Wednesday, 10 January 2018

POPIA DAGING MIX VEGE




Hai korang 🙋

Awal2 tahun ni macam rajin sket buat N3 baru kan 😄
Harap tu aku rajinla mengupdate pasni walaupun aku boleh dikatakan sibuk dengan urusan hari2

Ni pun aku tengah usha 1 tempat untuk anniversary kami akan datang , ada beberapa pilihan tempat tapi selepas dipertimbangkan aku decide pergi ke tempat yang encik suami tak pernah jejak lagi walaupun aku dah jejak beberapa kali tempat itu muahaha 😄 so ya banyak pulak nak survey2 itu ini waduh pusing kepalo den 😄

Oklah sekarang ni aku nak cerita tentang popia aku ni so jom kita tengok resepi popia ikut apa bahan yang ada dekat dapur aku tu 😄


So ini je lah bahan2 buat popia cara aku kali ni 😄
Ape yang ade guna je lah 😃 mak aku tepon time tengah gulung popia ni hehe rajin tak anak mak ni? 😄



Cara buat inti ni sonang je , mula2 tumis hirisan bawang besar bila agak kekuningan tu masukkan daging burger ramly , kacau2 sampai daging masak baru masukkan mix vege kemudian perasakan dengan sos tiram , siap! 😘



Dengan inti banyak tu boleh dapat 18 biji popia , banyakkan? 😍 pueh ati makan hehe



So time gulung popia ni gulung longgar2 gitu supaya bila goreng nanti tak pecah2 , aku pun ada baca tips macam tu so ya ai follow saja 😋


Lepas siap digoreng & dihias 😘



Naturel Blend Cooking Oil
Minyak masak bunga canola & bunga matahari
RM17.80
2Kg = 2.2 liter

So tahun ni aku decide nak masak2 pakai minyak ni pulak

Aku sebenarnya cuba nak kurangkan minyak dalam masakan tapi selalu tak berjaya sebab masakan aku nak tak nak kena jugak pakai minyak so mungkin aku kena fikir menu lain yang tak pakai banyak sangat minyak atau kurang penggunaan minyak hmm 🤔😃
Minyak ni aku beli kat jaya grocer mall
Pastu terus ke secret recipe 😄




Gardenia Muffin Banana & Walnut RM1.60 pilihan encik suami



Gardenia Say Cheese Pizza Mania RM2.30
try ambik ni nak rasa hehe



Ice Blended Coklat RM9.91

Encik suami yang pilih air ni sebab kami kongsi 2 orang , asal aku nak pilih air panas tapi encik suami cakap sikit je air dia kalau ambil yang panas so ok lah order air di atas je lah ai ok jek 😋



Cheese Berries Cake RM8.30

Bagi aku ok je lah rasa kek ni cuma mungkin aku kurang menggemari beri so ya layan je sampai licin sebab aku dah pilih nak makan kek ni 😄




Chocolate Chip Walnut RM8.30

Kek ni bagi aku sedapla jugak lagi2 bila makan tu rasa gigit2 kacang walnut tu nak buat sendiri memang ke lautlah haha so baik beli & makan je kat Secret Recipe ni 😄


Oklah aku stop dulu nak tido jam pun dah 1.36 pagi zzzz wassalam...

No comments: