Thursday, 14 January 2021

SPAGETI PREGO BURGER DAGING RAMLY

 


Seriuslah sepanjang aku hidup berpuluh tahun ni lah pertama kali aku guna kuali non stick atau tanpa lekat ni ha ha 🤣 korang jangan nak gelakkan aku ye walaupun aku rasa macam kenapa sekarang baru aku nak guna? 😁 mungkin sebab aku ni jenis manusia yang apa ada hal nak guna apapun asalkan boleh pakai untuk masak tempurung kelapa pun aku on je hihi jadi bila aku selalu tengok go shop aku tengok macam best je chef tu masak guna kuali non stick aku mula terfikir apa salahnya aku ada 1 kan untuk masak? 😄 tup2 bila kelmarin aku jalan2 dekat mall aku ternampak kuali non stick ni aku macam betul ke nak beli ni kang melekat rugi je aku beli sebab terpengaruh tv ha ha ha tengok betapa tinggi tahap cuak aku tu 🤣🤣🤣 tapi selamat aku ambik terus gi bayar sebelum aku tukar fikiran ha ha

Ni la kuali tanpa lekat pertama kali aku guna tu ha ha dan aku tak sabar nak bereksperimen masak spageti prego burger daging ramly ewah menu pun kena special sikit kan 🤣 asal nak beli bihun sekali cari spageti encik suami pun macam bukan tadi nak beli bihun ke? 😁 itu bezanya lelaki dengan perempuan kan kalau lelaki dah set A memang yang di cari hanya A berbanding perempuan awal set A bila sampai kebarangkalian sampai Z pun boleh jadi 🤣

Senang je menu pagi hari ni dengan kuali tanpa lekat cepat je keje aku siapkan 😄 kang tak pasal2 aku guna kuali ni je hihi aku rebus dulu spageti tu campur minyak sket pastu aku tumis hirisan bawang merah guna 1 sudu minyak je pastu masukkan daging burger ramly tu kacau2 masuk spageti rebus tadi dengan mix vege tabur garam sket kacau2 siap baru je encik suami langkah masuk dapur terus ke depan balik hehe sebab dah siap sarapannya kan 🤣


Alhamdulillah zasss siap sarapan pagi ni 😍 aku dah banyak mug sebenarnya tapi itulah semalam macam comel je mug coffee tu terus terambil 2 heeeee perempuan kan macam tu 🙊🙊🙊🙊🙊

Oklah aku stop dulu sebab nak sambung makan 😄 sambil makan sambil taip sambil tengok tv perempuan kan hihi daaaa have a nice day ok 🙋‍♀️ 

 

No comments: