Saturday, 16 April 2022

AL KISAH RAMADHAN 1443H D13

 

Hari ni aku tak gi bazar sebab nak habiskan apa ada dalam peti ais tu 😁 tapi masak jugaklah 1 menu utama yang dah lama aku tak masak iaitu masak lomak cili padi hihi masak sendiri lagi sodap weh tapi itulah insan yang sorang ni dia punya amek masa nak ke dapur masak tu last2 ke bazar je lah ha ha 😂

Menu utama berbuka hari ni Ayam Masak Lomak Cili Padi , bahan2nya adalah Kunyit Hidup , Cabai Hijau , Serai , Santan , Air , Ayam , Butter , Kiub Pati Ayam Knorr campak2 je ikut suka ati aku ha ha asal sedap kat tekak aku dah hehe

Masa lalu lorong nak ke tangga atas ada orang bagi roti ni alhamdulillah aku tak bawak beg besar pun jadi bawak naik macam tu je hehe adik aku tanya awat beli roti bawak masuk masjid heeee

 Dapat sampul raya 6 keping alhamdulillah boleh siap2 isi dah tu 😄 untuk anak2 buah , sedara mara , ibu bapa masing2

Jom lepas teraweh kita gi moreh air 🍵teh tarik , kuih kaswi dengan cucur badak , air mineral sebotol kalau nak ☕kopi o panas pun ado 😘👍 pas santai2 minum makan jomla balik nak singgah 7E jap beli planta dengan sardin untuk sahur sebab kedai2 runcit dah tutup tu yg terjah 7e je 😁

Alhamdulillah encik suami dapat 🍞roti dengan 🍝mee kuning tu , aku dapat 🍞roti bolehla buat bersahur esok pagi 😘 esok berbuka pulak bolehla aku buat puding roti ke kan dengan mee goreng siap menu berbuka esok hihi 😁💪 alhamdulillah atas rezeki 💕

Ha kan senang kerja aku 😄 sahur kita bancuh ☕ air kopi panas2 pastu sapu planta dengan Tuna atas 🍞 roti tadi sedap kan 😍 , ok lah korang selamat bersahur ye esok pagi 😊💪 aku ni selagi belum ngantuk memang susahla nak lelap mata ni 😄 Wassalam...

No comments: