Tuesday, 14 July 2020

BBQ DI HUTAN LIPUR KLEDANG SAIONG



Aktiviti BBQ ni antara kawan2 encik suami jadi secara tak langsung para bini pun terlibat sama sebab sape yang nak masak kalau tak para bini kan? 😃


Seawal 4.30 pagi aku dah masuk dapur memasak
Sebenarnya dari malam lagi aku dah sibuk siap2kan peralatan bbq dengan menu masakan 😄
Ni antara menunya Sayur Sup Campur


Daging tu aku perap dengan serbuk lada hitam Seri Aji tu cadangan dari Eka bini Fizi
Sedaplah jugak sebab pedas2 gitu
Lain2 aku siapkan Salad , Tomato , Timun , Keropok , Nasik lain2 menu bini Fizi Eka dengan bini Hafiz Qilah sediakan
Pembahagian tugas dah pun dibincangkan di group wasap para bini gitu 😄


Menu dari Eka bini Fizi
Bihun Goreng , Nugget , Ayam Perap dan Air Oren


Peralatan Bbq dengan tikar aku letak siap2 depan pintu senang nanti lupa pulak benda penting ni 😃


Asalnya nak bbq dekat Ulu Cepor
Tapi tak bukak lagi
Jadi patah balik ke Hutan Simpan Kledang Saiong ni
Alhamdulullah bukak
Dah cantik dorang buat situ
Tengok lama kan aku tak datang sini 😄


Dulu takde lagi papan tanda tu
Jadi aku pun tak lepaskan peluang 😃
Selfie pun jadila asal ade hehe



Sampai2 para suami siap2kan tempat bbq
Walaupun pihak Kledang ada sediakan tapi takpelah dah bawak jadi gunakan peralatan sendiri je
Lagipun Hafiz suami Qilah pun bawak tempat bbq tu yang guna pun 1 je hehe
Lain2 para bini siap2kan tempat makan
Alhamdulillah ada pondok
Cuaca pun bagus
Risau hujan je sebab tengah musim kan
Bak kata Eka hujan Rahmat 😃
Dari pagi sikit2 je hujan pastu berhenti
Dapatla kami berbbq hari ni 
Alhamdulillah Syukur😍


Bini2 TXCJ 
jumpa masa majlis makan2 kat tempat kerja suami masing2 terus rapat sampai sekarang
3 orang bini same pulak bulan kelahiran Okt 😄 dah ade pulak agenda nak sambut sama2 kat 1 tempat ni 😃


Suka sangat dengan keropok bawang warna warni ni
Tahu dah syikin ni suka 😄
Abgnya faris suka jugak tapi suka makan yang warna kuning


Anak qilah Syikin yang comel & manja
Dengan semua orang cepat je mesra
panggil aku ummi , encik suami abi 😃


Encik suami dan Fizi siap2kan tempat bbq



Ada ikan dalam ni banyak pastu nampak sekor ikan besar tak dapat nak tangkap lincah je lari sembunyi 😃


Ketua masak bbq hari ni Encik Hafiz suami Qilah 😃👍




Qilah dan anak2 jugak Eka


Dengan Syikin anak Qilah


Dah masak apalagi jom makan 😃



Faris pun rajin nak menolong mengipas 😃





Para suami sibuk memasak 😃👍


Qilah berlakon macam orang dulu2 basuh kain kat sungai 😄 cuma tak pakai kain batik je hehe


Cuak je syikin mamanya bawak masuk air 😄


Suka betul faris dapat berendam 😃


Abangnya syikin faris ni pantang je jumpa air dati mula sampai nak balik memang berendam je 😃


Syikin takut air 😄
Tapi berani2 jugak asal ada orang tepi dia


Lepas mandi lapar balik 
Sambung makan je lah 😃

Dalam 4.30 petang tu staff kledang saiong bunyikan siren masa dah tamat semua kena keluar sebab dah nak tutup tempat hutan lipur tu
Eloklah kami kemas2 terus keluar
Alhamdulillah selesai plan bbq bersama 😃👍
Dalam masa yang sama bincang next trip birthday pulak 😄
Semoga semuanya berjalan lancar
Aamiin...💕

No comments: