Alkisah family aku ke sabah negeri bawah bayu pada awal december 2017 lepas , aku baru berkesempatan update kat blog aku ni pagi2 buta sebab aku langsung tak mengantuk lagi sebab supper dengan encik suami kat kfc tadi hehe
Suhu sejuk malam ni so aku order kopi o panas je sedap minum panas2 dalam suhu yang sejuk 😘
Ok jom sambung tajuk asal muahaha 😄
Ni dorang kat airport penang , dah makin tinggi anak buah aku adam cucu lelaki sulung dalam keluarga aku hmm kejap je rase adam ni membesar ke aku yang semakin purba? ha ha ha 😄
Abah aku dengan bestfriend beliau Ammar yang kuat makan , pagi2 memang muka dia dulu akan tercongok kat dapur hahaha aku syak dia ni jenis orang yang ambil sarapan pagi macam aku 😄
Gambar atas ni tempat penginapan pertama mereka , budak2 ramai ikut so wajib pilih hotel yang ada kolam so seronokla mereka main air
Mak long dan mak aku masa ni baru sampai hotel so rehat2 dulu sehari , bila bercuti bersama warga emas percutian lebih kepada rilek2 je tak boleh rushing2
Antara bilik yang ada di hotel tapi nama hotel aku lupa rasanya dorang ada bagitahu duduk di marina hotel
Bergambar depan hotel sebelum agenda perjalanan dimulakan 😊
Masing2 of course eksited memulakan perjalanan di bumi sabah yang indah dan permai 😎 siapa yang tak tahu sabah memiliki pemandangan yang cukup indah di samping banyak tempat2 menarik untuk dilawati 😉 tetiba ayat aku jadi macam karangan 😄
Abah aku bersantai2 di ruang tamu hotel , seronok abah aku ikut ke sabah kalau tak memang susah nak pujuk beliau ikut sama tu pun adik beradik belikan je tiket nak tak nak kena ikut ha ha bila dah ikut seronok pulak haaa kan best lagi2 jalan2 dengan family 😄
Pagi sebelum memulakan perjalanan wajib bergambar dengan berlatarbelakangkan gunung ganang yang diselaputi awan tak sepenuhnya 😄
Budak2 paling gembira 😍 sepupu sepapat bermain2 di pelantar resort hari kedua 😊 memang cantik pemandangan depan tu kan
Alang2 datang jauh2 mari bergambar banyak2 😃 atuk nenek dengan cucu2nya
Abah dan Ammar berbaju sejuk 😃 maklum sajelah suhu sejuk di kawasan gunung ganang he he
Cucu2 dah ramai bangun tidur ha ha so bergambar lagi sekali 😃
Adik perempuan aku yang single & available ni memang kaki jalan macam abang & ahkak2nye 😃
Datuk vs Cucu2 ramai hero yang heroin baru 1 😍
Mak dengan mak long aku sentiasa bersama2 pergi bercuti , alhamdulillah bersama2 jugak tunaikan umrah & haji , kaki jalan jugak sebab tu turun dekat keturunan bawah2 kaki travel 😄
Wajah ceria dalam mode percutian yang menyegarkan minda oleh itu jom gi bercuti 😃
Masa ni di Dairy Farm Kundasang , kawasan ni mempunyai pemandangan gunung ganang yang memukau seolah berada di New Zealand 😍
Adik , mak & mak long di Desa Cattle Kundasang , suhu di sini memang sejuk walaupun ada cahaya matahari
Atuk dan cucu2nya Ammar & Aidina 😊
Pasangan pjj 😃 sorang keje sana sorang keje sini nasibla 😃
Mak & mak long aku tengah meronda2 kawasan sekitar dairy farm 😊
My mak long yang happy 😊
Sebelum ke tempat lain jom wefie pulak dengan pemandangan cantik di belakang 😃
Pagi berikutnya jom wefie ramai2 lagi 😊
Di mana ada nenek2 di situ ada cucu2nya 😊
Aidina yang semakin nampak rupa mamanya & dah besar budak kecik comel ni 😍
Perjalanan diteruskan ke pulau2 pilihan : manukan , sapi
Dah sampai pulau terus nenek2 duduk borak2 😊
Jom wefie gitu 😃
Sebelum bertolak ke airport jalan2 ke muzium 😎
Bab bergaya champion 😄
Abang aku yang kaki travel jua 😃
Selepas jalan2 di muzium mereka terus ke airport balik semenanjung
Alhamdulillah 😍
Sekian dari meja pengarang empunya blog 😄 nanti kita borak2 lagi ye daaaaa
No comments:
Post a Comment