Thursday, 5 March 2015

Kalau dah shopping tu....




Hari tu haku kan gi mydin mall ngan encik somi
tengah jalan2 bahagian sejuk beku tu haku ternampakla sorang budak kecik dalam umur 4,5 tahun lari2 sambil pegang aiskrim cawan cari mak ayah dia
agaknya terlampau asyik tengok atau pilih aiskrim tu dah tak ingat mak ayah dia kan
pastu yang agak hairan tu mak ayah dia tak perasan ke anak dorang takde dengan dorang?
ok haku rase mesti si mak ingat anak ade kat si ayah pastu si ayah lak mesti ingat ade kat si mak
ya ampunnnnn tepuk dahi haku
tapi yelah kadang2 perkara macam ni terjadi jugakkan atau terlepas pandang tapi hal2 macam ni la sangat berbahaya 



so time tu haku perati je budak tu sambil mengomel kat encik somi hahaha
haku kata 'Ya Allah bang,tengok budak tu,mana mak ayah dia??'
*tetibe hati haku panas pulak ;p
encik somi tengok jugak budak tu tanpa bersuara



so kami hanya tengok je budak tu yang tercari2 mak ayah dia yang rupenye dah jauh ke depan sana
haku fikir kalau tetibe budak tu nangis haku akan gi kat dia n teman dia cari mak ayah dia
kalau tak jumpa haku nak bawak dia ke pengawal keselamatan depan tu
mana tahu dorang boleh buat pengumuman kan?



tak lama haku nampak mak ayah dia sorong troli ke arah bahagian sejuk beku tempat kami berdiri tu
terus anak dorang gi kat dorang
dah mak dia marah pulak si anak amek aiskrim cawan tu
ok takpela kan tapi haku pasti mesti dorang berdebar2 je lepas perasan anak dorang takde ngan dorang kan?
haku yang perati ni dah cuak dah yelah tahu je la kes sekarang ni kan?
ape tak tahu????
sila la amek tahu adeh! ;p



so haku nak pesan sayangilah anak korang yang ade anak tu kan
walaupun sibuk shopping pastikan anak2 sentiasa ade bersama korang
mata tu sambil tengok barang2 nak beli tengok jugakla di mana anak anda
atau pastikan anak anda sentiasa ada di depan anda
atau anda gi shopping sorang anak2 tinggal dengan encik suami kat 1 tempat yang mana pastikan suami anda sentiasa tak lepas pandang anak2 anda
atau kalau kat shopping komplek tu ade macam kidzania tu haa tinggal je suami ngan anak2 anda kat situ anda gi shoppingla sorang2 kan :)
takkan nak suami lak yang shopping kan kang lain pulak yang dibelinya ;p


 haku pernah sekali dulu nak turun escalator pastu baru je beberapa saat haku tertoleh ke belakang nampak anak buah haku tengah tercari2 kami
terus haku panggil
lepas pada tu kalau anak2 buah ikut shopping ke terus haku pastikan dorang sentiasa ade bersama n ade orang dewasa bersama dorang
sebab haku gi ramai2 kan 
seram je
adeh :)

































No comments: