koc tu tapikan dorang tak tutup plak ngeeee so haku ni memang alert dengan asap rokok tu yang cepat2 tutup hidung tu..i hate asap rokok ngeee ;p tak tahan ok!

 
 see siap ade balm tiger lagik...legala sket :)

 time ni penumpang ke mane ntah so mari kita bermaharajalela jap amek gambar heeee :) dah kate duduk je tak tahu nak buat ape kan :)

 memang menahan kesejukkan je kan :) kene bawak lagi tebal ni baru selesa :)


 saje mintak encik somi gi snap suasana kafe/kantin dalam ketapi ni sebelum kami gi supper kat situ :)..so kantin ni selang 1 koc je dari koc kami :)


 so cakap kat encik somi nanti jam 1.45 pagi kita gi makan2 kat kantin..coz maybe time tu orang takdela sangat kan sebab dah tido ;0...tepat jam 1.45 pagi tahu pulak perut haku berkeroncong kan ish sungguh menepati masa makan betul ;p...adela mak haku bekalkan nasik dengan ayam goreng dengan kerabu mangga n sambal petai kan tapi tu encik somi yang bedal ;p..haku order Nasi Goreng Ikan Masin dengan Telur Mata n Teh Tarik panas...total RM10...tapi memang sedap ok!! :) 


 sebab sedap encik somi nak cube mee goreng dia pulak..tadi baru je habis bedal nasik ish ish ish ;0...tapikan mee goreng ni pun sedap huhuhu harga dalam RM5 sket lagik jek haku nak jugak tapi sabar2 ;0...so rase je la sket2 ;0...baru je makan nasik tadikan ;p..

 tapi feel best je makan dalam ketapi tgh berjalan hehe..walaupun malam kan tak nampak ape kat luar tu tapi tetap rase best :)

 

dah makan tu mohle kita balik ke pangkal jalan hahaha....tak lame haku jek tido..encik somi jadi tukang jaga ;0..beliau takleh nak tido sebab sejuk n cerah ;0...haku suruh selimut je dengan sweater dia tu tapi katenye tanak sebab sejuk so ape2 je lah i titun dulu daaaa ;0...memang kijam hahahaha ;p



terjaga sekejap dah kemana pulak encik somi ;0..ooo nak gi tandas ok silakan ;0 haku sambung zzzzzzzz ;0



ok yang bawah ni dari maklumat kajian haku la so lepas ni boleh cube naik koc seat atau cabin yang lain pulakkan :)





Kabin Kelas Satu 2plus (ADNFB)

Kabin ini mempunyai katil berkembar (atas & bawah). Sinki disediakan. Kabin ini adalah kabin persendirian.
Kabin Kelas Satu Selesa (ADNFD)

Kabin ini mempunyai katil berkembar (atas & bawah) dan dilengkapi dengan bilik mandi dan tandas. Kabin ini adalah kabin persendirian.
Koc Duduk MTT Kelas Superior (BASC)

Koc ini mempunyai 64 tempat duduk dimana penyandar kerusinya boleh dilaraskan sehingga tahap penurunan 45 darjah membolehkan perjalanan yang jauh tidak terasa. Perjalanan dalam berkumpulan akan bertambah ceria apabila kerusi dilaraskan ke tahap pusingan 360 darjah untuk berhadapan sesama rakan. Dengan kemudahan tandas pada setiap koc disediakan memberikan pengguna keselesaan yang tersendiri.
Koc Tidur Kelas Superior (ADNS)

koc katil harga RM48 (atas) RM54 (bawah)

Sekiranya anda mempunyai bajet yang minima dan ingin menggunakan koc tidur, koc ini adalah koc yang sesuai. dengan kapasiti sebanyak 40 katil atas dan bawah serta kemudahan tandas disediakan pada setiap koc. Bagi individu atau kumpulan yang membuat perjalanan, koc ini adalah koc yang sangat sesuai digunakan.
Koc Tidur MTT Kelas Prima (BADNF)

Koc ini mempunyai 18 katil persendirian. Dengan kemudahan singki disediakan memberikan pengguna keselesaan yang tersendiri.
Koc Tidur MTT Kelas Superior (BADNF)

Koc ini mempunyai 34 katil atas dan bawah. Bagasi kini lebih tersusun diletakkan di ruangan bagasi yang terletak di bawah katil serta di atas . Dengan kemudahan tandas pada setiap koc disediakan memberikan pengguna keselesaan yang tersendiri.


Tempat Duduk Kelas Ekonomi (AEC)

Koc ini mempunyai 74 tempat duduk. bagi mereka yang mempunyai bajet yang minima, koc ini sangat sesuai dengan tambahan kemudahan tandas tang disediakan. Dengan penghawadingin yang dipasang memberikan anda satu pengalaman yang selesa walaupun jumlah penumpang yang sedikit ramai.
Tempat Duduk Kelas Prima (AFC)

Dengan 3 kerusi sebaris serta ruang yang luas memberikan anda keselesaan yang maksima untuk perjalanan yang jauh. Dengan kemudahan tandas disediakan pada setiap koc memberikan lagi keselesaan untuk perjalanan yang jauh.

Tempat Duduk Kelas Superior (ASC)

Koc ini mempunyai jumlah kerusi sebanyak 60 kerusi. Dengan ruang yang selesa serta tandas yang disediakan pada setiap koc membolehkan perjalanan yang jauh tidak terasa.
surau pun ado??? al maklum first time kan :)  tapi haku dah siap solat kat stesyen ketapi tadi siap jama' lagi :)




sekali sekala best dapat rase pengalaman naik ketapi sebab rase macam lepas ni memang keje haku naik ketapi je la kan hahahahaa :) leh ajak family n kawan2 lak :)






byk lagi N3 cuti2 CNY nak update..haku akan update soon k :) daaaaa

No comments: