Alhamdulillah ramadan ke 21 tahun ni genap 8 tahun usia perkahwinan aku dengan encik suami
Tarikh perkahwinan aku pada 6/6/2010 , tarikh merisik seterusnya bertunang & akad nikah pada 5/6/2010 ( merisik & bertunang pagi pastu akad nikah lepas asar )
Maklumlah aku kawen dengan orang Terengganu so nak memudahkan pihak lelaki dari datang banyak kali tu yang sekaliguskan saje 😄
Ni pun aku masih lagi terfikir2 nak buat ape sempena hari ulang tahun perkahwinan maklumla memang perempuan je selalu ambil berat tarikh2 penting ni kan muahaha 😄 takpelah aku tak kisah pun janji aku puas hati dengan apa yang aku rancangkan nanti 😍 tengah taip ni pun memang ada la beberapa pilihan yang aku nak buat tapi tu lah sebab dalam bulan puasa kena adjust sikitlah nanti.
Oklah bab sambutan ulang tahun kita letak tepi dulu sebab aku nak cerita perjalanan hidup aku dengan encik suami yang dah masuk ke 8 tahun ni 😊
Usia 8 tahun kalau dikira tempoh yang dah matang dalam suatu perkahwinan tapi percayalah walaupun dah 8 tahun aku masih belum kenal betul2 dengan encik suami punya peel ha ha ha 😄 sebab beliau seorang yang baik & bertanggungjawab so aku tak kisah pun dengan peel beliau yang kerap buat my blood going upstairs hari2 ha ha ha 😄 ( bini mithali hanya mampu istighfar je lah 😄 )
Yup aku akui aku seorang yang cukup teliti dalam segala hal time aku rajinla ha ha kadang2 benda kecik pun boleh jadi perang dunia ke ntah berapa kali boleh terjadi antara kami ha ha ha 😄 segala manis , pahit , masam , kelat semua dah & sedang kami lalui tapi bila dah semakin matang sesuatu usia perkahwinan tu aku jadi macam whatever la encik suami sambil mata ke atas gituuu 🤣
Kadang2 bila sampai 1 tahap bergaduh tu dengan tengok muka tak bersalah encik suami tu tiba2 aku boleh je nak tergelak2 tapi marah tetap marah aku pun tak reti nak cerita macam mana maklumla perempuan ni kalau tengah moody ape yang dia cakap pun dia tak faham ha ha ha 😄
Lagila aku orang utara kalau aku cakap memang cepat tapi yang buat aku kadang2 tak tahu nak marah ke nak buat ape encik suami rupenye tak faham ape yang aku cube sampaikan hahahahaha 🤣 penat je aku membebel rupenye 1 pun encik suami tak faham? ko rase??? patutla muka macam tengah fikir sampai ke london huwaaaaa 🤣🤣🤣
Tapi takpelah sebagai isteri mithali aku pasrah 😆
Ok bercerita tentang anak pulak memang kami belum dikurniakan anugerah terhebat yang satu tu tapi aku dengan encik suami pasti Allah S.W.T akan kurniakan jugak suatu hari nanti walaupun family aku dengan family encik suami pasti bertanyakan hal tersebut masa aku balik kampung bulan lepas tu mak aku pun ada bertanyakan aku tak nak ambil anak angkat ke? Aku memang suka kanak2 tapi itulah rezeki yang satu tu belum datang so kami hepi2 je hidup berdua dulu semoga Allah S.W.T akan makbulkan doa kami & keluarga2 kami amin...😍
So sekarang kami hanya menumpang kasih anak2 saudara saja dulu 😍
Bagi korang yang masih di awal perkahwinan memang akan kerap bergaduh macam aku dulu sebab masa tu kita tengah berada di fasa mengenal perangai pasangan masing2 memang akan banyak bertentangan sikap lepas hidup bersama tapi tips yang dapat aku kongsikan sedikit sebanyak bawak2la bersabar & istighfar selalu pastu kalau solat tu solatla bersama2 insyaAllah jodoh kita semua akan berkekalan & dirahmatiNya amin...
Ape korang ingat kawen ni senang ke? 🤦♀️sebelum kawen memangla semua sweet2 je lepas kawen segala rencah kehidupan korang akan lalui samada korang bertahan melaluinya @ kecundang di pertengahan fasa...jadi fikirlah habis2 sebelum mendirikan rumahtangga dengan pasangan serasi kita tu...aku doakan korang berbahagia hingga ke syurga begitu jugak aku 😍
Wow tengok dah panjang aku menaip maklumla tempoh 8 tahun usia perkahwinan tu bukan macam setahun dua tu yang berjela aku membebel sini hahaha 😄
Oklah aku stop dulu sebab jam dah 1.16 pagi ni jap lagi nak bangun sahur so selamat bersahur & berpuasa ye korang 🙋♀️daaaaa....
No comments:
Post a Comment