Jap je dah nak habis ramadhan kan korang?
Aku sekarang dah pun berada di rumah mertua aku di Terengganu baru sampai tadi lewat malamlah jugak so pas borak dengan teman encik suami makan terus berehat je loteh kot travel ke pantai timur ni ha ha
Tahun ni memang turn raya di kampung encik suami maklumla setahun sekali je dapat balik syahdunyelah tapi nak buat camne kan disebabkan kekangan kerja pastu jauh pulak tu kalau ikut hati nak je balik hari2 tapi tu lah sape suruh kawen dengan orang jauh2? haha lenkali ingat korang2 yang belum kawen tu kalau nak balik kampung hari2 sila kawen dengan orang senegeri jugak sonang nak lari balik rumah parents hehe😃
So mak mertua aku dah tempah satay dengan ketupat untuk pagi raya pastu serunding daging adik ipar aku Safarah nak buat aku pulak bawak balik kek dengan maybe gi cari lemang esok sebab aku suka makan lemang kalau balik pantai timur ni hehe
Lagi satu aku memang suka balik terengganu ni sebab nak gi pantai yang berlambak2 kat sini 😄 aku pun suka dengan makanan2 yang jarang2 jumpa kat tempat lain so kalau berlamaan kat terengganu pun ok je bagi aku ha ha ha motip sangat 👊😄
Kuih raya pun aku buat serba sikit sebab nak bawak balik kampung aku dengan kampung encik suami tapi bukan nak makan sangat kuih2 raya ni kan....
Ni first biskut raya yang aku buat ha ha 😄
Namanya Biskut Sapi Susu
Aku lah yang letak nama tu sebab yelah dah guna minyak sapi dengan susu tepung kan 😄
So nak membulat2 biskut ni bertabahlah wey ha ha jenuh nak siapkan pheww 😄
Tapi alhamdulillah sedap la kat tekak aku hehe pastu aku suruh mak & adik mertua aku rasa pastu tanya sedap tak? ofkosla kate sedap hihihi 😄
Pastu lak aku teruskan misi buat Biskut Semperit
Seterusnya dah rajin terus buat Biskut Cornflakes
Seterusnya lagi Biskut Sesedap Rasa 😄

No comments:
Post a Comment