Hari ni aku masak menu ringkas2 je untuk berbuka sebab aku rasa lagi ringkas masak lagi sedap rasanya heee 😄 menu berbuka hari ni iaitu Sardin , Ikan Goreng , Sawi Lobak goreng dah tu je
Lengkong ni aku nak letak dalam sirap bandung , potong dadu kecik2 pastu masukkan je dalam air sirap tu siap 🍹😘💪
Habiskan semua ni tapi ada jugak yang tak habis 😄 pastu sahur aku nak masak masakan lain pulak , ringkas2 jugaklah bahan2 aku siap2kan awal senang esok campak2 je dalam kuali hehe
Malam ke 11 Ramadhan ni baru aku gi teraweh kat masjid , Alhamdulillah sejuk & selesa solat kat sini , sejuk ati ye jugak 😁
Lepas teraweh ada moreh , malam ni ada disediakan teh tarik , air oren sejuk , donut & karipap , Alhamdulillah 😘
Jom moreh pastu balik 😄 tapi tak balik lagi singgah jalan2 tengok lampu2 malam jap hehe , Oklah korang , tido dulu jam dah 2.15 pagi jap gi nak bersahur pulak kan aku tadi tak ngantuk sangat tapi ni rasa nak tidur dulu jap gi nak bangun masak pulak , Selamat Bersahur jugak ye korang2 di luar sana tu Wassalam....😊💪
No comments:
Post a Comment