Sunday, 26 July 2020

BERPAGI2 SARAPAN DI KFC



Al Kisah jumaat suami aku cuti jadi bila beliau cuti automatik aku jadi malas nak masak2 kat rumah 😄 aku pulak jenis orang yang tahap wajib sarapan pagi makanya jam 7.30 pagi aku dah ajak beliau gi sarapan kat kfc tak jauh dari rumah aku tu sampai je kat kfc tak bukak lagi haha bengang je encik suami sebab kejut dia awal sekali kena tunggu pulak muahahaha 😆 alah kejap je tunggu sempat je beliau gi melabur kat tandas dulu dekat stesyen minyak tak jauh dari kfc tu hihi


Jam 8 lebih pintu bukak staff ambik bacaan suhu dengan nama no tepon semua tu kami pun masukla orang pertama masuk ok takde orang pun sampai kami habis sarapan hehe tenang je layan sarapan pagi kat situ 

 Aku order milo panas dengan burger ayam suami aku order nasi ayam dengan fries jugak nescafe panas Alhamdulillah lepas tu balik beli barang2 dapur sket sebab malam tu ajak kawan2 aku dengan encik suami datang makn malam 😊


Menu ni masa aku makan malam dekat kedai makan tak jauh dari rumah aku 😘 Nasi Goreng Ikan Tenggiri rasanya sedap 👍


Suami aku order Nasi Goreng Ayam Penyet rasanya pun sedap je 😘👍


Roti Canai ni di sebabkan macam lama je aku tak makan jadinya aku ajak suami singgah kat 1 kedai mamak ni 😄 layan pulak dengan teh tarikkan macam tak cukup je order 2 roti canai ni 1 yang kosong 1 lagi yang ada telur


Kueyteow Goreng ni masa aku gi pasar malam dekat rumah aku sedap penjual tu goreng kalau aku yang goreng rasa macam biase je hmm ape lagi yang aku tak letakkan 🤔😃


Laksa ni masa aku order online orangnya tinggal tak jauh jugak dari rumah rasa pun sedap maklumla 👻 laksa kan 😄


Madu ni aku beli di Aeon Mall maklumla untuk kesihatan kan rasa pun sedap 😃 suami aku kerap makan dengan roti jugak aku je belum cuba nanti aku nak cuba jugaklah hehe


Suami aku beli ni dekat kawan dia rasa pun sedap je 😘


Epal hijau ni aku beli bila sesekali teringin nak makan masam2 😄 sedap je layan mengunyah cicah garam sikit kalau kuah rojak dah habis 😘

No comments: