Friday, 23 April 2021

IFTAR RAMADHAN DAY 10 @ SYMPHONY COFFEE HOUSE

 


Puasa ke 10 aku rancang nak ke bazar ramadhan sebab tak pergi lagi setakat ni apepun macam kena jejak jugak bazar ramadhan kan kalau tak macam tak best pulak eh 😁 dah sinonim je asal puasa je mesti gi bazar selain teraweh baru terasa meriahnya bulan puasa gitu hehe

Biasenye aku memang selalu macam tu 🤣 rancang A tup2 jadi Z dah keluar nak ke bazar lalu tepi symphony tetibe belok masuk ke lobi tanya pakcik guard boleh terus iftar ramadhan ke untuk yang walk in 😄 pastu pakcik guard suruh masuk tanya bahagian dalam , sekali boleh walk in & kebetulan ada 3 lagi meja kosong hmm alhamdulillah rezeki kami lah tu last minit haha dan harga RM55 seorang dari jam berbuka hingga 9.30 malam

Duduk je di meja bahagian luar berdekatan bahagian kambing panggang tu encik suami kata 6.50 petang baru gi ambil makanan masa tu tak ramai lagi orang datang dapatla kami pilih2 & ambil menu2 berbuka dengan tenang & santai2 😍 



Sementara menunggu waktu berbuka 😁


 



Sedap Kambing Panggang kat sini 😘👍isinya tak liat & bila cicah dengan Sos Blackpepper dia ya ampun tak boleh stop makan hihi 😁


Jom ambik makanan sebelum ramai tiba hihi 😘💪


 Tik Tok Tik Tok membilang waktu berbuka 😄


Menu : Kambing Panggang , Bubur Jagung , Puding Telur dengan hirisan kecil tembikai & Sos2 Pencicah : Blackpepper & Thai

 



 Sampai awal orang tak berapa nak ada lagi



Menu : Puding Telur hirisan tembikai , Bubur Jagung & Sos2 Pencicah : Blackpepper & Thai


 

Bahagian minuman : Jus Jagung , Teh O Ais Limau , Kopi , Teh Tarik 


Bahagian Kuih Muih beraneka 😘


      Bahagian Kurma & Buah-buahan


Bahagian ulam2an , Ikan2 Masin & Pekasam , Keropok & Papadom , Sambal2 & Sambal Tempoyak , Telur Masin


Bahagian Mee Kari , Kueyteow & Mee Sup bahagian ni aku skip sebab dah kenyang 😂

 Bahagian lauk pauk pramusaji yang sendukkan


Menu : Ikan Bakar , Ayam Bakar , Daging Bakar , Popia , Samosa , Karipap

 


                 Menu berbuka encik suami 😁💪 

 



Menu berbuka aku 😁 ada telur & ikan masin , Kerabu taugeh pegaga , Keropok , Papadom , Ayam &  Udang Sambal , Daging Masak Hitam dengan Nasik Beriyani 😘 syukur atas rezeki dariNya Alhamdulillah 😍💕


Menu : Kuih Lopes & Pulut Panggang ( lama aku tak makan 😁 ) , Pulut Sekaya , Kuih2 Lapis ,  Kuih Pau & Kurma

Lepas makan dalam 10 minit encik suami gi solat maghrib dulu di surau tingkat 1 lepas tu aku pulak pastu kami sambung makan sampai jam 9 malam 🤣 kenyang tak payah cakaplah nampak bantal je tapi kata semangat ramadhan kan haruslah isyak pastu teraweh sekali balik aku dah bendera merah pulak 😂😂😂 terima sajalah cuti puasa heeee , sekian cerita aku hari ni 😍


Sebelum melangkah keluar hotel kita bergambar jap kat sini 😄 

 

No comments: