Monday, 2 January 2023

MAKAN MALAM DI DE BOIS CAFE

 



Kisah seminggu lepas aku dengan encik suami singgah makan di De Bois Cafe ni , rasanya dah kali kedua kami datang makan sini cantik dan selesa tempatnya , kalau datang ramai2 boleh duduk di sebelah luar cafe memang luas kawasannya dan setakat aku gi makan sini memang sedap2 lah menunya Alhamdulillah syukur padaNya


Mula2 keropok ikan sampai dulu harga sepinggan ni RM4.90 jap je abis makan kalau dah ada depan mata ha ha :0 siap encik suami mintak tambah sos lagi


Encik suami order air Hot Lemon Tea harga RM3 manakala aku order air kegemaran aku semestinya Ambra Asam Boi harga RM7.90 memang sedap kena dengan tekak aku :) 


Aku belek2 buku menu tertarikla dengan Nasi Goreng Petai ni harga RM17.90 Alhamdulillah sedap jadi berbaloilah kan hehe ;) 


 Encik suami order Smoked Salmon Salad harga RM14.90 ingatkan dapat ikan salmon yang besar sket tu tapi rupanya jenis salad sekali haha tapi sedaplah aku kata ok apa menu diet tu hihi :0

Senarai menu untuk ditanda kot2 ada yang belum dapat :)  

Dah kenyang apalagi beransurlah dulu insyaAllah ada rezeki singgah lagi cuba menu2 lain pulak :) 

Thursday, 29 December 2022

SANTAI PETANG DI CIELO CIBO CAFE

 


Al kisah malam ni aku rajin sikit nak menaip :0 banyak lagi yang aku nak taip sebenarnya tapi itulah apa yang aku sibuk sangat tu entahla :p  selagi dunia ni wujud memangla kita sentiasa sibuk kan hehe

Oklah baik aku terus cerita kang ntah ke mana2 aku melalut hihi ;0

 


Lepas selesai urusan2 dunia aku ajak encik suami gi makan dekat Cielo Cibo Cafe ni sebab rasanya dah 2,3 kali aku nampak cafe ni cuma belum masa nak singgah lagi tu pun kebetulan kedai ikan bakar yang encik suami nak makan tu tutup memang rezeki lah nak ke cafe ni ;0

 


Sampai2 je kami pun masuk ada beberapa pengunjung tengah menjamu selera nampak menu dorang makan macam menarik jadinya terus aku cari meja yang kosong mungkin siang hari bekerja tak terlalu ramai pengunjung tapi waktu malam atau hari minggu aku rasa penuh kot kan :)


    Menu makan malam dengan western


                    Menu Sarapan pagi 

Dah duduk tu pelayan cafe bagi senarai menu dan kami pilih Chicken Grilled + Nasi Goreng RM23 ( encik suami order ) , Nescafe Iced RM5.50 ( encik suami order ) , Roti Kukus Durian RM12 ( aku order ) dengan Kedondong Asam Boi RM7 ( aku order ) memang sedaplah menu2 yang kami ordee hari ni nanti bolehla datang lagi cuba menu lain2 pulak , Alhamdulillah :)  


           Nescafe Iced RM5.50


   Chicken Grilled + Nasi Goreng RM23


             Kedondong Asam Boi RM7

 


              Roti Kukus Durian RM12 

 Dah siap makan tu jomlah beransur dulu :) ada rezeki insyaAllah boleh datang lagi kan syukur selalu...:)

Saturday, 3 December 2022

SANTAI PETANG DI VIETNAMESE STREET'S BEST

 


Alhamdulillah hari ni lepas selesai beberapa urusan dunia :0 aku dengan encik suami singgah makan di Vietnamese Street's Best kat Greentown Avenue Ipoh , pertama kali jejak makan kat sini , ayuh tunggu apalagi jom masuk hehe :)


Sebaik je melangkah masuk dah ada beberapa pelanggan menjamu selera kat situ , kami pun pilih meja no 26 terus scan QR Code untuk pesan menu , banyak pilihan jugak tapi untuk pertama kali ni kami order nasik je lah dulu :) dekorasi pun cantik & kemas


 Jom tengok nama menu kami order :) aku order Com Ga Quay iaitu Nasi Ayam Panggang Serai RM22.90 pastu air Carrot Milk RM8.90 manakala encik suami order Com Xao Bo iaitu Nasi Goreng Daging tambah telur dengan air Mojito Viet Ice Coffee RM9.90 rasa? semuanya sedap puas hatilah :0


Jom semua order dah sampai apalagik?:0 Bismillah....lapar dah perut masing2 hehe 


Masa ni dah nak keluar , tinggal kami je hehe , selesa & aman je layan makan tengahari kat sini Alhamdulillah....ada rezeki insyaAllah boleh datang lagi cuba menu yang lain pulak :)

Sunday, 30 October 2022

SANTAI PETANG DI TASEK TAIPING

 


Alhamdulillah kisahnya semalam kami ada urusan sikit kat bandar di raja sebelum tu jom isi perut dulu :0 maklumla aku sejenis orang yang ambik sarapan pagi2 :) 


Pagi2 kami singgah sarapan di Medan selera Silveritage jap aku pilih kuih2 yang jarang aku nak masak atau makan :0 kalau masak sendiri macam banyak sangat kan jadinya baik beli je lah hihi manakala encik suami dah makan menu nasik :0 beliau dengan nasik ni bak irama dengan lagulah heeee :0

 


Milo aiskrim dinasour ni aku order tapi encik suami yang tolong ambikkan kat kaunter bila siap , sekali sampai depan aku terkejut sikit sebab kemain besar cawannya haha jadi kongsi je lah dengan encik suami walaupun beliau dah order teh o limau panas pastu yang abis awal tentulah aiskrim tu hihi sedap layan makan dalam suasana hujan lebat , kena jugaklah tempias hujan kat situ tapi tempias2 manja je :0 


Satay ayam dengan daging ni encik suami yang order dalam RM11 camtu , rasa memang sedap cukup rasa semua :) 

 


Kueteow goreng ni aku yang order , tekak rasa nak layan makan kueyteow pulak petang2 kan hehe jadinya aku order kueyteow goreng daging harga dalam RM8 camtu tapi sedaplah aku tambah telur goreng sama , selain tu kalau nak kerang pun ada bagitau kat tukang masak tu je  

Banyak lagi menu kat medan selera ni nanti kalau datang lagi bolehla cuba menu yang lain pulak kan , Alhamdulillah....:) 

Monday, 24 October 2022

SARAPAN DI BANDAR AGACIA

 


 Cantikkan bangunan2 di bandar agacia tu? :) nak bergambar pun cantik , masa aku gi tu dah ada kedai kopi melayu nama Akif Ayra Coffee Cafe jadi aku pun ajak encik suami masuk , dekorasi cafe pun cantik & selesa 


Tak dinafikan aku agak suka tengok bangunan ni Menara Agacia iaitu Champ Elysees , cantik & eksklusif nampak dari jauh :) 


 Dah sampai depan Cafe Akif Ayra Coffee ni jomlah masuk :) aku order Hazelnut Coffee , Chicken Mushroom Pie dengan English Breakfast manakala encik suami order Cucur Ikan Bilis dan Sos dengan air Caramel Coffee Smoothie , Alhamdulillah sedap :)


 Dah cuba sarapan nanti bolehla cuba makan tengahari atau malam pulakkan :)


 Masa ni ada aku , encik suami dengan pasangan anak beranak sarapan sini jadi tenang je lah makan santai2 :0


 Hazelnut Coffee yang sedap & cantik :)


      Chicken Mushroom pie sedap jugak :)


                   English Breakfast 


            Air encik suami order , sedap


                Cucur Ikan Bilis dengan sos

 

Alhamdulillah...dah kenyang sarapan jomlah balik rehat2 dulu :)