Saturday, 7 March 2015

IKAN OH IKAN :)




Ikan oh ikan mengapa engkau errr k cukup sebab takde idea nak sambung haha
Berpagi2 idea pun belum muncul tapi nak cite tentang ikan je :)



Haku ni adalah seorang insan yang jarang nak makan ikan
padahal masa duduk kampung dulu mak haku rajinla masak ikan ikan ikan dari ayam
Agaknya sebab tu la kami adik beradik sentiasa sihat dan cergas hehe :)



Sekarang ni bila dah kawen & duduk sendiri asyikla makan ayam ayam ayam dari ikan ;p
Tetibe rase macam semacam je bila jarang makan ikan :)



So semalam haku terfikir nak masak ayam seminggu sekali je pastu masak ikan 6 hari berikutnya
Daging lak sebulan sekali sebab haku dengan encik somi kureng daging sket tapi kalau daging burger ramly layan je :)



So tadi haku mencari info kelebihan makan ikan antaranya :


1. Bagus untuk perkembangan otak sebab ikan kaya dengan omega 3
2. Ikan sumber rendah lemak so mengelak serangan jantung
3. Kaya dengan sumber protein,vitamin dan mineral
4. Kolesterol kurang
5. Kurang risiko radang & sakit sendi



Tapi lebih baik ikan dimasak dengan cara kukus berbanding digoreng dan dibakar
Sebab kalau ikan digoreng atau dibakar kandungan zat radikal bebas,karsinogen dan kolesterol jahat adalah lebih besar



Ok2 nak jantung sihat & hidup sihat mestila elak minyak2 ni kan
hmmm menu makan banyakkan yang kukus
hmmm hehe adeh 
tapi haku rasa kalau kena cara masak mesti jadi sedap jugakkan?



So semalam haku gi pasar malam dengan encik somi
Haku beli ikan dengan sayur2  je sebab bila dah banyak sangat makan ayam jadi macam muak pulak sementara ni :)
So marila kita masak ikan pulak tapi cara steam
Tapi kalau goreng pun lepas tu letak je ikan atas tisu serap tu kan nak kurangkan minyak yang berbaki kat ikan yang digoreng tu
janji elak masak menggunakan banyak minyakkan :)



Pastu haku jugak jarang sangat masak udang dengan sotong jugak ketam dan selain dari ayam dan ikan
Heran jugak haku kenapa haku tak masak masakan laut tu kan
agaknya sebab haku ade alahan tapi kalau sesekali layan jugak :)
Kalau nak makan seafood ni makan je kat luar sebab takde istilah seafood dalam umah haku :)



Tapi masa haku kat kampung dulu mak haku pelbagaikan masakan
Terror la mak haku ni heeee :)
Sebab mak haku ni dia tak layan kalau anak2nya tak nak makan itu ini
Ape yang terhidang makan je jangan banyak songeh kalau tak lapar la sorang2 ;p
 fuhh sebab tu la kami adik beradik semua makan tak kisah janji halalan toyyiban la kan :)
Tapi masakan ibu la kita paling suka kan :)
Time sesekali balik tu mesti mak haku masakkan masakan kegemaran kami
Abah haku lak sanggup gi cari masakan kegemaran anak2 dia kalau tahu nak balik
Betapa sayang dorang kat anak2 dorang kan walaupun tak diungkapkan dengan kata2 tapi perbuatan dorang dah jelaskan segalanya :)
*mood rindu nak balik kg sebab dah lama tak balik ;p



K nanti haku borak lagi sebab ada misi nak mengemas rumah lak ni
Nak ubah sana sini bosan lak haku tengok kedudukan samaaaaaa jeeeee ;p
Tengah ade mood rajin ni mohle kiteeeee kang mood malas babai je laaaaaaa ;p heeee



p/s : semalam haku mimpi dukung baby :)
siap senyum lagi kat haku tau
rasa dalam mimpi tu mcm tu anak haku je heeeee
dahla dulu kawan haku mimpi nampak haku dengan baby
:)
apakah? :)
amin......mudah mudahan kan....


































































No comments: