Sunday, 24 January 2021

STAYCATION DI WEIL HOTEL

Pada 21hb hari khamis tu aku ikut encik suami gi jumpe kawan beliau dengan selesaikan beberapa urusan sikit pastu malas nak balik rumah aku ajak encik suami gi bermalam di hotel weil rehat2 di situ sebelum pkp bermula 2 hari lagi 😄

Rupa serius bila banyak urusan2 dalam kepala 😄 masa ni di kaunter Weil Hotel

Sampai je di hotel terus daftar masuk tanya staff situ bilik yang aku dah usha selalu Summer Bliss Studio ha ha tapi dah penuh jadinya aku pilih bilik yang kedua nama bilik ni Brewster Studio masa aku usha dekat web nampak eksklusif cantik alhamdulillah ada tapi aku kena tunggu sejam sebab nak kemas2 dulu mungkin pelanggan hotel baru keluar takde masalah bagi aku sebab kami nak gi makan tengahari dulu dekat sebelah kaunter check in je iaitu Tiffin Restaurant 😄

 


pilih menu di tab phone @ Tiffin Restaurant Banyak pilihan jugak & semua nampak sedap 😘

 


Akhirnya aku pilih Tiffin Signature Chicken Rice RM 18 dengan Nutella Milkshake RM18 Encik suami pilih Beef rendang Tok Rice RM20 dengan Peanut Butter Milkshake RM18 Semua menu memang sedap2 aku puas hati 😍👍

 


Tengah tunggu menu sampai dalam sampul tu resit bayaran pendaftaran bilik tadi

 



BEEF RENDANG TOK RICE encik suami punya 😁 sedap jugak 😘👍

 


Aku order TIFFIN SIGNATURE CHICKEN RICE optional roasted rasa? sedap weh 😄 sesedap harga yang perlu dibayar hihihi Kami lunch dulu sementara tunggu bilik siap lagi sejam , bagi aku ok je tunggu sebab kami belum makan jadinya lepakla restoran tepi2 tu 😄

 


Gembira & bersyukur 😍 Terima kasih Ya Allah 💖


MANGGO YOGURT PANNA COTTA rasanya tak manis sangat tapi licin ja mkn haha FRENCH CREAM BRULEE TORCH pemanis mulut ni manis sket tapi sedaplah layan 😘

 


Dah makan rasa mengantuk campur letih minda fizikal tak lama pastu staff datang bagitahu bilik dah siap 😍 yahuuuu jom zZzZzZzZzZ ha ha 😄 nampak katil

 


Sampai dah suasana eksklusif gitu kikiki 🤣


                 Jom cari bilik jeng jeng jeng 😁 


 Yeayy sampai dah hehe teruja nak tengok bilik 🤣 tak sabar nak lelapkan mata pun ada letih ke sana sini seharian kan 

 


Dari pintu masuk bilik No 1227 tingkat 12 ni sebelah kiri akan nampak almari ni dulu sebelah kanannya toilet dengan bilik mandi yang dipisahkan dengan pintu kaca cantik weh bilik Brewster ni 😍👍

 


 Kalau korang cari tang mana seterika dengan tempat nak seterika tu hotel dah sedia letak kat pintu mula2 masuk tapi dalam almari kecik memanjang tepi sekali dekat pintu masuk 😁 mula2 aku pun tak perasan tapi belek2 bukak oh kat sini kikiki 😄 Dalam almari tu ada tuala baju mandi , pengering rambut , kotak keselamatan kot nak simpan barang2 berharga ke , alatan jahitan macam benang , pin semua tu , selipar hotel dengan penyangkut baju

 


 Arah Kiblat ada di atas dongak sket hehe 😍👍


Ada cermin besar depan aku ni belakang tu jakuzi aku hanya mandi pagi esoknya je hehe sebab malam tak sempat nak berendam letih selesaikan macam2 urusan katanya 🤣 nak je tambah 1 hari lagi tapi takpelah lain kali je lah kesian anak2 bulus tak makan nanti kat umah hihi



Santai2 tengok tv 😄 




 Dari tingkap akan nampak katil pastu ada jakuzi muat untuk 2 orang 😍👍 dekat tingkap ada 2 langsir kiranya kalau korang tutup langsir2 tu bolehla tido macam dah malam hehe 😃 bilik air walaupun tembus pandang tapi ada disediakan bidai boleh tutup langsung tak nampak apa kalau tak tutup memang jelasla nampak dari katil hehe kalau gi pasangan berkahwin 2 org je tak yah tutup pun takpe 🤣

 


Depan katil ada tv depan tu sebelah tu meja tulis ada telefon kot2 nak telefon counter service ke sebelah meja tulis tingkap boleh nampak pemandangan luas kat luar dari bilik kami 1227 dekat je dengan bahagian kolam renang atas bumbung tempat kami makan malam nanti

 





 Inilah katilnya sekali dah letak kepala terus zZzZzZ 😄 selesa sungguh memang puas hati 😍👍 asalnya masa daftar masuk tu aku tak pilih apa2 pakej tapi bila staff hotel tanya pakej anniversary ke? sebab mungkin aku nampak macam baru kawen hehe jadinya aku iyakan saja sebab ada candle light dinner kalau amek pakej anniversary tu sape tak nak kan makan tepi kolam renang infinity? 🤣


Tepi katil ada disediakan lampu tido di dua2 belah sisi jadi nak tido tutup je lampu lain2 pasang 2 lampu tido dah cukup pun tido tak sedar diri hahaha 😍

 



Dah siap nak pi candle light dinner ateh bumbung hotel 😍 ada masa sejam je lagi sebab aku pilih jam 9 malam sebelum siap2 tu aku dengan encik suami gi mall sebelah yang bersambung dengan hotel je cari power bank , tempat makanan anak2 bulus 😄 dengan biskut konon2 lapar pagi2 buta kang sekali membuta sampai subuh ha ha ha 🤣 Aku perasan bilik Brewster ni banyak cermin besar2 😃 apalagi hehe layan je lah 😁 encik suami sabar jeeee tunggu 😄 itu yang penting bila nak kawen pilih yang boleh bersabar dengan perangai ekau yang macam chipsmore atau sesumpah tu 🤣🤣

 


🤣🤣 Dalam lif dah nak naik ke roof top hotel 😁 dia punya excited tu jangan cakaplah ha ha canerla rupa meja makan kami , ramai ke yang bercandle light dinner , menu ape hihi macam2 aku fikir masa ni 🤣

 


Meja candle light dinner atas bumbung ni staff hotel sediakan tepi kolam renang infinity bercahaya 😍 suasana malap tapi eksklusif 😍 ada yang sambut hari jadi tapi bawah bumbung sebelah kiri depan kami , ada yang romantic dinner dan lain2 sebelum pkp bermula 😃 kebetulan bulan bersinar terang atas kami sesekali beberapa kapal terbang pun lalu MasyaAllah SubhanAllah aku rasa istimewa sangat candle light dinner kami malam tu 😍💖

 



                  Bread Mushroom


                                     Salad2


              Roasted Chicken sedap lembut                                            berjus😘



Air malam candle light dinner air Ribena lama tak minum ribena 😘 


Sebelum hidang staff pelayan tanya samada nak ayam , ikan atau daging pastu encik suami pilih ikan dan aku roasted chicken sekali hidang menu pilihan encik suami wow SALMON kau he he he amboiiiii 😄 seriuslah memang aku rasa salmon ni adalah makhluk laut yang palinggggggggg jaranggggggg aku makan tau selain mahal aku pun macam tak reti nak masak ape sangat maklumla aku ni orang kampung yang masa kecik aku hanya ikan sungai ikan2 biasa je kitorang makan ntah2 tak jumpe pun salmon selepas beberapa puluh tahun hidup 🤣 tapi biasalah aku jenis bedal je apepun asal HALALAN TOYYIBAN kan hehe

 


Akhir sekali pencuci mulut KEK COKLAT ada hirisan stroberi merah putih , blueberry , hirisan buah warna kuning rasa masam2 manis sket sesuailah makan dengan kek kan tapi kek pun taklah manis sangat sedang2 gitu 😘👍 tapi sebab dah kenyang makan sikit je pastu tapau masuk bilik hihi penuh dah perut walaupun makan camtu je apapun sangatlah puas hati seronok betul aku bermalam di Brewster Studio ni 😍💖


Tengah tunggu staff tapaukan kek dengan sain bil termasuk dalam pakej harga bilik 😁 kenyang bercandle light dinner walaupun takde nasik hihi

 


Jalan2 jap sekitar kolam renang infinity 😁 cantik pemandangan waktu malam kan lain2 tetamu pun tak ketinggalan bergambar untuk kenang2 kenangan di hari tua muahahaha 😄


 Sebelah kolam infinity ada The Deck ni untuk bukan yang beragama islam masa ni nak turun balik bilik aku dengan encik suami jalan2 sekejap lepas kekenyangan 🤣

 


Kotak tapau kek🍰 pun cantik korang 😍 sayang pulak nak buang 😄 tengoklah aku simpan dulu kot2 datang idea nak buat apa dengan kotak tu hihi

 


Ni la kolam renang infinity tu cantikkan 😍 tapi tak dibenarkan mandi 🏊‍♀️🏊‍♂️buat masa ni mungkin akan2 datang lepas habis cv19 ni bolehlah kan 😁 aku pun rasanya nak kena cari baju renang muslimah nanti 😄 walaupun aku tak pandai berenang tapi acilah duduk tepi2 sambil main2 air je huhu itulah takut tapi nak caner tu 😂

 



Pemandangan kawasan rooftop hotel weil cantikkan 😍 boleh jugak tengok pemandangan sekitar waktu malam tenang je bestlah 👍


 Masa ni pagi2 lepas berjakuzi terus lapar encik suami tepon kaunter tanya tentang sarapan pagi 😘


Lepak2 tepi jakuzi pagi2 sambil belek majalah tunggu sarapan sampai hahaha 🤣


Alat2 mandian semua cukup 😍👍 tak payah bawak sabun , garam mandian , losyen , syampu , ubat gigi , berus gigi , pencukur misai , penutup rambut , pengorek telinga bagus kan 😘



Ada kisah lawak bersama jakuzi pagi tu kikiki aku eksperimenla cara2 nak bukak air penuhkan dalam tu pastu biar je tetibe air dari lubang depan tu terbang sampai ke almari cermin depan hahaha kelam kabut aku pi tutup semua pastu 1 keje pulak aku kena lap lantai basah 🤣🤣🤣 apolaaaa yelah aku kan tak expert lagi kikiki


Sementara tunggu air penuh apelagi keje nak buat bergambarlah sana sini hahaha 😁



pas penuh apelagik kan 😃


 Dah sampai menu sarapan parking sini jap pikir mane nak makan walaupun ada meja hihi 😄


Sarapan pagi staff hotel hantar 😍 boleh pilih jugak ada 3 pilihan tapi pagi tu kami pilih Nasi Lemak , Char Kuey Teow dengan White Coffee lain2 yang dah sedia ada macam jus oren dengan buah2 terus makan atas katil kikiki 😄


Sarapan atas katil hehe bila lagi kan 😄 tapi aku makan sopan ok tak tumpah pun hee


Layan makan nyums 😘 kenyang weh malam baru masak pulak hihihi sehari semalam je kat Brewster Studio ni walaupun hati rasa macam nak tambah 1 malam lagi 😄 tapi takpelah akan datang pulaklah cuba lain bilik pulak 😍


Berat rasa hati nak check out 😄 tapi takpe walaupun sehari semalam je tapi sangat2lah puas hati 😍👍💖


Mula2 nak lunch sini tapi hari ni boleh tapau je yelah sebab pkp dah mula tengah malam nanti kan jadi kami terus balik rumah je lah teringat anak2 bulus belum bagi makan lagi 😄


Alhamdulillah 😍
Sebelum balik mohle encik abg kita wefie depan signboard Hotel Weil ni hehe bila pulak dapat staycation sini kan 😁

Kesimpulannya aku bagi 5 bintanglah pengalaman sepanjang kat sini walaupun ada tempat yang ditutup sebab pkp akan dilaksanakan tengah malam nanti tapi insyaAllah lepas selesai pkp ni tak mustahil kami datang menginap lagi 😍👍

No comments: