Alkisah sebelum ramadhan menjelang tiba aku ajak geng2 TXCJ keluar makan sarapan di pagi jumaat memandangkan encik suami dengan hafiz suami qilah cuti tapi fizi dengan eka tak dapat join sekali sebab kena kerja pastu eka sakit gigi pulak jadinya kami berempat je lah dengan anak qilah sekali iqin sorang lagi faris bersekolah
Kami bersarapan di Cafe Warisan Bonda di Artwork Hotel ni , menu sarapan di sini hari2 tukar dan untuk hari ni menu yang pihak cafe sediakan seperti Laksa Mee Pangkor , Nasi Goreng Tomyam , Telur Mata , Roti Bakar dengan 4 jenis jem macam kaya , pandan , stroberi dan jugak butter , Salad dengan sosnya , buah2 macam tembikai , limau , agar2 sebagai pencuci mulut , Kopi , Teh , Oren dengan Susu Cair , alhamdulillah kenyang pagi kami 😊
Waktu sarapan di Cafe ni antara jam 7.30 pagi hingga 11.30 pagi , harga buffet sarapan RM12 je sekepala , kalau kanak2 atas 6 tahun dengan warga emas cuma RM6 yang bawah 6 tahun percuma
Aku dengan encik suami sampai dulu jadinya kami masuk ke dalam tunggu hafiz , qilah , iqin sampai sementara tu kami makan2 sikit2 dulu hehe 😁
Cantik dekorasi Cafe ni , orang pun tak berapa ramai tenang2 je makan 😍
Encik suami gi amek makanan dulu aku jaga meja hihi
Lepas encik suami duduk aku pulak gi amek makanan , mula2 aku amek nasi goreng tomyam , telur goreng , roti dengan sup cendawan , air kopi dengan jus
Roti bakar ni aku rasa sikit je sambil cicah2 sup cendawan hmm layan jugak
Pusingan pertama kenyang rehat jap borak2 lebih kurang sebelum pusingan kedua pulak hehe kenyang sampai petang
Semakin penuh meja dengan cawan2 gelas2 pinggan2 makan kitorang ha ha tu tak 2 orang lagi yang tak dapat datang 😄
Borak2 pasal kerja biaselah orang lelaki kalau berjumpa sesekali 😁
Qilah dengan Iqin
Peace ala iqin 😃
Iqin suka main nyorok2 situ
Lebih kurang jam 11 pagi perut pun dah kenyang jomlah beredar tapi sebelum tu jomlah bergambar dulu 😄 mana tahu nanti boleh pulak datang menginap di sini kan 😁
No comments:
Post a Comment